Pageviews past week

Monday, November 23, 2015

My November Babies

Salam,

Selamat hari lahir anak-anak ateh!

Alhamdulillah, kali ini ateh memang sambut birthday anak sendiri bukan birthday anak kucing. Hahaha

Moga azzahra dan asiyah membesar dengan sihat, kuat, cergas dan cerdas. Moga Allah sentiasa melindungi dari keburukan yang ada pada diri mereka,ummi, abiy, keluarga, kawan-kawan, dan org sekeliling kerana hanya Allah Maha Melindungi dan kekal untuk menjaga mereka :)

Happy Birthday my girls!!
5th Nov 2014 and 16th Nov 2012

Its not wrong to be different

Salam.

Kita ada otak yang rupa fizikalnya sama. Tapi proses pencerapan maklumat dan tindakbalas yang berbeza. Macam cap jari. Setiap seorang manusia itu berbeza dan unik.

Biasa ateh dengar, tiada salahnya untuk mempunyai pendapat, fikiran, kebiasaan, fizikal yang berbeza. Tapi jarang sekali ateh jumpa orang yang benar-benar menggambarkannya.

Ateh ni antara orang yang "dipulau" kerana berbeza.

Dari ateh tadika, sampai lah dah jadi macik beranak dua- masih "the different one".

Menjadi orang yang "the different one" adalah sangat lonely. Ateh perlu berhati-hati dalam setiap perkara. Ateh perlu tiru dan analisis bagaimana orang lain bertindak balas terhadap sesuatu. Tapi selalunya tak berjaya. Haha. Bila tak berjaya, orang sekeliling akan memulau ateh kerana ateh is just plain "pelik".

Orang sekeliling mudah saja kata "just be yourself", tapi...realitinya tidak mudah. Selalu ateh just follow the crowd je macam pepatah melayu - masuk kandang kambing, ikutlah cara kambing. Itu kan sebahagian dari adab. :)

But the point is, its hard to become normal and be with the crowd. Cam cerita divergent. Watak utama tu kena susah payah untuk follow what the group is doing and be part of it, sedangkan orang lain semua born to be part of it and can do it easily. It is lonely and hard. (Ok, sila pergi study muvi Divergent 1, jgn loncat terus tgk Divergent 2)

Hmm..ateh cuma harap anak-anak ateh boleh jadi orang yang berani to be themselves. Berani to be different. Berani to think differently. Berani to show how they are different from others.
Moga ateh cukup kuat nak menyokong :)

It is not wrong to be different. It is wrong to reject people that are different from you ;)

Dah.