Pageviews past week

Monday, December 9, 2013

Hukm aku datang!

Aiceh..ade gaye cam tajuk movie x? Hahaha.
Okeh ceritanya isnin lepas ateh pegi la hikm untuk amek darah untuk outrule kandungan luar rahim punye cerita. Tapi homaiii kat borang amek darah tu terang2 tulis "ovarian tumor"..
Gulp!
Ya Allah,mintak dijauhkanlah ya Allah..
Amin
So,hari tu bangun la awal menepuh jem segala nak menuju le hukm. Tengah borak2 sambil buat2 lawak tetibe perut memulas. Kebetulan pulak bertemu dengan jem. Aha! Bertambah memulas la cik perut. Macam da xtahan sgt nak mengeluaqkan isinya. So, encek hasben try menenangkan perut tersebut,dgn berkata tenang.
"xpe,petronas dekat aje..situ aje xsmpai 500m pon"
Dan dan ajee ateh nmpak signboard petronas = 1km. Hoho encek hasben sgt la sweet tp xsmpat nak rase sweet2 sb perot da memulas..
Okeh cut d story short,berjaya la pegi petronas tu tp xkuar pape pon. Alhamdulillah ade sorang aunty cina ni sgt baik suh aku masuk je toilet laki,nnti dia tolong jaga. Thanks a lot ya aunty..
Sampai hukm, parking plop xde. Mintak hasben turunkan aje dkt ngan tangga so that ateh buleh pigi toilet hukm. Dapat masuk toilet n mengeluarkan galian adalah sangat melegakan.
Selesai.
Terus ke kaunter pembayaran. Bayar rm 5 utk test darah. Terus pegi ke makmal c. Letak borang. Tunggu 2 menet kat luar da kene panggil. Nurse amek darah ( nurse tu sangat terer sebab xrase langsung dia cucuk n tarik darah keluar). Dah selesai. Tepon encek hasben tanya da parking blom, dia kata blom. Ateh pon habaq la da abes amek darah, terkezut dia sb cepat sangat. Huhu...terus mintak dia bawakkan pi klinik sb skt perut sgt. Dia kata nak singgah kedai ikan dulu dan trade in pearl arowana dengan bichir. Ok la. Balik dari kedai ikan baru g klinik. Alhamdulillah,dpt mc tp xde maknanya nak baring2 tido n rehat. Kerja tertangguh banyak lagi. Huaaaaa~ nangesss..
Dah.

Monday, December 2, 2013

Dugaan Kedua -

Macam cerita dokter nurse pulak hahaha

Hari semalam pergi ke Hukm untuk follow up case Ateh, tp semalam tu lambat sangat sampai hospital, jadiknye kene pigi amek darah then terus balik. So, Hari ni pergi lagi ke Hospital. Kali ni terawal la plop...pergi2 dokter blom sampai pon lagi, sampai nurse tu soh pegi makan sarap dulu dalam kol 10 baru naik balik.
Lepas sarapan tu teros la naik sebab bukan ade tempat2 menarik nak dilawat pon kat sini kan?hahaha Naik Day Care tu mak aii ramai jugak rupanya kat sini..huahuahua :D
Tak lama menunggu nama Ateh dipanggil. Duduk dengan debar2 sebab banyak soalan mau ditanya terutama yang pasal benda luar rahim hari tu. Ateh baru tau rupanya prosedur cuci rahim tu tak buleh cuci yang di luar rahim. Yang di luar rahim kene melalui pembedahan baru bleh dikeluarkan. Sumber dari kak ipar Ateh yang bekerja sbg dokter O&G kat UK nun. Dia mmg nak tepon awal waktu ateh kat wad lagi tp line tak clear. Hmm, takpelah.
So, berbalik pada dokter kat Day Care tu-Dokter Wani namanya. Selepas dia berhempas pulas membaca laporan wad aku yang tebal tu dan cuba memahami ceritera case ateh itu, ateh pon bertanya la soalan cepumas.
"Jadi saya ni mengandung dalam rahim atau luar rahim dokter?"
"Mengikut laporan ni, puan mengandung dalam rahim tetapi keguguran. Sebab tu diorang cuci kan last skali"
ateh angguk dan  bertanya lagi
"Jadi, yang benda di luar rahim tu masih ada ke?"
"Itu saya tak pasti. Tapi mengikut penurunan hormon puan ni, pregnancy puan adalah tak berjaya..tp saya tak boleh nak confirm..em mungkin kita patut scan lagi sekali. kita tgk macamane"
Lepas tu dia soh baring. check perut saket tak. Ateh kata tak saket, tapi sejak sebelum masuk wad lagi ade rasa denyut2 kat pinggang belah kiri.
Dokter Wani tu disebabkan rase tak sedap hati, dia hantar ateh pergi buat scan kat bawah.
Keluar bilik encek hasben tengah nyenyak tido, kesiannye~
cuit encek hasben sambil pesan yang  kene turunkat Klinik - scan jap.
Kat bawah tunggu la sengsorang depan bilik ultrasound. penat  jugak menunggu , da la tepon takdak.
Akhirnya nama ateh dipanggil. Dokter bernama Yan buat scan tersebut. Dia tanya aanak ke berapa kandungan yang gugur ni. Ada sakit2 perut tak. Ada pernah makan ubat untuk mengandung ke tak. Ateh tak tau la kenapa soalan2 tersebut diajukan..pening sikit.
Waktu dia tengah scan ovari kanan, ateh kata
"Saya ada rasa sakit denyut2 kat perut belah kiri"
"sakit sangat ke?"
"Kekadang sakit sangat , tapi kekadang boleh tahan lagi.."
"Jap kita scan belah kiri pulak"
Dia scan belah kiri . Jantung Ateh da debar2 moga2 takde pape.Moga sakit ateh rasa tu cuma mainan perasaan aje.
Ateh nampak dia highlight something kat screen.
"Puan, em nampak tak ni ovari kiri puan..yang sebelah dia tu saya tak tau ape benda..."
Gulp!
Belum abes rupanya ceritera benda tersebut..
Apekah ia?
Dokter Yan tu nampak risau, dia bawak fail aku keluar dan suh aku tunggu kat atas(kat Day Care).
Aku pon jalan. Sambil doa2 dalam hati semuga takdek pape...semuga takdek pape.
Nama ateh dipanggil lagi,kali ni encek hasben buleh ikot masok.
Kat Day Care Dokter wani tgk imej scan tu. Dia kata tak nmpak macam cyst biasa. Mcam luarbiasa tapi dia tak dapat jawab apakah benda itu. Dia suh tunggu sementara dia call bos dia. Ateh n hasben dengar2 la perbincangan mereka.
Akhirnya, Dokter Wani mintak datang semula ke klinik hari Isnin untuk buat ujian darah sekali lagi. bukan untuk hcg tp untuk kemungkinan2 lain. Dia kata jugak ovari belah kanan ateh bengkak - bengkak kilang telur.Baca sini. Tapi dia tak risau sebab kekadang disebabkan hormon, dia mmg bole bengkak. yang dia risau yang belah kiri tu. Uncertain something.
Dia siap pesan.
"Puan jangan mengandung sampai minggu depan ye puan. Kita sort out dulu yang ini baru puan mengandung lagi ye?"
Tergelaklah ateh dengar. Ade bran ke nak pregnant semula ni ateh??
Ok! Hari Rabu baru datang Day Care utk jumpa dokter balik.

