Pageviews past week

Wednesday, December 22, 2010

Dia datang Penang : )

Minggu lepas waktu aku katakan pada dia yang aku akan ke Penang, dia cuma senyum-senyum pada aku. Kemudian, aku katakan pada dia, aku akan travel balik ke Bangi dengan menaiki bas. Dia mengangguk-angguk. Aku tahu dia ada program keesokannya, jadi tak nak susahkan dia pula nak mengambil aku kat Penang yang jarak perjalannya menghampiri 5 jam dari Bangi. huuu~ T_T

Tapi tiba-tiba, beberapa hari selepas itu, dia kata "Takpe, kte boleh ambik kat Pulau Pinang"
Aku pulak yang tersenyum2 kambing.. Gembira menyusahkan dia?? Haha..bukan macam tu sebenarnya. Lebih kepada terharu dengan pengorbanan yang sudi dia lakukan. (walaupun in a way menyusahkan dia.. huuu~ sorry dear )

Jadi, hari ini adalah hari aku akan travel balik ke Bangi. Dia sampai Penang dalam pukul 4 pg tadi.. (kesiannye dia T_T) .. Dari Hotel, aku travel ke uitm dengan kak long ke'cayang'an ku(that is ---> akucempakabiru). Sampai uitm terus call dia supaya datang segera (walaupun dia insist utk datang hanya selepas aku habis program..dan aku tahu kenapa-semestinya dia masih mengantuk dan letih) Dari kejauhan, nampak dia berjalan ke arah avanza ijau , dekat dengan tempat aku berdiri.

"erk,rambut dia dah panjang.." itu kata sapaan dari akucempakabiru yang sama-sama menunggu dia dekat kereta tu. Aku tergelak. Terfikir, kenapa statement itu yang dikeluarkan... huhu adakah kerana sebelum ini kepalanya botak?? (haha..jgn fikir yang bukan2 :D)

Makin dekat, makin jelas wajah keletihan dia. Mata merah tanda tak cukup tidur.
"cukup tak tidur semalam?" ayat pertamaku.

"Bolehlah,agak lena" ayat pertamanya.

"mestilah tak cukup tidur..haha..ape jenis soalan yang kte tanya ni..hehe" ayat keduaku. Cuba jadi comel. haha :D

Dia senyum2 lagi..

Lepas mengangkut semua barangan yang perlu dibawa ke uitm Jengka(destinasi seterusnya-road tour company kami :D), akucempakabiru suruh dia berehat di bilik hotel aku. Room number 1218 (<--- perlukah aku mmberitahu tentang ini :P) .. Aku kata padanya "Jangan risau, kte dah kemaskan semua barang kte..dah takde barang peribadi dalam bilik tu.."

Walau dia insist utk stay kat kereta 'lancer' nya tu.. dan walaupun aku tau dia tak suka orang memaksa-maksa dia (sorry..it's for ur own good Y_Y)... Dia terpaksa jugak ikut arahan aku dan akucempakabiru..

To dia,

Selamat tidur. Selamat rehat. Tengahari nnti kita makan nasi kandaq. Then kita travel balik sama-sama ye...

From,
miss 1604