Pageviews past week

Tuesday, September 16, 2014

Apointment minum gula kali kedua

Salam
Ok cam biasa, bangun pagi. Antar azzahra' ke sekolah n terus pigi klinik. So, sb dah tau prosedurnya macamane, senang aje la..cuma nak tunggu 2 jam tu la...mabuk!
Haha
Nak dijadikan cerita ateh dpt nurse yg xpandai amek darah.huwaaaa~ dua tiga kali pam urat yg sama guna syringe yg sma..sakitttt wooo~
Resultnya, basahla kapas ngan darah.. 3 hari lebam tau!
Ok. Apepun this time air gula tu mmg pekat likat bukan main. Memang el la petang tu mabuk air gula. Takkan nak pigi keja jugak kepala ting tong.
Balik rumah terus bum atas katil smpai petang.
Anyway, result is normal..hoyeahhh...
Dah

Appointment hospital kajang

Salam.
Ok. Nak mulakan cerita dengan sambungan status oligo aritu. Dapat je reference letter dari dokter kat kk kajang tu ateh ade jugak berfikir2 nak g kpj..tp itu luit kna menyimpan. Sb da betul buat decision nak bersalin kat az zahrah. :)
Jadiknya, hari selasa tu g klinik as salam sebab scan dia bagus. Ala klinik yg ateh pegi buat 3D scan tu. Err ateh blm buat entry pasal tu ek? Hahahaha
Ok. Lepas gi klinik tu, dokter klinik in a way pujuk ateh suh pi hospital kajang sb dorang ada pakar o&g.anyway bacaan yg dokter klinik tu dapat is 11. So, dia nak pujuk ateh punya pasal, bagi mc kat ateh selasa n rabu.
Esoknya pegi la menjejak kaki kali pertama ke hospital kajang. Dihantar oleh encek hasben tersayang. Fully equipped with biskut, movies dlm fon, air sebalang besar,earphone, and beberapa powerbank..hahahaha
Dah membayangkan lama menunggu. Tapi, nak dijadikan cerita, ateh masuk je klinik o&g, tunjuk reference letter, terus nurse kat reception tu auh pi satu meja ni
Kebetulan ade dokter skali kat situ.
Dokter tu suh terus pigi PAC. Ateh tanye la amenda itu PAC. Dokter tu tunjuk direction, n suh kata kat dokter PAC, Dr hajar yg hantar ateh ke sana.hihi.
So, pigi la itu tempat, rupanya patient assessment centre. Xramai org. Kebanyakannya yg hampir masa bersalin. So dorang akan assess, bole masuk dewan bersalin ke blm... Huh nebes ateh tgk mommys yg sakit beranak ni muka tenang aje menahan kesakitann~
Takuttttt~
Ok. Teruskan, memula dorang cek baby ateh punya degupan jantung. Then dokter yg pertama habaq yg 7 ni ok lg utk air ketuban. But then dia kata tunggu dokter pakar dtg buat scan. So, lepas scan ngan dokter kedua tu dpt bacaan 9 untuk air ketuban. Which is ateh lega la sb dokter pertama tdi kata 7 pon ok, n bacaan itu telah naik dr 7 ke 9. Alhamdulillah. :)
Ok, but dokter kedua tu ttbe kelam kabut panggil dokter ketiga, membuatkan dokter pertama terpinga pinga dan bertanya beliau.
"bukan oligo 5 below ke dokter?"
Beliau menjawab. "yes but bacaan below 10 pun ada significant"
Ok. Ateh doa banyak2 dlm hati. Xnak masuk wad.wuuu.
Datang dokter ketiga, bawak ateh ke  klinik o&g n guna scan machine sana. Which is mmg cantik gmbarnya..:) siap bole tgk idung baby...
So, dpt bacaan 11. Alhamdulillah. Dokter ketiga tu siap sempat lagi tunjuk tulang belakang, serebrum,serebelum,idung,mata baby kat dokter kedua. Haha..katanya alang2 dapat scan, bole ajar skali.
Ok la.asalkan normal. :)
Lebih kurang 2 jam aje ateh menunggu kat sini, da abes rawatan. Alhamdulillah dipermudahkan.
Xsmpat mau makan biskut..hihi..
Ok
Dah

Tuesday, September 2, 2014

Appointment klinik merdeka.

