Pageviews past week

Wednesday, July 8, 2015

Mari jahit zip.

Salam.

Ok, hari ni dah masuk hari ke 8 ateh jadi tukang tanam anggur. Bab tender tu, rasanya ateh dah pernah tulis kut.
Post kali ni ialah post orang yg ada masa dan tak tau nak buat ape kat rumah. Mandangkan ateh ni bf mother dan jugak nip tegar, ateh slalu gak ushar baju bf friendly kat web. Last time ateh beli ialah 8 bulan lepas. Waktu adik dlm pantang. Huii rm 300 jugak melayang. Tu pun dpt 6 helai je t-shirt. Pakai 4 hari dah kena ulang baju. Huahuahua.
So, disebabkan baju2 bf friendly ni mahal, iaitu rata2 nya klu t shirt dlm rm 45-60 sehelai, ateh pon terpikiau la nak modified t shirt ateh. Errr sebenarnya time pantang lg dah ada idea, tp x execute jah. Masa takdak, mesin takdek, usaha takdek, malas banyak. Hahahaha
So hari ni ateh nak share la guana ateh buat modification pada baju2 ateh supaya mesra nursing.
Apa yg diperlukan.
1. Zip 11 inci
2. Baju t shirt yg nak modify/apa2 baju
3. Kapur tanda
4. Pembaris
5.gunting.
6.jarum jahit.
7.benang yg bersesuaian warna.
8.mesin jahit.
9. Jarum peniti.
10.iron
11. Power plug. Hahaha seriusss

Cara2nya. Bentangkan baju anda di lantai atau di meja. Letakkan zip, dia bahagian hadapan baju secara menegak. Tanda menggunakan kapur panjang zip pada baju.
Alihkan zip. Buat garisan lurus dr leher baju ke tempat di tanda panjang guna pembaris. Gunting lurus. Hidupkan iron. Lipat bahagian yg dipoting ke arah dalam dan iron biar kemas. Tutup iron(turn off klu dak paham).
Letakkan zip pada bahagian yg telah di iron dan kekalkan kedudukannya dengan jarun peniti. Masukkan benang dalan jarum jahit. Mula jahit dr bahagian bawah zip. Jahit secara jelujur kasar. *klu xdak mesin cam ateh, jelujur halus pun ok.
Dah siap. Jahit plak ngan mesin jahit.
Nak lagi kemas,jahit butang pada atas baju. Tadaaaa...siap.

Pssst. Ateh tak tau gane nak tulis step bawah gambar guna app blogger ni. Klu ada yg tau bole la share. Huhuhu.

Dah.
Sekian

Tuesday, July 7, 2015

Adik dah 8 bulan

Salam.

Adik ateh start bagi makan waktu dia 5 bulan setengah. Duk tengok dia duk meleleh air liur, kesian. Mak mertua dah push soh bg la dia makan, kang lapo. So, bg la puree apa yg ada. Hihi.
Ada menu pumpkin, sayur bayam,brokoli,nasi putih kosong, ikan, buah...
Memula MIL soh bg sayur jah. Pastu ateh try la bg kangkung rebus campur nasi. Jadi bubur kangkung. Ateh rasa meloya tekak. Bg kat adik, dua suap dah taknak...kahkahkah
Kita pon makan boh perisa2 kangkung tu bg sedap. Ini nak bg beby kangkung rebus blender. Huii rasa cam jamu. Haha
So, bg la pumpkin carrot puree..haaa barulah nyum2 dia makan. Hati ateh pun senang.
Sekarang adik dah pandai merangkak. Baru je 4 hari lepas. Sebelum tu commando crawl. Huishh sungguh dahsyat. Sekelipan mata aje dah smpai dlm bilik air. Dah pandai merangkak lagi la, setengah kerlipan mata dah sampai.
Skang, bila dia bangun tido, da xbole bg main atas katil. Dia menggolekkan diri dan menjatuhkan diri ke bawah. Hahaha... rasa2 nak try bungee jumping kut. Klu sekali jatuh dah serik xper. Dah banyak kali jatuh pun, masih sengaja jatuhkan diri. Jadi, bila letak bawah dia dah pandai main sendiri. Dengan syarat ateh or abiy dia ada dekat. Klu tak, sesaat je lepas letak terus huwekk huwekk. Suara dia ni lg hebat dr kakak. Sekali teran, gegar syiling rumah. Huhu. Bukan suara nyaring, suara garau pulak tu.
Apepun sekarang dia dah pandai duduk, pandai merangkak, kuranglah sikit rasa kena dukung tu. Hihihi. Terkenang pulak, kakak dia 8 bulan dah pergi cambodia,langkawi,vietnam. Naik aeroplane 6 kali dah. Adik, nasib badanlah...ekonomi negara kurang baik.
InsyaAllah one day.
Meh ateh banje gambar bambam.

Psst.Alhamdulillah ateh masih fully bf dia. *wink*

Dah.
Sekian.