Pageviews past week

Monday, September 22, 2014

Azzahra pandai mengigau

Salam.
Actually, azzahra memang pandai mengigau sejak masuk umur setahun setengah. Tapi tak pernah berbutir apa yg di mimpinya. Yang tahu, bila tiba2 dia nangis tengah malam dan xboleh dipujuk2. Kena siram air dan bangun baru senyap.
Nak dijadikan cerita,  tgh ateh bersiap2 nak gi keje ari jumaat lepas, ateh dengar suara dia yang garau tu cakap.
" abiy...nak rice"
Eh. Dah bangun ke budak ni. Ateh perhati je dia dalam samar2 cahaya..ecehh sebab bilik ateh ni da siang pon redup aje suasana. Yelah, bilik xder tingkap..haha
"abiyyy...nak rice"
Ateh dengar lagi suara azzahra meminta. Kemudian,berkali kali seolah olah menunggu respon abiy. Abiy pulak tgh sedap lagi membuta.haha
Tengok mata azzahra tengah pejam. Tapi suara dia macam org dah bangun. Lama2 bunyi cam nak nanges, ateh teruslah pok pok manja soh bangun kang melarat plop.
"azzahra,are u hungry. U want to eat?"
Dua kali ateh pok pok. Baru la dia gosok2 mata. Golek golek sikit, then bila buka mata, pandang ateh senyum2.
Golek2 lagi , pandang abiy yang baru terbangun , terus terkam abiy sambil sengih2.
"abiyyyyyyyyyyyyy!"
Azzahra jerit manja sambil sorok muka kat ketiak abiy. Malu la tuh, mengigau nak makan nasik.hahaha
Itu la dia anak ateh yg ngigau nak makan nasik pagi2..
Dah

Tuesday, September 16, 2014

Appointment KK kajang - alamak hb ku rendah sekali

Salam
Ok . Appointment kk kajang week 31 of pregnancy. Weight gain 2 kg in 2 weeks.
Hb turun dari 9 to 8.5
Kna jumpa dokter. Sblm jmpa dokter nurse da siap2 bebel kat ateh kne makan ubat tambah darah, kne makan makanan kaya iron, jarakkan minum susu dengan makan ubat. Kopi, teh elakkan. Dan seterusnya. Ateh dengar je la. Bagi ateh hal darah ni kta mmg la bole usaha tp klu Allah nak duga jugak, redha aje la kan.
Then masuk bilik dokter. Dokter tak tanya langsung pasal oligo da sb maybe pakar dari hospital kajang da pun tulis2 karangan conclusion dlm buku kot. Then, dia terus jah serang ateh dengan soalan.
"knp hb awak rendah ni? Makin turun. Awak tak makan ubat ke? Klu awak makan ubat takkan trn macam ni tau. Baik awak cakap betul2, awak makan ubat ke tak? atau awak makan tp tinggal2?"
"Err saya makan dokter. Mungkin sb sy makan ubat lepas tuu xsmpai dua jam terus minum susu kot. Nurse tadi baru cakap xboleh n sy baru tahu". Kata ateh.
"kenapa awak nak minum susu lepas makan ubat? Ubat tu sekali sehari je kan makan. Waktu lain xboleh minum susu ke? Takkan sepanjang hari awak asyik nk minum susu"
"err sy skang klu air sejuk, minat minum susu"
"awak tgk ni hb awak berapa. 8.5 je. Cuba awak fikir, apa yg awak bg anak awak makan. Darah awak dah la sikit, macamana anak awak nak dpt nutrient yg cukup nak menjadikan dia cemerlang? Semuanya bermula dari dalam kandungan. Kalau saya lah, saya dah nangis dulu dah. Sy dulu xpernah la hb kurang dari 11. "
Ateh waktu ni dah diam aje. Lain macam pulak bebelan dokter ni. Menyentuh hal masa depan baby plop. Pastu compare ngan diri sendiri. Hishhh~ macamkan ateh ni ader option button kat perut, n ateh sengaja tekan bagi hb turun . Ni bukan ateh mintak tau! Dia xpikir ke perasaan ateh? Dia igt ateh xmo the best for the baby ke? Igt ateh pregnant sebab main2 ke?
"awak balik ni, awak pikirlah ape yg awak da salah buat sampai hb turun semacam ni. Ini pelik tau bagi third trimester.patut darah makin naik, bukan main turun . Nnti kta buat test darah, in case awak ni talasemia ke atau punca2 lain. Dan balik ni awak fikir dan betulkan apa yg awak salah , which in any case awak mmg takkan dpt naikkan hb awak kepada normal pun dah."
Dia continue cakap smbil isi borang.
"bayangkan , awak punya darah da 8.5, tu blm beranak lagi. Nnti da bersalin nak turun berapa? 5 ? 4?.. Mmg la sekarang blm life threatening, tp awak fikirkanlah anak awak tu."
Ok the rest ateh dah tak igt. Anggaplah ateh pengecut. Actually lepas kluar dr pintu bilik dokter tu baru la ateh terfikir
Dia pon xtau ape punca hb ateh turun, mana bole hentam ateh camtu. Cruel dan not helping langsung. Atleast dia kne la terangkan apa maksud nomber hb tu. Tau la dia blajaq jadik dokter, sb tu la nomber tu too sognificant kat dia smpai bole buat dia nanges. Tp untuk ateh yg xfaham maksud nomber tu, mmg ateh teruskan kehidupan dengan ceria je la kan?
Allah tu pemunya yang hidup mahupun yang mati. Setiap penyakit Allah da kata ada penawar. Kenapa dia cam blame ateh atas penyakit yg ditimpa pada ateh? Sb ateh jejaskan KPI dia? Sb ateh bazirkan masa dia? Ateh tak tau. Anyway as a healthcare provider, dia kne paham tugas dia untuk membantu. Apatah lagi government dokter yg berkhidmat utk rakyat. Mmg penat, tp klu dia ikhlas, ateh rasa pahala yg dia dpt jauh lagi banyak dr penat yg dia dpt.
Anyway, apa yg nak dia sampaikan is right. As a mother, ateh kne la bertanggungjawab atas keselamatan anak ateh. Ok. But please, cakap dgn baik pun boleh kan?
Hehe
Ateh sensitip sikit sentuh pasal anak. Nanges la dlm kereta. Hilang mood sehari..
Dah.