Takut.Gementar.
"Ya allah sembuhkanlah daku dengan penyembuhan Mu. Kesembuhan yang benar2 sembuh."

P/s: ada kemungkinan 'benda' itu janin. tapi sgt rare berlaku. ade kemungkinan cyst tp belum boleh di confirmkan. tunggu next week la.. :)

Monday, November 25, 2013

Keguguran kali pertama

Air mata Ateh seolah olah telah kering, namun hati Ateh masih basah dengan hujan air mata. Ini ujian paling berat rasanya untuk Ateh tanggung, tapi InsyaAllah Ateh cuba kuatkan jua. Walaupun mereka berkata yang gugur itu cuma seketul daging, tapi bagi ateh yang sudah mengandungkan janin itu lebih 6 minggu tak dapat mengatakan ianya 'cuma' seketul daging. Ibaratkan macam orang terkilan.

"Ya Allah, kuatkanlah daku menempuhi kehilangan ini. Tiada dayaku selainMu. Mungkin kerana aku tak mampu menjaga mereka jika mereka hidup. Atau mungkin kerana sebab2 lain, tapi aku yakin percaturanMu adalah yang terbaik buatku. Dan aku berserah pada ketentuanMu Ya Rahman"

* * *
19/11/2013-SELASA

Ateh pergi meeting kat Batang Kali dengan membawa diri yang tak sedap badan amat. Ateh taklah fikir bukan2 sebab biasalah pregnant. Macam2 alah boleh dapat. Dalam perjalanan balik, ateh teringat yang Ateh n Project Manager(PM) dua-dua belom solat lagi. So, mintak la kat kak PM benti mana2 RnR untuk solat. Sebenarnyer selain tu dah lama da rasa nak terkucil, so berlari2 anak la pegi toilet. (Berlari anak time ni rase cam nak pitam)Kat toilet nampak ada kesan darah. Ateh da debar2 dah. Kuatkan hati, tanya Kak pm yg dah 2 kali gugur. Mungkin dia tau la darah gugur ke ape ke kan? So, kata dia bukan darah gugur sebab darah gugur tu macam seketul seketul macam tu. Owh, lega...teruskan solat. Petang ni InsyaAllah pegi klinik. terus mesej encek hasben. Sampai opis, amek latop segala, teros balik. kepala rasa putar2 n letih sgt. Padahal baru pukul 4..dan bos ade je lagi duk tercongok kat meja dia. Lantak!

Sampai rumah, rupanya encek hasben blm baca msg. So, habaq kat dia nak g check klinik sebab rase lain macam. So, pegi la Klinik Kita tu, tgk2 dokter lelaki plop. Alahai~tak jadik. Gerak pegi ke Klinik dokter Mariam. Disebabkan dia tak dak benda scan tu, dia bagi cuti 2 hari, suh g klinik esok. Ateh pon terpaksa la mintak abg senior ganti untuk meeting esoknya tu. Tapi tak bole nak kata pasal  pregnant sb tak gitau bos pon lagi. Just cakap not well aje. Dan2 aje da setel, baru teringat laptop ade kat rumah. Adoii, kne g opis la pulak ngantor benda alah tu. So, pegi pulak opis antar laptop segala. Bila balik rumah, terasa macam darah turun banyak. macam period yang sgt heavy. zruppp~ turun ketul2 darah yg agak besar. Encek hasben teros suh tido n rest aje.

