Pageviews past week

Showing posts with label Asiyah. Show all posts
Showing posts with label Asiyah. Show all posts

Monday, November 23, 2015

My November Babies

Salam,

Selamat hari lahir anak-anak ateh!

Alhamdulillah, kali ini ateh memang sambut birthday anak sendiri bukan birthday anak kucing. Hahaha

Moga azzahra dan asiyah membesar dengan sihat, kuat, cergas dan cerdas. Moga Allah sentiasa melindungi dari keburukan yang ada pada diri mereka,ummi, abiy, keluarga, kawan-kawan, dan org sekeliling kerana hanya Allah Maha Melindungi dan kekal untuk menjaga mereka :)

Happy Birthday my girls!!
5th Nov 2014 and 16th Nov 2012

Tuesday, July 7, 2015

Adik dah 8 bulan

Salam.

Adik ateh start bagi makan waktu dia 5 bulan setengah. Duk tengok dia duk meleleh air liur, kesian. Mak mertua dah push soh bg la dia makan, kang lapo. So, bg la puree apa yg ada. Hihi.
Ada menu pumpkin, sayur bayam,brokoli,nasi putih kosong, ikan, buah...
Memula MIL soh bg sayur jah. Pastu ateh try la bg kangkung rebus campur nasi. Jadi bubur kangkung. Ateh rasa meloya tekak. Bg kat adik, dua suap dah taknak...kahkahkah
Kita pon makan boh perisa2 kangkung tu bg sedap. Ini nak bg beby kangkung rebus blender. Huii rasa cam jamu. Haha
So, bg la pumpkin carrot puree..haaa barulah nyum2 dia makan. Hati ateh pun senang.
Sekarang adik dah pandai merangkak. Baru je 4 hari lepas. Sebelum tu commando crawl. Huishh sungguh dahsyat. Sekelipan mata aje dah smpai dlm bilik air. Dah pandai merangkak lagi la, setengah kerlipan mata dah sampai.
Skang, bila dia bangun tido, da xbole bg main atas katil. Dia menggolekkan diri dan menjatuhkan diri ke bawah. Hahaha... rasa2 nak try bungee jumping kut. Klu sekali jatuh dah serik xper. Dah banyak kali jatuh pun, masih sengaja jatuhkan diri. Jadi, bila letak bawah dia dah pandai main sendiri. Dengan syarat ateh or abiy dia ada dekat. Klu tak, sesaat je lepas letak terus huwekk huwekk. Suara dia ni lg hebat dr kakak. Sekali teran, gegar syiling rumah. Huhu. Bukan suara nyaring, suara garau pulak tu.
Apepun sekarang dia dah pandai duduk, pandai merangkak, kuranglah sikit rasa kena dukung tu. Hihihi. Terkenang pulak, kakak dia 8 bulan dah pergi cambodia,langkawi,vietnam. Naik aeroplane 6 kali dah. Adik, nasib badanlah...ekonomi negara kurang baik.
InsyaAllah one day.
Meh ateh banje gambar bambam.

Psst.Alhamdulillah ateh masih fully bf dia. *wink*

Dah.
Sekian.

Friday, April 17, 2015

Adik cucuk 5 n 6 bulan

Salam..

Seperti mana dlm entry sblm ni, asiyah kena gi cucuk 5 bln. Memang dah aim awal dah nak cucuk kat Hospital Az-Zahra. So, lepas proposal diluluskan menteri kewangan, berangkatlah kami ke sana. Alhamdulillah dpt jumpa Dr.Nazim. Sekejapan sahaja menunggu.
Lepas cucuk, Dr.Nazim ada bg konsultasi tentang makanan pertama Asiyah. Katanya disebabkan Asiyah ni ada eczema, kemungkinan dia ada alahan makanan. So minggu pertama 6 bln, dia suggest bg bubur nasi sahaja. Diikuti. Bubur nasi dan sayur. Lepas 8 bln, baru inteoduce ikan, daging or ayam. Ikan pulak kena berhati2. Cari ikan segar. Elakkan ikan awet/dikeringkan cam ikan bilis. Tapi klu ikan cam salmon walaupun  yg dah sejuk beku, bagus utk beby.
Baik, so kami dikenakan la cas konsultasi. Hahahaa Rm50 sahaja berbanding Rm 80 untuk konsultasi Dr.Meena kat KPJ. :)
GST RM3. Kesemuanya RM220.80
So, next cucuk Asiyah ialah pada umur setahun . Melainkan ada bajet untuk pneumococcal la. Untuk adik,ummidan abiy xjmpa bajet lg.. :(
Sb harga satu dos Rm240. Cmpur konsultasi dan gst mmg Rm300 la kne cari... demimu sayangku.
Balik tu, Asiyah demam sikit. Ummi plak ada keja part time nak disiapkan. Yang itu ateh buh kat entry lain okeh.