Salam..
Alhamdulillah da masuk minggu ke 29 pregancy... InsyaAllah lagi 8 minggu da siap siaga menunggu hari..:)
Ok. As usual appointment klinik. Semalam cuti hari senin, sempat la shopping barang baby sikit2.. Da mula eksited nak pangku beby gurl..moga Allah permudahkan..amin..
Back to appointment..actually last 2 weeks pon pigi appointment jugak. Kne tahan dgn dokter pasal hb turun . Kena marah dgn dokter coz hb turun tp berat naik mendadak.. Err naik dalam 5 kg gitu dlm masa 2 minggu...kihkihkih...
Nmpak sgt selera ateh sgt bagus nowadays...terkorbanlah nak puasa 6.. Huuuuuu~
So this week hb makin turun. Dah la amek darah sebalang utk test hb kali ni. Dokter takut yg cucuk sikit kat tgn tu tak accurate. Hah hambek..resultnya turun dari 10 ke 9... Padanlah rase letihhhhhhhhh je senantiasa...jalan sikit rase nak pitam..
Ok. Move on. Dokter adelah sgt baik. Nice sgt cara dia cakap. Da konpes( baca: confess) yg x makan ubat zincorfen tu...kihkihkih...then igt da selamat, dokter nak buat scan sb last time scan tu first visit. Hihi
Dpt la detail scan dari dokter tp sb dia xberapa mahir kendalikan machine scan tu, time nak ukur air ketuban macam kaku sikit. Resultnya..jeng jeng jeng...hmmm oligo lagi...tapi this time bacaan sgt rendah :7. Time azzahra dulu 9 mcm tu.. So, masih boleh normal la
..hmm padanlah perut kecik.
So, esok kne pigi double confirm kat hospital kajang. Tp dah mintak izin pigi az zahrah terus. Dah emel mr. Bos esok EL sb appointment klinik. So plannyer, ikot encek hasben ke sekolah, nnti dia drop kan kat az zahrah. Ateh pigi as walk in customer la kut.. Hehe tgklah esok camne.
Klu ikut surat, alamat sampai ke petanglah menunggu giliran... :((
Owh and jumaat ni gula test 2nd round. ~_~ sy xsukeeeee
Dah
Abis

Monday, August 11, 2014

Masak2 bersama azzahra'

di atas adelah gambar masa mula2 azzahra' di introducekan kepada mainan masak2.. hehehe asalnya sebab nak develop sifat keperempuanan dalam diri dia. Takut jugak dia ni jadik tomboy atau develop sifat malas nak memasak dll kan? memandangkan sebelah abiynya kurang saudara perempuan yang wajib turun kenduri - kne la develop awal2 .. :D
Sekarang alhamdulillah , tiap kali umminya masuk dapur sibukk la dengan azzahra'. Asalnya dia akan cakap "Nak see!Nak see!" then sekarang dah tukar kepada ayat "Nak help! nak Help!" sampai mengamuk2 ngamuk klu tak bagi dia help ummi.
So, tiap kali dia sibuk masuk dapur, ummi/abiy kne tarik satu kerusi bagi dia berdiri tengok ummi masak. Sambil2 ummi share resepi pada dia ala-ala chef kat tv - to develop words yang baru kan. Selain tu lepas masak azzahra akan tolong basuh pinggan. Dia dah pandai bilaskan mangkuk2 dan pass pada abiy utk letak dekat rak. Memang bersih. Sambil belajar hands coordination + build up trust + azzahra bole main air puas2.. hahaha 
Tapi kne pandai convince dia bila kerja da nak abes. Nanti mengamuk mintak lagi pinggan mangkuk nak cuci. 
Super duper rajin punya anak dara ^^
  