20/11/2013-RABU

Pagi2 lepas antar azzahra terus gerak pergi Klinik Kita lagi sekali. Dia scan tapi katanya hanya nampak kantung, janinnya dah takde. Kne buat pregnancy test lagi skali, dapat 2 line(masih pregnant). So, doktor buat surat refer ke hospital sebabnyer dia takut Ateh ni ngandung luar rahim.
Benti mam roti canai . Encek hasben lapar. Ateh time tu rase cam nak meneran + contraction. Sakit wooo~
Sampai kat Kecemasan Hukm, doktor scan n cari baby tu. Dua tiga menet dia kata dia jumpa sesuatu yang mungkin janin la. Dia tunjuk kat Ateh.Owh~pedihnya rasa di hati...Then dia scan perut, katanya yang tinggal cumalah sarung sahaja. ( incomplete miscarriage). Dia bagi 2 option untuk cuci rahim -makan ubat atau sedut(surgery). Ateh time tu pilih cuci . Keluar, pergi toilet Ateh meraung kat toilet. Merasa kehilangan, kosong...
Keluar toilet mata da bengkak. Nurse panggil untuk masukkan jarum kat tangan. Nurse tu try pujuk aku yang tengah berair mata  lagi. InsyaAllah next time pulak. Bagi Ateh bukan masalah next time, tapi masalah baby ateh dah takde. T_T
Naik ke wad.
Doktor kat wad explain yang prosedur cuci rahim tu ade possibility untuk komplikasi macam terkoyak rahim. Gulp!
Teros Ateh tukar option ke makan pil. tapi besok baru start sebab kne buat test darah sebanyak berbalang2. Lab cuma bole kluarkan result petang kang jah.
Ushar orang sebelah yang juga keguguran. Norshima namanya, baru 22 tahun. Nmpak relax, tapi bila Ateh bertanya tentang berapa usia janin dia, Ateh nmpak matanya merah-merah.
"Apa nak buat kak..dah gugur.." katanya


21/11/2013-KHAMIS

Ubat dimasukkan buat kali pertama pada pukul 6 pagi. Kne duk diam sejam baru buleh gi tandas.ngam2 sejam ateh gi toilet. 

Duk kat katil rase cam contraction. makin lama makin sakit. Zrupppp~ darah kluar. tapi takde pulak yang pelik2. Nurse pesan klu jmpa yang pelik2 kne simpan.
Tgk orang katil sebelah tgh tahan sakit. Yelah, dia blm pernah sakit bersalin. Nampak mata dia dah berair2 tahan sakit yang memulas2..Alhamdulillah petang tu janin dia turun semua. Dia ada cerita kat Ateh Nurse bagi dia tgk janin tu. Dah ada tangan, kaki dan mata. Owh~dugaan beliau lagi besar sebab klu Ateh boleh trauma jadiknye ...Insafi diri
Pukul 2 ptg Ateh dipanggil turun. Macam Emergency je. Owh Dokter Mimi yang akan scan, Alhamdulillah perempuan. Dia try korek2~dia kata dapat rasa sesuatu lagi dalam rahim. Dia mintak scan kat dalam rahim.  Ateh tanya kenapa.
"Kami baru dapat balik blood test untuk beta  hCG awak ni. Result dia 14400 which is too high untuk janin yang kecik cenoet camni. So, ada kemungkinan dia menempel di luar rahim, dan kantung ni kantung kosong shaja"
Scan punya scan, jmpa satu kantung dekat dengan ovari kanan. Owh my~there's another one there(ateh boleh tgk).
"Jom sambung kat atas" kata dokter Mimi seolah olah mengajak aku berborak sambil minum teh tarik pulak lagaknya.
Kat Wad, Dr.Mimi keluarkan ketulan daging yang menempel kat dinding rahim tu. uihh bole tahan saiznya.
Aku tanya, ape seterusnya?
"Kita ulang balik hCG, klu turun kte terus cuci lah. tapi cuma boleh ulang 48 hours, so hari Sabtulah baru boleh dapat result"
Alamak!lamanyer lagi :(( Malam tu ateh rase saket perut..memulas2..sesak nafas tapi berjaya juga tidur2 ayam

22/11/2013-JUMAAT
 Ateh cuma di monitor takut2 ateh ada severe bleeding atau sakit perut yang amat. Kata Nurse takut tumbesaran janin tu akan memecahkan tiub fallopio ateh, yang akan sebabkan severe bleeding. Owh~saye takottt~
Perot masih memulas2,dizzy,penat....
Baring kat katil rase cam ade ketul turun. Pergi toilet, nmpak ade macam seketul daging yang dibalut something warna putih. Mcm telur ikan. Bawak ke meja nurse. Dokter Azimah terkejut tgk benda tu. Dengar2 dia bincang ngan Dokter Jeremy kalau2 tu janin yang kat tiub fallopio, tapi aku tak heavy bleeding dan tak sakit perut sgt. Dorang macam tergamam.