Dah

Adik dah pandai golek2

Salam.

Adik asiyah dah pandai golek2 dah..at 4 months old. Hihihi.
Lebih kurang kut ngan kakak. Tapi dia ni kan, klu di baringkan, alamat tak sampai 5 menet terus nanges. Klu berdukung, ke mana2 pon ok je.
Aritu cucuk 3 bulan dia ada kesan kat kaki. Mcm kesan bengkak. Dua kali la pegi Klinik As Salam tu. So, dpt la referal letter suh g  scan kat spital. Takut ada lg vaksin yg tersekat kat lemak kaki. So, pegi la ateh ke pusat rawatan azzahrah
Jumpa ngan Dr. Nazim. Doktor yg check asiyah waktu lepas lahir aritu. Dia bg gel herba la sapu kat bengkak tu. Katanya xnmpak cam infeksi, sb xmerah. Time Dr tekan2 bengkak tu, asiyah boleh tersengeh lagi.hahahaha.
So, kemungkinan jarum tu tak ckp panjang. :) ni mengikut penjelasan doktor nazim, baby yg bam vam mcm asiyah perlu guna jarum panjang. Method suntikan, vaksin perlu sampai ke main otot, bkn salur darah. Otot baby bam bam, agak jauh ke dlm, sb tu perlu jarum panjang.
Berat dia sekarang 7.2 kg. Huhuhu.
Apepun. Alhamdulillah. ;)lega rasa.
Next Dokter suggest cucuk kat azzahra je. Cucuk 5+6 bulan sekali. Rm 220.80 termasuk cas konsultasi dan gst. Klu cucuk pneumococcal, Rm240 sekali cucuk. Maybe 3 dos la kut.
Kne simpan duit ni. :)

Dah

Saturday, December 6, 2014

The younger one: breastfeeding story

Salam
Alhamdulillah. Memulakn langkah exclusive breastfeeding bersama Asiyah tidak susah. Even sblm dia lahir, ateh dah simpan stok colostrum untuk dia. In case ateh xdpt bg dia direct feed.
2 jam lepas lahir, Asiyah dah berjaya hisap susu. Dr pkl 9 hingga pukul 1, berkepit dgn ummi smbil nyonyot. Nmpk dr celah bibir dia, colostrum kuning mengalir sedikit2. Ateh sngt teruja.
Tapi baru 3 hari, puting ateh dah melecet teruk. Berdarah, pedih xterkata. Sambil menyusukan Asiyah, sambil menangis teresak2 menahan skt yg maha dahsyat. Siap pukul2 peha konon nak pindahkan rasa sakit tu ke lain. Walaupun dah pakai nipple cream yg pure lanola oil tu before/after bf pon.xjadi. Masih crack.
Agak klu kat akhirat, digantung tetek macamana la sakitnya..hiii ngeri..Ya Allah, jauhkanlah.
Dah xtahan sgt, ateh mintak jumpa doktor. Hati cuma dpt doa pada Allah, jgn buntukan jalan ateh nak breastfeed Asiyah.
Kebetulan, doktor klinik As Salam tu one of the breastfeeding comittee. Dia faham kesakitan ateh. Dia suggest ateh pakai breastshield + nipple cream cocoa butter.
Ajaib sungguh nipple cream keluaran palmer's ni. Dah la bau cam kek coklat, cepat pulak tu kesannya.  Haha iklan plop.
Bukan iklan, ni testimoni.
Sgt2 puas hati dgn harga RM 25 shj.
So, dengan nipple shield+ cocoa butter tu la ateh gagah lagi menyusu Asiyah.
Ramai yg xpuas ati ateh pakai shield tu menyusu. Katanya ateh susahkan baby nk ngisap. Termasuk nurse yg dtg cek ateh dlm pntang. Tp rather than dia hisap darah bercampur susu dan ateh menahan sakit maha dahsyat smpai rasa nk cmpak je baby ke lantai, this breastshield have help ateh n baby a lot!
Selesai isu direct bf.
Next is pumping stok.
Ateh pakai medela freestyle pinjaman dr kak biras ateh. Tiap kali pump mcm x ckp nk kosongkn susu. Msh bengkak. Ateh pon terus mintak encek hasben belikn corong pengepam medela saiz XL - 30 mm. Alhamdulillah, lega sgt bila mengepam.
Dptlah dlm 2 oz, pam 20 minit. Sehari pam 3 kali.
Masa2 lain, Asiyah yg tolong kosongkn susu..hihi.
Ateh, mkn milk booster coklat moms. Mahal tp rasa cam berkesan dlm pekatkn susu. Bila susu pekat, baby cepat kenyang. :) terkulai tido kat dada.
Sekotak 6 biji kat dlm, Rm35.
Kak ngah pulak minum umma lacto. Rm60, 30 sachet kat dlm+ ephyra.
Huiiii susu dia sgt meriahhhh.
Jeles teramat.
Tiap kali pam dpt 4 oz, tp dia dpt pam 4 kali kat opis, dia dpt kumpul 16 oz bawak balik rumah... Ateh dulu dpt bwk balik 8 oz je..tu pun pam sejam. Kak ngah tiap kali pam , seploh menet jer.
Hihi..so maybe ateh nk try umma lacto plak nnti.
Apepun, kak ngah kata sb baby msh kecik, dlm pantang. So, susu msh sikit. InsyaAllah,moga Allah permudahkn. Amin.
Kak ngah bg tips- cari ilham susu let down. Sebab nnti bole guna ilham tu utk kawal pengeluaran susu. Xla baby ngamuk tunggu let down.waktu azahra dulu, bila tgk gmbr2 azzahra, terus let down... Adik pulak, kne minum air. Atau teringat dia nangis. So, pas ni kne set dlm kepala benda2 tu utk cepatkn let down refleks. :)
My next step.
Ok. ASIYAH dah 30 hari :). Sihat, ceria dan manja. Go go go ummi! You can exclusive bf too!
Dah

