Pageviews past week

Thursday, September 27, 2012

I'm not FAT i'm just PREGNANT

Tudung besar sudah tak mampu nak menutup tumbesaran bahagian2 badan

Tudung lilit2 ni mmg da lama jadik kegemaran. Lagi sejak da kawen, ttbe pandai plop melilit dan masih mengekalkan kelabuhan tudung. Namun, dek kerana tumbesaran akibat pregnancy ni, suami da rase saket mata ble tgk tudung ni tak mampu nak tutup bahagian2 yang membesar.

Sebenarnyer Encek suami ni takdek la seorang yang konservatif dan jumud sangat sampaikan nak berlilit2 tudung ni sumer HARAM. Cumanya, dia nak isterinya yang comel ni patuh pada syariat dan cara pemakaian tudung yang selaras hukum islam. Dulu2 saiz S, selendang pashmina mmg la cukup nak tutp aurat secara sempurna. Sekarang kne la sedar diri yang saiz sekarang sudah menganjak ke saiz maksimum XL.. >_< ...

Saye tak gemuk cuma saye PREGNANT
sila ulang ayat ni sebanyak empat ratos juta kali lagi

HAdehhhh~
Hakikatnyer, apa yang menyenangkan hati suami itulah yang perlu diikuti oleh sang isteri. Apa yang dia mahu hanyalah untuk menjaga isterinya dari pandangan2 manusia yang tak berhak pun melihat.
So, hati suami senang, isteri pon rase tenang... :)

Ohh~ tudung lelet2, akan ku simpan dirimu kembali ke dalam kotak. Lalu, menampal label2 khas seperti "saiz XS sahaja" atau "berat tidak melebihi 50kg sahaja" ......wuuuuu~ >_<

Encek Hasben, tadi tu diam2 dalam kete sebab banyak fikir. Fikir sebab dan musabab, juga action to be taken next. Bukan marah tau.... 

Jom nyanyi2~ lalalalalla


DAh

Tuesday, September 25, 2012

Lagi 8 minggu ke?? GULP.

Air ketubanku masih di takuk lama

Ni update dari checkup aku minggu lepas 22hb 9 2012. Jadiknyer skang aku da 30 weeks pregnant dan air ketuban aku masih lagi pada bacaan 8.5 ...tak naik dan tak turun. Doktor pon suggest la supaya aku menyerah diri di hospital 8 minggu lagi untuk di induce. Erkk~ berapa hengget cas nak induce aku lupa plak nak tanyer. hik hik hik...takpelah, nnti aku update balik berapa harganye klu kat DMMC ni.

Owh . Ape kate klu Ateh criter pasal fasiliti dan benda2 berkaitan DMMC kali ni? (nada macam rancangn kanak2 plop..hahaha~)

JOM.

Pertama, Doktor Pakar Sakit Puan kat sini ramai dan hampir semuanya adalah perempuan. Jadi, para suami tak perlu la risau tentang aurat isteri ketika nak melahirkan ataupun semasa checkup. Bukan takat Doktor aje perempuan tapi staf2 nurse kat bahagian bersalin dan wad kanak-kanak adelah perempuan. Yang lelaki, setakat ni hanya nampak di bahagian cafe ataupun Admin (akauntan). Huhu..aritu yang amek darah 7 balang tu pun doktor perempuan yang buat. SANGAT2 baik orangnyer. Dan juga yang cucuk2 vaksin tu pun nurse perempuan sahaja yang buat .. So, hagak lega la Mak Teh nak sinsing2 lengan dan juga nak scan2 perot... :P

Kedua, Doktor yang memantau kehamilan mmg sangat2 caring. Emm mungkin sebab belom ramai patient lagi kat DMMC ni, jadiknyer doktor ada banyak masa untuk diluangkan bersama pesakit. Bole la nak tanyer pape. Terutama bagi yang first time pregnant  macam Mak Teh ni mesti banyak benda nak tanya.Kiranya berbaloilah membayar consultation fee tu. :D

Ketiga, Skang ada promotion bersalin. Nama pakej tu "Permata Hatiku". Harga keseluruhan pakej RM1680(termasuk consultation fee x2,wad 2 hari 1 malam,nursery,cert,ape ntah lagi)...kiranya okeh la... Ikutkan mmg la akan ada extra lagi, contoh klu ttbe bedah atau induce..tu kira cas lain la...tak pun masuk wad awal, bersalin plop lewat... yang tu pon tambah lagi la casnyer...tapi kira punyer kira...given beranak Normal ..dalam RM 2500 jugak la... :D

Keempat, tempat yang strategik. Rase tenang dan nyaman sebab kedudukan dia jauh dari bandar Kuantan.(sebenarnyer sebab dekat ngan umah mama). Jarak antara rumah mama Ateh ngan DMMC adelah kurang dari 1 km kot. Jadik, bila balik Kuantan untuk checkup tu mmg sempat lagi lengah2 makan, mandi dsb... Emm dan disebabkan dia jauh dari bandar, parking tu mmg senang la dapat. Nak banding ngan KMC n KPJ kajang.