Borak2 dengan Dr.Jeremy.Dia dah sem 3 utk dapatkan pakar. Tanya dia apa yang telah berlaku. Katanya aku ada 2 kantung bayi, satu dalam rahim dan satu di luar rahim. Ada possibility yang hari Khamis tu janin yang di luar kantung masih menghasilkan hormon hCG,sb tu result darah tu tinggi.
"Saya mengandung kembar ke?"
"We cannot confirm that. It can be 2 possibility, either puan mengandung kembar atau luar rahim dan yg di dalam rahim tu cuma pseudosac"..Naseb la Ateh dulu student bio kat matrik. Paham la jugak sikit2 term dorang guna.
cuba baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang kandungan luar rahim(ectopic pregnancy).
Okeh..Ateh dah mula faham. Malam tu ateh rase saket perut..memulas2..sesak nafas tapi berjaya juga tidur2 ayam

23/11/2013 - SABTU 

Lepas amek darah,Petang tu rahim dikorek2 oleh Dokter Azimah pulak, ditemani dokter Adam yang cam takut2. Dr.Azimah kata pintu rahim ateh masih terbuka dalam 1cm.Tunggu result. Alhamdulillah turun kepada 4000. Means pregnancy tu failing dan bole proceed utk cuci esok pagi. Alhamdulillah.
Kne puasa dari pukul 12 tgh malam. Dijangka suction pukul 8 pg esok. Dr.Azimah terangkan yang prosedur ni pakai macam satu traw plastic, dimasukkan ke rahim melalui pintu rahim yang terbuka 1cm tu. kemudian apa yang tinggal dalam rahim akan disedut keluar. Prosedur yang jauh lebih selamat dari D&c yang menggunakan besi. Kebarangkali untuk tembus rahim is 0.48% which is very low. lebih lanjut baca vacuum.


24/11/2013 - AHAD
Bangun awal, dah plan utk tak mandi hari ni coz jarum kat tangan tu. Dah pukul 8 pg dokter tak datang lagi. Dengar2 dari kaunter katanya kne confirmkan luar rahim baru bole proceed. Datang seorang Dr lelaki, berbaju t-Shirt belang2..tanya ateh sal history..uishh ateh mana igt..tak lama pas tu Dr.Jeremy datang berlari2 dan berpeluh2 teros explain history ateh. Dia pon pakai t-Shirt jah~sempoi.
Kne turun, buat scan balik. Confirm luar rahim. Nurse yang duk temankan ateh turun tuh nampak gerun dan serun. Kat luar waktu tunggu tu sempat dia tanya.
"Tak sakit ke?"
Aku senyum.."Sakit. tapi nak buat macam mana...."
Confirmed cuci.

Kul 9 masuk dewan bedah.
Sementara tunggu dokter cuci tu, Dokter bius check jantung aku. Ehhh~ saspen plop bila dia check banyak kali. cam tak sudah2.
Dia kata "Ada sesiapa pernah cakap pasal jantung awak?"
"Kenapa" kata ateh
"Saya dengar ada 3 bunyi...sepatunya ada 2...takpe kita buat ecg kejap"
Adoii dah la sejuk. buat ECG lagi la menyejukkan. huuuuu~ menggeletar jugaklah. Alhamdulillah la ok je.
 
Masuk bilik bedah sejuk yang amat. Terasa dorang letak blower kat perut. Masuk je bius terus pengsan.
Bangun2 tu masih kat surgery. nurse tarik katil, suh alih ke katil wad. Pening..
Nurse tak bagi bangun for 5 jam. jangan makan lg sampai kul 3 ptg. Da abes tu dalam kul 11.30 baru. Terbaringlah ateh kat situ dengan pinggang yang sakit. huhuu~
penat jugak nak tunggu 5 jam..ehehe.. last2 dia suh try sikit2 duduk, then try bangun...then try g toilet..try minum air sikit...try minum air manis sikit...last skali try makan.
Tangan masih ada drip. Nak bangun pon tableh, nak tido  lagi tableh..Naseb hasben datang temankan. Then Along datang. Alhamdulillah. Bole jalan da..dan bole makan. Off drip~ InsyaAllah esok da bole balik yeyyyy~

24/11/2013 - ISNIN

Discharged. Sakit perut tapi tak berani mau cerita sebab takut kne stay lagi. huahuahua. 

Ada bnyak lagi peristiwa2 kecil yang berlaku. Tak dapat Ateh tulis kat sini. Terlalu bnyak. Pengalaman kali pertama gugur ni betul2 mengajar ateh yang keguguran itu mmg lebih parah dari melahirkan...

P/s:Tulis dlm mode santai. 
Ikutkan hati, penulisan ni boleh menjurus ke arah cara penulisan melankolik. Tapi tak nak jiwa terganggu. To my beloved baby, I love you so much. I'm sorry for not being able to see your smile. Let's meet again someday. InsyaAllah. Walaupun mereka kata awak belum 'menjadi' manusia, tapi ummi rasa awak telah ada. Awak tak nak susahkan ummi...sebab tu awak pergi dulu.

DAH

Tuesday, November 19, 2013

Ateh pregnant lagi??

Dear All,

Ateh is once again pregnant. Takmo gitau satu donia sebenarnyer. Cause budak kenit tu baru je ngam2 setaun sabtu lepas, tup2 dapat tau pregnant. Huhuhuhu.

Dup dab dub dab mau gitau family. Terutama mama n mak mertua. Namun, dirahsiakan kang rase tak sedap pulak. Al maklum, malam2 terbongkang kat katil coz Bp naik. hehe kang orang tak tau , rase pelik apehal tetiap malam balik keje/makan trus terbongkang tu?

So, sikit2 dulu. Kasi test market. Along dulu, then kasik hint kat angah. Alhamdulillah. OK jah ^^ aku je yang fikir bukan2..

Hari ahad lepas mama pon  dah kautim :)
Happy sebab mama Happy.
And azzahra' going to have adik very2 soon.

This little one i'm carrying right now is 7 weeks. Hello little one, have a safe journey inside mommy's tummy ^^

Done

Friday, November 8, 2013

Kemarahan Berganda atau Kuasa Dua?