Apointment minum gula kali kedua

Salam
Ok cam biasa, bangun pagi. Antar azzahra' ke sekolah n terus pigi klinik. So, sb dah tau prosedurnya macamane, senang aje la..cuma nak tunggu 2 jam tu la...mabuk!
Haha
Nak dijadikan cerita ateh dpt nurse yg xpandai amek darah.huwaaaa~ dua tiga kali pam urat yg sama guna syringe yg sma..sakitttt wooo~
Resultnya, basahla kapas ngan darah.. 3 hari lebam tau!
Ok. Apepun this time air gula tu mmg pekat likat bukan main. Memang el la petang tu mabuk air gula. Takkan nak pigi keja jugak kepala ting tong.
Balik rumah terus bum atas katil smpai petang.
Anyway, result is normal..hoyeahhh...
Dah

Appointment hospital kajang

Salam.
Ok. Nak mulakan cerita dengan sambungan status oligo aritu. Dapat je reference letter dari dokter kat kk kajang tu ateh ade jugak berfikir2 nak g kpj..tp itu luit kna menyimpan. Sb da betul buat decision nak bersalin kat az zahrah. :)
Jadiknya, hari selasa tu g klinik as salam sebab scan dia bagus. Ala klinik yg ateh pegi buat 3D scan tu. Err ateh blm buat entry pasal tu ek? Hahahaha
Ok. Lepas gi klinik tu, dokter klinik in a way pujuk ateh suh pi hospital kajang sb dorang ada pakar o&g.anyway bacaan yg dokter klinik tu dapat is 11. So, dia nak pujuk ateh punya pasal, bagi mc kat ateh selasa n rabu.
Esoknya pegi la menjejak kaki kali pertama ke hospital kajang. Dihantar oleh encek hasben tersayang. Fully equipped with biskut, movies dlm fon, air sebalang besar,earphone, and beberapa powerbank..hahahaha
Dah membayangkan lama menunggu. Tapi, nak dijadikan cerita, ateh masuk je klinik o&g, tunjuk reference letter, terus nurse kat reception tu auh pi satu meja ni
Kebetulan ade dokter skali kat situ.
Dokter tu suh terus pigi PAC. Ateh tanye la amenda itu PAC. Dokter tu tunjuk direction, n suh kata kat dokter PAC, Dr hajar yg hantar ateh ke sana.hihi.
So, pigi la itu tempat, rupanya patient assessment centre. Xramai org. Kebanyakannya yg hampir masa bersalin. So dorang akan assess, bole masuk dewan bersalin ke blm... Huh nebes ateh tgk mommys yg sakit beranak ni muka tenang aje menahan kesakitann~
Takuttttt~
Ok. Teruskan, memula dorang cek baby ateh punya degupan jantung. Then dokter yg pertama habaq yg 7 ni ok lg utk air ketuban. But then dia kata tunggu dokter pakar dtg buat scan. So, lepas scan ngan dokter kedua tu dpt bacaan 9 untuk air ketuban. Which is ateh lega la sb dokter pertama tdi kata 7 pon ok, n bacaan itu telah naik dr 7 ke 9. Alhamdulillah. :)