Skang vocabs azzahra on barang2 dan makanan boleh dikatakan banyak. hehe
Antaranya : mee,sayur,bawang,kuah,sup,rice,chicken,fish, drink,juice,hot,pedas,dirty,wash hand, done, cake,biskut,keropok, dan banyak lagi...haha
InsyaAllah harap2 development azzahra' akan jadi lebih baik lagi di masa akan datang. 
Ateh aim dia pandai masak yang simple2 by 9-10 years old ^^

Okeh
Dah


Friday, August 8, 2014

Appointment Raya di KK Kajang

Salam.

4/8/2014

Monthly checkup untuk pregnancy untuk kali ke berapa ntah haha. Pregnancy week = 25

Actually, dua minggu kebelakangan ni ateh ade satu perasaan tak selesa di bahagian vagina (ni bukan post porn okehhh. Sila baca sebagai penambahan ilmu). Ada satu perasaan kegatalan dan semacam melecet. Ateh disebabkan malu dan tak tau nak kata ape kat dokter kat klinik, memendamkan ajelah perasaan itu. Tapi selepas raya hari tu, ateh sampai tak boleh tido malam disebabkan kegatalan yang amat. Ikutkan nak terus je pergi klinik, tapi da nasib badan klink yang selalu ateh pergi tu tutup coz cuti raya.
So, dipendekkan cerita, ateh membawak sahaja masalah ni hingga ke next appointment di KK Kajang. Lepas cek air kencing, ateh pasan buku ateh tu orang lab tulis something kat bahagian masalah. Dari situ ateh dah tau dah konfem ader sesuatu yang tak kena. Jumpa Nurse, ateh pon buat luahan perasaan pasal gatal2 tu- to seek attention dari nurse la kan. Kowt2 dia buleh arrange jumpa dokter. Tup, tup dia kata mmg kne jumpa dokter coz kencing kotor,berat tak naik, dan darah kurang. haha.
Jumpa dokter, buat luahan perasaan lagi. Tapi ateh tekankan yang ateh tak sakit buang air kecil. which is the usual symptom of kencing kotoq. Aiceh speakang ateh. Dokter pon habaq yang dia pon rase bukan kencing kotor tapi salah amek sampel air kencing (means that time amek air kencing tu termasuk keputihan yang merupakan a kind of protein) . Bila test that sample, kuarlah result bebukan. So, dokter tersebut bagi la tips untuk dapatkan sampel yang baik.
TIPS UTK AMBIL SAMPEL AIR KENCING YANG BAIK
1. Sebelum kencing sila basuh dulu bahagian sulit anda untuk membuang sebarang kekotoran spt keputihan dll
2. Kencing sedikit untuk mengeluarkan kencing permulaan. Tahan kencing seketika dan ambil cup sampel.
3.Tadah kencing pertengahan sehingga half cup.
4. Alihkan cup dan terus habiskan kencing.
5. Letakkan cup di tempat selamat, basuh kencing, keringkan kawasan sulit dan flush toilet ** saje je tambah ni...hahaha

Okeh, dijadikan cerita ateh kenalah ambil balik test air kencing which turns out clear. So, dokter kata ateh terkena vaginal yeast infection. Apokobondo tu?
Nah baca ni

Yeast Infection

What is a yeast infection?
The itching and burning brought on by a yeast infection is usually caused by an overgrowth of Candida, a fungus that naturally lives in the vagina. During pregnancy, increased levels of estrogen and progesterone help create the kind of environment in which yeast can thrive. Other causes of yeast infections include taking antibiotics and having intercourse, both of which can disrupt the natural pH in your vagina. You doctor can diagnose a yeast infection with a simple vaginal culture; she inserts a cotton swab, collects a sample of your discharge, and looks at it under a microscope.