Ape jenis tajuk pos kali ni yek? hikhikhik.

YA betul anda telah menekanya dengan tepat! Hadiahnya Pakej pelancongan di rumah sendiri selama mana yang anda mahu ..huahuahua(padahal takdak pon orang teka..) *lame joke

uhuk uhuk

Okeh baiklah, ni entry kemarahan kat sorang pakcik India dari India yang hanya tahu gorayng kaki sambil arah2 orang. Cakap semanis kata-kata tapi makna kata2nya hanyalah "YOU do the work, and  I will update the work to bos" .. Grrrrr~
Dah la masuk meeting cakap bukan2 depan bos, macamlah Ateh ni takdak spy dalam meeting tuh. Masuk meeting cakap lain, keluar meeting cakap lain.  
HAHA you mmg pandai kan? kataku kepada beliau dalam hati. Dalam hati ajelah :P

Hari RABU LEPAS :

 Beliau datang belenggang kangkung ke meja Ateh dengan membawa secawan kopi panas. Sambil tersenyum beliau berkata.

Beliau : So, u have a meeting later this evening right?
Terbeliaklah bijik mata aku. Aku baru jah bukak email. TAkdak pon sapa2 antaq email kat aku kata aku kena pegi meeting memana.
Aku : What? No, I did'nt receive any email from anyone saying i have to go to ANY meeting.
Beliau : No, our sales send us an email right. On Thursday.
Kejadah. Tu cuma email pemberitahuan senarai appointment. Lagipon terang2 kata email tu tulis "DEAR ALL" kut
Aku : Ya, I receive her email but that is just a list of appointments. You cannot assume that i'm assigning myself to go!
Beliau : (Agak cuak sebab aku naikkan suara) Can u check the email first. See, she already sent it on Thursday.
Aku : But there's still no black and white saying that I'm the one who's suppose to go!
Memang betul pon, takdak pon nama aku dalam email tu kecuali dalam box REcipient.
Beliau : You see~(ttbe dia bisik2) Right now, u re the only technical staff in our company. Both me and *** are borrowed to xxxxx company now. So, All the appointments will be handled by you from now on.
Lagilah terbeliak mata ateh . SO, Funny!
Then why are u still  in d loop my bro?
why should our sale still put "Dear All" in the email?
Why should u still be in the sales meeting?
Why i should still update u on MY COMPANY business meeting??
Aku : What??!What do you mean I'll be handling this all by myself from now. So, its better if our sales just send email using "Dear Siti" . So, what is ur job then?
Beliau : I still will be going, if only there's clash.
Aku: (Senyum sinis)what kind of clash?
Beliau : If there is 2 appointment in the same time, i'll go lah.
aku pon teros membebel2 sambil bukak email chestie,tekan reply all. Tulis besar2 depan dia

"Dear All, Please always be clear after this about who's going to which appointment. Technical also need to prepare and be well aware of where theyre going."

Dia abes je baca ayat aku tulis teros chow. Tau takot! kang aku cc kat bos baru tau. (aku cakap je, nak buat tak berani pon).

Setengah jam, larik pegi kantin. Mesej Akak Project Manager aku yang duk dalam meeting sales aritu. Nak tahu kedudukan sebenar.
Ateh pon cakap la yang abg india tu kata begini " Right now, u re the only technical staff in our company. Both me and *** are borrowed to xxxxx company now. So, All the appointments will be handled by you from now on." benarkah kak project menager??
kak Project Manager pon terkezut la.

Kak Project Manager : Eii~ akak suh dia yang pegi, pastu dia habaq dia busy ngan kerja2 kat xxxx company tu sekarang. Jadi dia suh ateh yang pegi. Akak kata OK tapi dia kena la inform ateh. antaq email kat ateh.

HAHAHAHA...aku yang kena tipu!

 owh pandainyer encek abang india itu putar belit. Geram ai tau!

Takmo kawan!

p/s : mmg betul Russel Peter punye lawak pasal abg2 keturunan dia. :P Tengok kat atas atau Tekan  SINI.

Dah

Thursday, October 31, 2013

Makan gaji mmg x best :)

Hehehe..jeng jeng jeng
Nampaknye rumours ttg keadaan kewangan kompeni yg tenat tu bukan lagi gossip2 liar.. huu~ mana la nak carik kije dlm masa terdekat ni??
Sekarang pulak tgh menanti gaji. Dah tanye miss HR td,tup tup dia jawab
"U punye bos kata dia xde mood nak sign cheque"
Nak tergelak aku dengar. Xder mood ke xde duit kat bank... :P xyah putar2 la bos...
Then miss HR pon berlalu ke bank atas urusan beliau atau mungkin sengaja mau lari dr pertanyaan berulang2. Muak dengar org tanyer sal gaji kut.
So,apekah naseb diriku g xberduet neh?nak beli minyak pon xdak pitih...tadi tumpang hasben dtg kije...jimat duit minyak...hoho besok2 jalan kaki ajelah kot g kije...
Hmmm~kuasa sign gaji ditangan bos... jgn pulak kata sales xjadik sebab programmer xterer menambat hati pelanggan...
Kami2 ni da cuba sedaye upaya bagi imej cantik utk kompeni...walaupon kekadang kami goyang kaki kat opis layan utube,tp kami bekerja keras jugak selain masa itu...
Dah puas celoteh. Gaji xmasuk jugak...nmpaknye minggu depan la labu...
Dah

