Pageviews past week

Thursday, March 20, 2014

Our australian adventure - day 1

Ibalik je dari kerja xsempat nak mandi da terkocoh2 nak pigi baiki stroller, baru beli. Haha .macam biasa la. Mestilah kecoh. Ni pon xkecoh sgt sb anak2 mak yg pegi dua2 teruna. Kalau belah ateh, hah siaplah kecohnya yang tak habis2. Al maklum anak dara mama 4 orang semuanya.
Selesai isu stroller dan pertukaran wang asing, ateh balik ngan hasben membawa burger. Nak masak kang xsempat. Terus berkejar ke bilik air mandikan sikecik. Ummi dia pon skali la tunggang terbalik mandi. Dah siap si budak kecik tu pakai baju, terkejar2 plak nak makan. Yang peliknya,si kecik ni tau2 je org nak cepat, ateh tengok dia lengah bukan main...bak kata mama suka lolehloleh...eh macam ummi dia jah suka lolehloleh...hahaha
Apepon smpai la kami kat airport. Ateh punya duit tukar 100 aud tertinggal kat umah.tahniah la. Yang adik pulak dompet tertinggal kat rumah. Dia lagi la stress sb semua booking pakai kedit kad dia. Sabo je la. Ateh yang tak tau nak tolong cane buat muka tak tau je la smbil jaga azzahra yang dari tadi berjalaaaaaaaaaaaaaaaan je berpusing2 kat airport ni. Dah la jalan sambil tolak stroller.poning ateh..
Penat kaki.
Dah smpai waktu berlepas, geraklah menuju gate. Igtkan dekat tmpat parking kapal trobang tuh,skali nya humang aihh jauh bebenor. Dah la tadi 4 tempat checkup sume nak tgk passport. Macam2.. Nak naik kapal pon kne tunjuk passport jugak.apadaa.
Azzahra?
Semangat bukan main lagi tgk kapal2 terbang tu semua. Oh lupa ateh nak gitau yang ateh naik air asia. Lepas ni nak g mana2 tmpat jauh tobat dah xnak naik AA.
Dah naik kapal tuh, pas tidokan azzahra igtkan bolehlah nak lelapkan mata barang sedetik dua. Maklum la, tiket tengah malam kot. Besok da nak jalan2.
Tapi...berangan je la.
Dengan announcement. Dengan anak org lain main dan nangis jerit2. Ateh sendri pon rase nak nanges.
Cuba tido bila tenang xterlelap plop. Cuba terlelap time tak tenang azzahra plak nanges.
Nasiblah ateh oiii
Bawak beby kecik mmg la.
Sabar je la.
Sabar punya sabar, patot kapal trobang ni sampai ko 4.30, kol 6 baru mendaratnye. Yang kuang ajonye kul 4.30 dah kujut org kekunun nak mendarat . Semua kne pakai tali pinggang keselamatan tu la. Alih2 anak aku pom bangun skali. Tahniah la..
Bangun siap pegi kat tingkap kapal trobang lagi dan cakap.
"uuuuuu...pretty!"
Dah nak buat ape?
Gelak je la kut tgk telatah budak kicik ni. Geget kang.
Turun kapal kat kastam semua alhamdulillah. Cumanya ateh x cukup bateri dah kejar azzahra yang duk ke sana ke mari. Suh tido takmo. Sementara org lain nak setelkan sewa keta dsb. Tinggal ateh je yang tgkkan azzahra. Sabar je la. Paksa jugak dia tido, last2 ateh yg tido...kahkahkah.
Ateh cuma sempat tgk abiy dia amek n bawak dia jalan kat luar airport. Xpanas ke kat luar? Bukan 35Degree celcius ke??ateh bangun tgk2 urusan da selesai. Keluar bangunan da bersedia nak merentasi cuaca panas dering.. Tup tup
Sejukkkkkkk
Berangin cam cameron
Matahari dia xbole blah terik .tp sejuk la.

Dapat kereta, belom pon start enjin kete azzahra da pengsan. Tido mati. Xleh bukak mata...
Ummi dia? Sama sahaja.

3 jam perjalanan ke Albany.

Sampai lebih kurang pukul 5.30 ptg. Rehat2 hantar beg kejap, gerak ke pantai Albany. Sujukkkkkkkkk.
Tak bleh nak bayang camne omputeh buleh berendam pakai bikini je dlm cuaca begini.

Angin bukan main lajuuuuu lagi..nak terbang rasenye . Tapi permandangannya, subhanallah..cantik sgt...

Dah maghrib, pegi pasar beli yang patot.
Alhamdulillah dpt ayam halal kat kmart.
Besok- menu is ayam bakar coz tempat ni ada oven..hoyeahh

Malam ni makan ikan dan kentang( baca: fish n chips)

Ok. Time to sleep. Azzahra? Biasalah kne pujuk baru nak tido..sabar je la.

Done