Ohhh~cakap sal KPJ, kat Kuantan pon ade satu sebenarnyer tapi sebab kedudukan dia kat dalam bandar..errr~ rase macam tak seswaii plop.. InsyaAllah anak seterusnyer kot, sempat tunggu bangunan KPJ baru dekat2 dengan jambatan tanjung lumpur tu siap...


Okeh.
Doakanlah air ketuban aku naik jadik bacaan belas2 ye. So, bole la lewat2 kan sikit cuti tu. Erk~ lagipun klu air ketuban turun sampai kurang dari bacaan 6 nnti kne serah diri kat general hospital.... Wuuuuu~ SAYE TAKUT JARUM..**ttbe.. :P

DAh.

Tuesday, September 18, 2012

Not Worth to tell ONLY about myself

Bila nak cerita tu biarlah cerita2 yang berfaedah kan?

Adoii~ tajuk bukan main lagi ye...padahal tajuk blog pon AllAboutAteh..sungguh contradict hahahaha :D

Okeh~

saye akan cuba untuk tulis pengalaman yang ade nilai moral dan berfaedah lepas ni. Tu yang tajuknyer seperti di atas.Baru tersedar yang agak selfish la klu asek tulis tentang hidup sendiri yang da la tak berapa best pon.

Next~

Kenapa la senang sangat airmata ni mengalir?? ADoii la~

Hehe..iye, ateh yang sedang menulis ni aderlah seorang yang cengeng dan manja. Padahal dia bukan anak bongsu pon.

Tapi mungkin kerana perubahan hormon trimester ketiga telah berombak2 di dalam badan, maka terhasillah satu bentuk emosi bernama "hangin satu badan ateh" ... Bentuk emosi ini hanya dapat diredakan dengan dua jenis mekanisme iaitu :
1) membaling barang2 mudah pecah ke lantai sehingga rase cam besar-kicik-besar-kicik aje kepala ni.
2) menangis dengan teresak2 sehingga basah lencun tuala mandi dengan hingus bercampur air mata.

Disebabkan Ateh kini berada di rumah mak mertua, mekanisme pengeluaran "Hangin satu badan Ateh" satu, tidak dapat dilaksanakan sampai bila2...
Emosi tersebut hanyalah berlaku sekiranya ada pencetus yang sesuai dengan masa dan keadaan. Sebagai contoh, encek hasben telah membuat muka dingin beku tatkala Ateh sedang saket2 perut,kaki dan pinggang duk membawa anaknya yang seberat 1.4kg.
Atau mungkin terasa seperti ibu mertua lebih menyayangi seorang lagi menntu perempuannya yang juga sarat mengandung tetapi sangat rajin tidak seperti Ateh yang telah tidur pada waktu Asar hingga dekat2 ke maghrib kerana menahan saket perut.

Eh~ ni contoh aje tau!

Iktibar dari Artikel di atas..

1) JANGAN buat benda2 yang mak mertua tak suka andai anda ditakdirkan hidup berumahtangga di rumah mak mertua.
2) SILA ringan tulang membantu mak mertua yang sibuk di dapur atau di mana2 meskipun kaki anda sudah pon rasa sengal2. (Baru la ikhlas namanya)
3) JANGAN ambil hati sangat bila mak mertua mula membandingkan anda dan menantunya yang seorang lagi. Kemungkinan anda sememangnya MALAS dipandangan matanya. Maka ubahlah sikap. Cubalah buat dia rasa anda teramatlah RAJIN, meski anda da sarat mengandung. InsyaAllah, jika anda berubah, hati mak mertua juga bole cair...
4)JANGAN terlalu bergantung pada suami. Klu  rase kaki tu bole jer nak urut sendiri atau saket tu bole je tahan2 lagi, buatlah muka selamba. Sebabnyer suami amatlah sayang kita, lagi2 bila kita sedang mengandungkan anak dia. SO, bila mak dia da mula menegur isteri dia yang nampak MALAS dan ASEK TIDO PETANG aje, tak lah dia rase berat ati nak terus cakap kat kita. (Walau hakikatnya mmg saket rase hati dengar teguran suami).
5)INGAT rumah yang anda duduk itu rumah ibu kepada suami anda... Cuba bayangkan klu suami anda hanya duduk melepak ajer dekat rumah mak anda tanpa buat kerja atau tolong2 sikit...mesti HANGIN jugak kan?...
6) Kekadang kita rasa macam keseorangan...tapi sebenarnya ada SATU yang menemani kita dan DIA ingin kita hanya bergantung harap pada DIA SEORANG... itulah ALLAH swt. Mungkin kerana kita terlalu selesa dengan kehidupan kita, dengan suami kita dengan mertua kita, kita lupa tentang kembalinya kita nnti kepada siapa..... :)






Tuesday, September 4, 2012

Check up yang sangat tak best

Banyak darah yang disedut...