Friday, October 25, 2013

Azzahra' demam lagi :(

Smalam dia ok2 aje. Bukan main lagi merangkak sana sini. Kejar toys yang memang banyak kat rumah ni pastu cium2 dan geget..haha lucu. Tu belum lagi bila masuk bilik atok. Tengah abiynye mengurut atok, dia pon nak urut sama. Siap merangkak atas badan atok lagi. Shortcut kot.
Kebetulan lagi Bobo balik,hah berkejaran la eh silap bermerangkakkan la itu budak mengejar kucing nak cium2 n babap..
Hantar sekolah pagi ni pon senyum2 aje macam selalu. Tapi bila nak pegi amek tadi nmpak lembik semacam.rupanya demam panas.err berjangkit ngan ummi ke?
Kesiannyer :(
Ya Allah kuatkanlah anakku dan sembuhkanlah dia :(

Agak2 demam nak pandai jalan kut~ atau nak pandai ckp... emm~ sebabnye sekarang bila nmpak akuarium abiy sibuk nak cakap fish...tp yang kluarnya bunyik angin jah...ftttt~ mcm tu...

Ape2 pon..moga cepat sembuh ye azzahra'..amin

Tuesday, October 22, 2013

Saye nak berniaga la pulak

Sejak dua menjak terasa pressure pasal opis punya kedudukan kewangan da goyah,tetiba rasa nak berbisnes. Yela,bole kerja ikut masa sendiri dan juga bekerja dari rumah.x ke best tu?tp berangan la kut dulu...
Tapi da start la sikit2 kat efby nun. Kata org,klu ada rezki Allah nak bagi InsyaAllah boleh :)
Jual ape? Aha-
Jual telekung sulam dari vietnam u olls(haha terikut plak iklan efby).
Ehem
Jual telekung dari vietnam pelbagai jenis, ikut bilangan kuntuman bunga kat telekung tu. Erk tp ada ke yg terbaca kat sini?
InsyaAllah. Dah usaha,yang lain berserah pada Allah jua.. :)
Ok. Klu tengah search kain2 telekung yang cantik, dengan harga yg berpatutan, contact la ye :)
Ok dah.

Sunday, April 21, 2013

Azzahra's New Skill

Salam

Wohooo~ Azzahra' da masuk 5 bulan. Pejam Kelip, Pejam Kelip, there you go- she's 5 months. That little bump is now 5 months old (berapa kali mau ulang daaa~).
Okeh2...Cuma cam ta caye that little baby is now become a bigger baby..huhu
Back to the title.. ni beberapa skill dia yang terbaru..

Turn turn turn
Yum yum..sedapnyer makanan dalam majalah ni

muncung dia..

Naik Walker dan Jalan2 sendrik dalam walker

saye suke naik walker

 ketawa dan screaming loudly

pegang botol sendirik


Makan pisang..nyum nyum


Fotogenik beby ^^ walaupon susah nak senyum



Monday, February 18, 2013

Dunia EBM : Ya saya seorang ibu yang tak berjaya direct feed

Denga bangganya ateh berkata seperti tajuk di atas

Ok.. ateh sebenarnyer dari mula2 bukak blog ni , sentiasa carik idea untuk buatkan blog ni bermanfaat untuk semua orang so that yang membaca tak la hanya dapat benda2 tak berfaedah.. Kata orang nak buat pelaburan akhirat la neh. So, tiba2 Allah ilhamkan ateh buat post tentang penyusuan bayi khas untuk ibu-ibu yang tak berjaya breastfeed tapi tengah gigih mengepam susu untuk anaknya. (itu pengorbanan besar tu). Memandangkan ateh ni bukanlah pakar laktasi yang bertauliah, ateh cuma post berdasarkan pengalam ateh mengepam secara gigih ajelah. hehehe . yang mana boleh amek sebagai guidance or motivasi, dipersilakan. Yang rase cam takmo amek pape, ateh persilakan jugak... yang mana nak troll atau ader niat nak komen yang buleh mematahkan semangat kami yang mengepam susu ni, dipersilakan jugak blah dari blog ini.... (eceh KAMI la sangat, padahal ateh sorang jah...)

AMARAN : Entry yang der tag/labels Dunia EBM ini adalah KHAS untuk ibu-ibu yang TIDAK BERJAYA menyusu secara direct(direct feeding), dan hanya bergantung pada SUSU YANG DIPAM untuk diberi kepada bayi. atau yang terpaksa supplement dengan susu tepung kadang-kadang . (campur susu)

ada paham?

Okeh kembali pada niat mulia ateh, nak share pasal EBM.

APE TU EBM?

EBM atau nama panjangnyer Expressed Breast Milk, adelah sebenarnyer simpanan susu yang dikeluarkan sama ada dengan kaedah mengepam atau teknik perahan tangan(ateh tak ingat nama dia ape..korang google aje la).
 da paham?

CAMNE NAK SIMPAN EBM?

tajuk ini penting, tapi ateh ringkaskan aje.
boleh simpan dalam botol atau plastik, lalu diletakkan dalam peti ais.

JANGKA HAYAT EBM?

1) susu dalam suhu bilik - tahan 4 jam
2)susu dalam peti ais bahagian bawah - 7hari sahaja
3)susu bahagian sejukbeku - tahan 2 bulan sahaja
4)susu dalam freeze khas - tahan 6 bulan

=info di atas adelah berdasarkan ingatan yang samar2, sila google untuk  penerangan yang lebih kemprehensif..hahaha=


KENAPA EBM?

as u all know, susu ibu adelah yang terbaik!

sebagai seorang ibu, ateh juga bernaluri untuk memberi anak2 yang terbaik. But memandangkan DIRECT FEEDING adelah tidak berjaya dilakukan, maka pilihan kedua terbaik adelah mengepam susu.