Wednesday, November 5, 2014

Alhamdulillah, another tiny girl in da house

Salam,

Asiyah was born :)

Tarikh keramat: 5/11/2014 masa: 8.06 malam.
Sehari sebelum kelahiran, ateh sempat lagi meneman project manager ke client site di shah alam. Ada masalah teknikal iaitu masalah email xmasuk ke mail domain client. Alhamdulillah, walaupun da mula rasa contraction yg lain macam tp belum lg turun tanda. :)
Dah dua tiga hari kebelakangan, semua yg di ofis menegur bila ateh nak meletop. Termasuklah bos skali. Haha dia la yg plng kucut perut - ateh nak terberanak.
Alhamdulillah lagi. Di hujung2 hari, ateh berjaya jugak siapkan content untuk projek yg perlukan site to be ready by nov. Semangat ateh berjaga malam dengan perot boyot dan pinggang sakit dan contraction...
Betul ni
Malam sebelom beranak siap berangan nk jaga malam..kekunun utk drafkn sikit gui for new site. Last2 sb skt sgt, terkubur je la hasrat.
So, pagi hari kejadian, lepas anta zahra g sekolah, terus g hospital. Tak gitau mak mertua apa2 pasal skt2 ni sb takut main2 je..so, nk konfem dulu. Sampai kat tingkat 2 hospital az zahrah, ada staf tegur. Ateh cakap dah start sakit2, hand over buku merah n disuruh duduk kejap.
Tak lama, midwife cek degupan jantung baby- dpt result normal terus.cek bukaan
Alhamdulillah, da 4 cm. Tunggu 6 cm da bole msk labour room. Tp sementara tunggu bilik kosong, ateh lepak je kat lobi. Hasben plak turun g tmbh deposit.Ateh amek pakej al- kautsar..1 bilik kongsi 4. Tawakal je la nnti sb single bed room mahal. :(
Al kautsar punye pakej starting rm 1388 je.. InsyaAllah, doa2 nya normal dan harga tu x meningkat ke 2k. :)
Sementara, ateh dpt plakbduk bilik exam kat klinik orthopedik tingkat satu. Diberi ubat bersihkan usus, dan baju hospital. Dah siap salin, dpt katil. Ummu salamah 2.
Alhamdulillah, mmg puas hati. Aurat mmg sgt2 dijaga walaupun kongsi 4 katil. Dan alhamdulillah, org katil sebelah (tepi tingkap) upgrade p bilik single bed. Dengar2 sb dia ceaser. So, ateh mintak pindah ngan nurse, nurse dgn senyuman mmbalas..
"boleh je, sebentar ye"
Sujukkkk ati ateh.
Ok, dah admit masuk wad terus inform project manager, mintak dia inform skali ngan hr.
InsyaAllah beranak hari ni. Waktu masuk pukul 12.30 tghari
Hasben tunggu dengan setianya kat tepi. Dalam kul 3 , nurse dtg check bukaan masih 4-5 cm. Xde perkembangan dan sakit xbrtmbah. So dia suggest induce dengan tmbahan bayaran rm 300. Ateh berkira2 mungkin klu induce mmg akan cepat laluan, tp ateh try tunggu dlu smpai asar.
Lepas asar.midwife dtg tgk bukaan . Masih 4 cm. Ateh pon ambil pilihan utk induce shj.
Tepat jam 5.30 ptg, ateh dibawa.ke labour room. Sblm pergi, sebelum tekan bell nak panggil nurse, sempat lagi hasben tanya.
"are u ready?"
Ateh angguk.
"let's do this!"