Bulan puasa aritu adelah bersamaan masuk 2 kali aku buat checkup kat DMMC (Darul Makmur Medical Centre) ...   Pendapat? amatlah bagus sebab doktor dia mmg specialist gynae kan? RAselah disayangi dan dijagai... hehehe
Ditambah pulak Medical Centre ni baru lagi, tak banyak sangat patient. Nak banding ngan KPJ mmg jauh giler la ke"crowded"tan tu. Alhamdulillah, sebab encek Hasben pon mmg tak suke tempat2 crowded ni. Dia suke tempat2 tenang n sunyi.... hikhikhik (gelak gewdik2 sket)

Okeh so, next appointment tu jatuh pada raye ke 4, bersamaan hari rabu.. hehehe PREPARE YOURSELF TO FACE THE TRUTH!!!!
hahaha sangat mengada okehhh~

Malam tu aku poser...errr selepas mentekedarah jamuan besday untuk suami tersayang..... :P


MEmula tu aku senyum2 jer waktu doktor kata, sila baring kat sini. Coz biasala nak scan2 budak kecik dalam perot ni kan? ohhh~ aku tak criter lagi...last appointment aritu doktor kata aku tak cukup air ketuban, maybe sebab uri aku ader masalah nak supply air kat beby. So, dia nak monitor air ketuban aku naik tak minggu neh. Alhamdulillah da naik, dari 7 ke 9...hehehe walaupun normalnyer patut 11 ke atas.. (sebab tu perot aku kecik, sebab ayorr kurang rupenyer..).. dan tumbesaran baby pon sangat memberansangkan. Dua minggu lepas 0.7 kg, minggu ni da 0.9 kg...huhu bagus2 ^_^
Hidung pon da tak berdarah sangat. Kaki pun da tak bengkak2 cuma ader la krem2 sket bila tiba malam hari dan bila berjalan banyak sangat..hahahahaha 


Then, nurse dia kata
"jom ikut saya ke lab"

hahhahahaha muka aku da biru... 
"saye takut jarum.." ttbe terdengar suara iklan2 derma darah. Tapi...nak tak nak kne jugak la... 
satu balang kecik (2 ml kot) untuk ujian pembekuan darah
satu balang kecik untuk ujian HIV
satu balang kecik untuk ujian darah tinggi
satu balang kecik untuk ujian tahap haemoglobin
dua balang besau untuk ujian gula (sebelum dan selepas minum gula)   
satu balang besau (6 ml) utnuk ujian....emmm ujian...aku tak ingat da ujian hape.. Hep B kot..

Jadik dragon ball ader tujuh bijik semuanya.... erk??
jadik tujuh balang darah ateh sedia untuk  di uji... 

 Masa balek umah dulu untuk glukosa meresap ke dalam darah selama dua jam, punyer la pening.... Asalnyer nak gi mydin jap beli2 then bali semula DMMC utk amek darah.  TOKSAH BERANGAN.
Sampai pintu rumah mama, da terkulai kat riba encek hasben. Loya, pening, lembik...tak sabar nak gi muntahkan air gula...

YE SAYE KENE BERTAHAN SELAMA DUA JAM MENAHAN DIRI DARI MUNTAHKAN AIR GULA WALAUPUN DA TAK TAHAN SANGAT DA NAK MENAHAN - sebab encek hasben kata nnti takut tak valid ujian darah tersebut.. kemudian saye tido2 ayam... 


Habes jer peruntukan masa 2 jam, terus masuk bilik air dan... BWEKKKK~
 ohh~ tapi air gula tu sedap...sebab bukan yang bancuh , tapi guna yang mcm ni...
nama dia glucose tolerance beverages... hahahaha sangat sedap...

Tangan kiri kene cucuk kancing gigi...huwaaaaa~

habis da check up. Next, check up kat KPJ 8hb. Saje je ngengade tak nak pegi klinik KITA. Klinik KITa yang sungguh tak mesra ibu mengandung :p 


Dua minggu after that, DMMC call henpon aku.. (wow2, perkhidmatan yang sangat bagus)..
Orang kat fon tu announcekan result ujian darah aku
 tahap pembekuan darah - OK
HIV- Negatif
Hep B -Negatif
tiada darah tinggi
kemungkinan kencing manis, sila jaga makan (terutama benda2 manis) ... bacaan normal : 5 ke bawah, diabetik : 7 ke atas... aku? 6.2 ...atas pagar...hahahahahaha
paras haemoglobin rendah, Kne banyakkan makan benda2 yang bole menaikkan paras darah.
Result ni aku da bole agak sebab sebelum pregnant pon aku mmg camni...tak cukup darah... :P

DAh