ONAK DURI

Tidak sama orang yang direct feeding dan orang yang memberi minum anaknya susu EBM.
1) masa bersama anak ditukar dengan masa mengepam
2)sentiasa kne cuci dan steril barang2 mengepan demi kesihatan perut anak.
3) menghadapi kata2 seperti "kenapa tak direct feed? nnti kering susu tu haa~" , which is dalam hati ateh menjawab "uiii~ tahniahlah awak direct feed aje kan?banyak betul susu"
4)dan bermacam-macam lagi onak

TAPI TELAN SAHAJA HAKIKAT TU

ingat, Allah takkan menguji seseorang melebihi kemampuannya...kuatkan hati. InsyaAllah, sebenarnyer Allah nak bagi ganjaran atas kesabaran kita mengepam. Nak bagi ganjaran atas kesungguhan kita nak bagi yang terbaik pada anak2.

Ateh selalu dengar rintihan ibu2 yang direct feed ni, antaranya adelah bila bekerja, rase penat nak mengepam. Ade yang pam cukup2 aje untuk bawak pergi nursery sebab takde masa. Ape beza masa yang diberi pada ibu yang direct feed dengan ibu2 yang  hanya mengepam? Takde beza (ateh jawab sendrik).MAksudnya mengepam adelah aktiviti yang memerlukan keazaman yang tinggi. So, sesiapa yg gigih usaha mengepam jugak sebab tak dpt bagi direct,bayangkanlah pengorbanan dia sebesar mana untuk anak. Berkira setiap titik susu yang berjaya dipam supaya anak dapat sepenuh manfaat susu ibu. (adehhh~ berair mata ateh ni haaa~).

Keep on Pumping!!

InsyaAllah, masa bersama anak yang diganti dengan masa mengepam sebenarnya dalam diam mengukuhkan lagi ikatan anak dan ibu. InsyaAllah!



MOTIVASI

1)mintak encek hasben punya support. Jangan dia pulak tableh nak terima hakikat yang anak dia tak boleh minum direct lalu membeli susu tepung sebab tak larat dengar anak nanges sementara tunggu maknyer habes pam susu fresh. ALhamdulillah my husband sangat understand keadaan ni. :)
2)Jangan nak compare dengan orang2 yang dikurniakan susu banyak,dapat direct feed anaknyer, lalu juga menyimpan ebm dalam peti sebanyak berbotol2, lalu mengepost gambar susu2 ebm tersebut di facebook atau belog.
3)Mintak support dari orang2 yang mengalami situasi yang sama.
4)pahamkan bahawa mengepam takkan mengosongkan secara total susu yang ade di badan. The best way untuk kosongkannya adelah suh baby hisap. So, secara matematiknya apa yang dipam

Tuesday, February 12, 2013

makan hati diam2 pastu mengamuk tiba2

JANGAN BACA ENTRY TAK BERFAEDAH INI

sebab ateh

Tak nak cerita apa2

sebab tak berfaedah pon untuk sesiapa

 semua da laennnnnnnnnnnnn~

JOM LARI LAJU-LAJU boleh??






Wednesday, February 6, 2013

I like abiy more

Lately terfikir kenapa bila ateh cikuchak ngan azzahra',almost everytime azzahra' akan bg muka toya...
Huhu..tapi bile main ngan abiy atau ternampak abiynyerr terus senyum lebar...
Sungguh bias :(
Mungkin sebab yg slalu main,bawak jalan,bawak gi tgk fish,bwk gi bilik atuk is abiy... so bila tgk abiy,dia nmpk something fun....
Huhu...your abiy is a very good man,a very good husband, and a very good abiy azzahra'...nmpknyer in d future ummi berebut abiy ngan azzahra la jwbnye...
Tapi ummi tak jeles pasal tu....ummi jeles klu azzahra suke abiy more than ummi...huwaaaaaa~
Okeh..
muka toya
pandang abiy tengah buat ape

Thursday, January 24, 2013

Breastfeed...Bottlefeed..

She's currently breastfeeding..using bottle.. :P


asalnyer sebagai seorang ibu, mmg rase kecik ati dan kecil diri bila orang tanyer "kenapa tak minum direct...?lagi senang.."

Hooohooohooo...alangkah sebenarnyer itulah impian ateh sebagai seorang ibu.Apekah mereka tidak tau ateh jugak mau dia minum direct ajer..lebih senang,lebih mudah... tapi ateh da cube... and both of us da frustrated mencuba..yup both me and azzahra' da fedap mencuba...daripada ateh biarkan azzahra kelaparan susu, better for ateh pam susu and kasik dia minum.. At least itu susu ateh jugak bukan susu ibu lembu yang entah dari mana. (ohh ateh sungguh emo bab2 susu badan nehhh)...

so, sekarang azzahra breastfeed bagaikan juara, tapi pakai botol la... yang tak bestnyer ialah dia kene tunggu susu dipanaskan la kekadang..
Ateh cube sedaya upaya untuk  bagi yang fresh..kekadang da predict dia nak minum susu, baru perah siap2.....

okehhh to make it clear --->>>ateh bukan give up tapi fedap..
ateh n azzahra still lagi mencuba. dia sedang sedaya upaya belajar camne nak sedut, atehpulak sedaya upaya belajar sabar..... sabar sabar..dengan kata2 org yang sebenarnyer mungkin nak bagi motivasi kuttt~ supaya cepat2 bagi susu direct kutttt~

ENTAHLAHHH

apeponnnnnn~ tahniah la beby korang berjaya disusukan direct...
but don't cakap yang bukan2 pasal beby yang tak minom direct ni..apetah lagi beby yang tak minum susu ibu langsung... (pasal otak tak cerdas la,kurang kaseh sayang la,badan lemah la) . Ateh tau Allah tu Maha Adil,mesti DIA adil dalam memberi rezeki pada anak2....