Ok, but dokter kedua tu ttbe kelam kabut panggil dokter ketiga, membuatkan dokter pertama terpinga pinga dan bertanya beliau.
"bukan oligo 5 below ke dokter?"
Beliau menjawab. "yes but bacaan below 10 pun ada significant"
Ok. Ateh doa banyak2 dlm hati. Xnak masuk wad.wuuu.
Datang dokter ketiga, bawak ateh ke  klinik o&g n guna scan machine sana. Which is mmg cantik gmbarnya..:) siap bole tgk idung baby...
So, dpt bacaan 11. Alhamdulillah. Dokter ketiga tu siap sempat lagi tunjuk tulang belakang, serebrum,serebelum,idung,mata baby kat dokter kedua. Haha..katanya alang2 dapat scan, bole ajar skali.
Ok la.asalkan normal. :)
Lebih kurang 2 jam aje ateh menunggu kat sini, da abes rawatan. Alhamdulillah dipermudahkan.
Xsmpat mau makan biskut..hihi..
Ok
Dah

Tuesday, September 2, 2014

Appointment klinik merdeka.

Salam..
Alhamdulillah da masuk minggu ke 29 pregancy... InsyaAllah lagi 8 minggu da siap siaga menunggu hari..:)
Ok. As usual appointment klinik. Semalam cuti hari senin, sempat la shopping barang baby sikit2.. Da mula eksited nak pangku beby gurl..moga Allah permudahkan..amin..
Back to appointment..actually last 2 weeks pon pigi appointment jugak. Kne tahan dgn dokter pasal hb turun . Kena marah dgn dokter coz hb turun tp berat naik mendadak.. Err naik dalam 5 kg gitu dlm masa 2 minggu...kihkihkih...
Nmpak sgt selera ateh sgt bagus nowadays...terkorbanlah nak puasa 6.. Huuuuuu~
So this week hb makin turun. Dah la amek darah sebalang utk test hb kali ni. Dokter takut yg cucuk sikit kat tgn tu tak accurate. Hah hambek..resultnya turun dari 10 ke 9... Padanlah rase letihhhhhhhhh je senantiasa...jalan sikit rase nak pitam..
Ok. Move on. Dokter adelah sgt baik. Nice sgt cara dia cakap. Da konpes( baca: confess) yg x makan ubat zincorfen tu...kihkihkih...then igt da selamat, dokter nak buat scan sb last time scan tu first visit. Hihi
Dpt la detail scan dari dokter tp sb dia xberapa mahir kendalikan machine scan tu, time nak ukur air ketuban macam kaku sikit. Resultnya..jeng jeng jeng...hmmm oligo lagi...tapi this time bacaan sgt rendah :7. Time azzahra dulu 9 mcm tu.. So, masih boleh normal la
..hmm padanlah perut kecik.
So, esok kne pigi double confirm kat hospital kajang. Tp dah mintak izin pigi az zahrah terus. Dah emel mr. Bos esok EL sb appointment klinik. So plannyer, ikot encek hasben ke sekolah, nnti dia drop kan kat az zahrah. Ateh pigi as walk in customer la kut.. Hehe tgklah esok camne.
Klu ikut surat, alamat sampai ke petanglah menunggu giliran... :((
Owh and jumaat ni gula test 2nd round. ~_~ sy xsukeeeee
Dah
Abis