Hihi. Ok dah masuk ubat air, ada 1 nurse , dan 1 midwife dlm bilik labour. Masing2 sgt mesra, buat ateh dlm kesakitan - lega. Nurse.terangkan yg induce ni akan amek masa lbh kurang 2 jam. Dia ada tanya nk painkiller x..memula ateh xnk, last2 amek jugak.. Dua jam tu nk thn skt. Bangun2 da azan maghrib. Kesan ubat pon da hilang. Hasben g solat dlu, abes je dia solat terasa cam nk meneran. Huhu
Midwife cek bukaan, katanya da 8cm.
" xpe, puan teran aje...doktor ada kat sebelah.."
Dua kali push, dah 10 cm. Allah, mendebarkn..kaki digantung. Doktor dan sekumpulan nurse dtg bergegas. Sempat tgk dorang sarungkn glove ramai2. Haha. Lucu pon ada.
Dua kali push lg, alhamdulillah- terdengar tangisan that little tiny girl.
Cam besa dokter angkat, dan tanya jantina bayi.. Ateh jwb its a gurl.. Smbil tersenyum.
Sementara tunggu sesi menjahit -luka episiotomy(guntingan dlm 1cm), hasben pigi azankn anak... :)
Midwife announce, berat baby 3.2 kg. :) ateh senyum lg.
Tunggu lg 2 jam dlm labour room. Utk tgk pendarahan agaknya. Lebih kurang pukul 9.30 mlm. Ateh ditolak msk ke bilik.
Baru sampai bilik, nurse da hantar that tiny girl. Sb tadi dlm labour room ateh ada kata nk breastfeed baby. :)
Nurse tu kata, try dlu breastfeed
Klu x bole, panggil nursery ok. :)
Alhamdulillah, dan dan je terus pandai.. Bersyukur sgt2... Xmo lepas smpai dah pukul 1. Tp sb dia asik terkujut dgn bunyi2 dr katil sebelah, ateh xsmpai ati nk let her sleep ngan ateh. :(
So, dia tido je ateh panggil nurse, minta hantar ke nursery
Huhu.. Nurse dgn senyuman, ambil, siap tlng burpkan, dan sorongvthat baby to nursery
Ateh cam besa lepas beranak, pigi mandi hadas n clean up apa yg patot. Bertenaga lg time tu. Baring kat katil, tidur2 ayam sb trauma lg.
Oh, katil 4 sbnrnye hasben xbleh sleep in n kne balik at 11 mlm. Tp, dsbkn 3 katil lain tu menunggu beranak, hasben msng2 dpt sleep in. Dsbkn nk jadik fair, hasben ateh pon dpt stay. Yeayyy~
Esoknya, hasben pg2 lg da blk rumah..nk tgk azzahra , n few other things katanya..
Around pkl 9.30 pg, nurse bawak baby. Smlm da pesan kat nursery, klu bg susu pakai syringe. Siannye nurse mlm smlm hihi..
Xlama, dokter baby dtg. Sblm beliau msk, nurse siap tlng ateh pakaikn tudung lg. Woww~
Sb dokter tu laki.
Alhamdulillah baby ok. Mommy pun ok. Dpt la discharge awal..:)
Nk discharge pon, nurse siap tlng tolakkan krusi roda tu smpai keluar, xbg ateh berdiri sblm smpai kereta ready.  Ateh naik kereta, br di bg baby. Huhu mmg puas hati
Dah naik kereta, siap tlng tgkkan jln, so that hasben ateh bole kluar dgn senang. Di tgh panas terik tu..
Mmg tip top.. :)
Rezeki ateh agaknya..
To my little tiny, welcome to this world.
Semoga jadi anak solehah yang sentiasa cinta pd Allah :)
Selamat hari lahir,
Asiyah binti Aizzat
Dah