Okeh...

She's 2 months already.... ^^

Ini gambar Azzhra' time pegi cucuk 2 bulan kat kpj aritu...asalnyer nak gi cucuk kat Klinik Kesihatan Kajang..semangat aje pagi2 siapkan dia n tunggu nombor kat sane.. In the end rupanya prosedur cucuk kat KK kne mintak appointment dulu baru buleh cucuk....haiyaaaaa~
dan pulop sampai ujong bulan neh penoh plop..adehhh~ kata ader ISO tapi tak explain ape2 pom awal2 sebelum amek nombor...
hummm~ anggap ajelah ateh sorang dalam dunia ni yang tak tauuuuu~

Kepada mereka yang berniat mau cucuk anak kat KK  , sila tempah appointment awal2 sebelom pegi okehhh~... but if got Klinik Desa berdekatan anda,sila pegi sane jerr la....

Jom layan gambar budak kecik nih..










bila la dia mau senyum2 ni....huhu :P

Tuesday, January 1, 2013

The time has come for her to be born 4

Bukaan da 7 cm

Kat dewan bersalin, Dr. Huda bagi penerangan yang kalau tak tahan sakit boleh guna ubat sedut kat tepi katil aku tu. Ubat tu takde side effect, bole sedut banyak2..huhu so aku dengan innocentnya telah terus menyedutnya. Then Nurse pasang alat monitor darjah kesakitan perot and heartbeat baby. Peliknyer tengok graf kesakitan tu always range 20-40 jah, tapi sakit bukan main...rase cam nak geget2 tiang katil je. Tapi ateh positif thinking aje la. Mungkin ateh mmg jenis yang tak tahan saket.. but then....setakat 40 da saket camni, klu 80 camne...huuu~ serammm..

Dah dekat sejam tahan saket lagi dalam dewan bersalin tu, dan dah pon muntah 3 kali, Dr.Huda datang lagi. Dia kata da bole meneran tapi better tunggu sakit tu lebih sket. So, dia pon masukkan satu ubat air utk bagi rahim kecut, mungkin sejenis ubat induce la kot. Waktu tu bertambah2 la miserable rasenyer. Tapi graf still tak menunjukkan peningkatan. Ateh duk teringat lagi conversation 2 orang nurse yang check ateh.

Nurse 1 : yang ni untuk ape? (sambil tunjuk alat kat perot ateh)
Nurse 2 : Ohh yang ni utk monitor heartbeat baby, yang ni utk monitor sakit ibu.
Nurse 1: Tinggi jugak sakit tu..(waktu tu graf kat angka 40)
Nurse 2 : taklah, tu baru sikit. Ada orang sampai 100 .
Ateh : (dalam hati) ..saye masih hidup dan bernyawa serta sedang menahan kesakitan ye adik2...aduiii~

oh, yup...nurse2 yang bercakap2 tadi setahun lagi muda dari ateh. sekian.

later, menunggu lagi sejam...
nurse datang lagi. membetulkan alat kat perut. hambikk~ terus graf melonjak naik ke angka 90..sesuai dengan kesakitan yang sedang dirasai. Ateh rase nak nanges. huuuuu~

Dr. Huda datang. Senyum. Dia tanya ada rase nak meneran tak? ateh angguk (mmg dari tadi da rase nak meneran). So dia suh try push..

Push pertama - 8cm
Push kedua - 10cm
Alhamdulillah

Rambut da nampak ble ateh push -kata Dr,Huda.
Then dia suh tarik nafas dalam2. bila rasa ada kekuatan, push panjang2 sampai abes nafas.

Push ketiga - suku kepala baby da keluar.
Push keempat - separuh kepala baby da keluar.
Dr.huda suh push sekali lagi-kuat2. Tapi ateh tak berdaya dah rasenye. Dia bagi encouragement yang dia tak nak potong atau guna vakum sebab kesian kat baby.
Ateh penat. Tarik nafas dalam. Dokter suh encek hasben tgk. Encek hasben da tgk, kemudian tak putus2 dia berbisik kalimat2 sokongan dan permohonan agar dipermudahkan urusan juga peringatan supaya ingat pada ALLAH.
Ateh mengerang, cuba gapai kaki, cuba raih kekuatan. Tarik nafas dalam-dalam.
"saye tak boleh..."
Push terakhir - baby terus keluar
camne dalam keadaan rase cam tak boleh tu tup tup ehhh~ keluar pulak dia... itulah dia...DiciptakanNya seorang wanita mmg didesign -mmg BOLEH melahirkan.

Alhamdulillah. hehehe suspen tak?

Then terdengar tangisan beliau yang dirindui selama 9 bulan itu.Seorang bayi perempuan yang putih gebu. Tahu mencebik bibir sebaik lahir.

Selamat datang anakku.
Azzahra' binti Aizzat.