Symptoms

  • Pain and itching in the vagina; the area can sometimes feel raw, too
  • Redness and swelling of the vagina and labia
  • Thick, curdled whitish-yellow discharge; may or may not have an odor that smells like bread baking
  • Pain or discomfort during sex
  • Burning while urinating

Treatment:

A cream or ovule that you insert into your vagina, or an oral antifungal medicine such as Diflucan

Prevention:

  • Wear cotton underwear, which will allow air to circulate and absorb any discharge.
  • Sleep without underwear--this can reduce your risk of infections.
  • Stay well hydrated to help flush out toxins. Drink at least eight glasses of water a day.
  • Urinate regularly to help eliminate infection-causing bacteria.
  • Eat complex carbohydrates and whole grains instead of refined sugar to help decrease the environmental factors for infections.
  • Consume yogurt often. Lactobacillus, naturally found in yogurt, is a probiotic that promotes proper digestion and is known to help prevent vaginal infections.
WOW ^^
dokter habaq lagi kne swap la sikit utk dapatkan sample to confirm its yeast infection. Dan dia prescribe sejenis ubat yang kena masukkan dalam vagina tu stop this infection. Hah !
camno amek sampel tu. Samo mace nak dpt sampel servix cancer aritu. huhuu..buleh trauma.
Anyway, yeast infection tak effect developing baby in our tummy ye mommy sekalian. Tapi klu time nak beranak tu kita ada infection, then baby mungkin boleh infected by it during labor and develop thrush kat dalam mulut dia. So, hati2 dan jaga diri to ateh and mommys out there.
Dapat ubat insertion tu dia siap bagi alat utk masukkan lagi. Sila mintak hubby tolong ye.
Okeh, overall today dah masuk ari ketiga - Alhamdulillah da tak gatal2 lagi. ^^

Hopefully this entry is helpful
Dah

Wednesday, July 16, 2014

Breastpump oh breastpump

USalam.
Ni sbnrnyer entry mengimbau kenangan lama. Waktu tak tau nak pilih breastpump ape. Time preggy, ateh igt pakai manual breastpump yg harga rm60-70 dah memadai kut. Kut2 keluar banyak susu baru hapgred ke yg mahal sikit. Itulah yg ateh fikirkan. Jadi, time ateh dah preggy 8 months mcm tu terus la purchase manual breastpump yg harganya less than rm100.
Nak dijadikan cerita, selepas ateh lahirkan azzahra' ateh try blajar bagi susu badan pada azzahra'. Tapi, tanpa dipinta, setelah masuk hari kedua, azzahra' blm lagi pandai breastfeed. Ateh pun disebabkan dah mula sakit bengkak susu, bukak la kit manual pump dan start mengepam. Namun, setitik dua shj yg keluar. Sakitnya bukan main. Rasa macam nak demam pon ade. Esoknya pagi terai lagi pam tapi tiada hasil dan pam pon patah. Huwaaaas~ ateh nanges. Sakitnya macam nak meletop2 dah breast ateh. Nak minta hasben belikan breastpump baru, minggu depan baru dia balik. Nak minta abah, abah xsihat. Terpaksa la mintak adik yg patah bahu tu drivekan ke sana. Pahtu ateh la yg turun beli sendrik. Straight ke rak , cari yg less than rm500. Nah itu dia, hanya tinggal satu. Automatic breastpump jenama Little Bean. Balik aje rumah, tanpa dpt ditunggu lagi ateh terus assemble dan mengepam...hah kau dapat 5 oz terus. Padanlah sakit sangat...tu pun x kosongkan breast. Lega bila susu dah keluar. Terus tido. Hehe
Dan besoknya.
BENTAN
so kesimpulannya dan pengajarannya.
1.Emm klu rasa bila beli manual tu , hagak2 ada ruang vakum terbentuk di antara pengepam dan breast- ok je nak pakai manual...tp klu breast yg comel2 ni ateh rekomen pakai breast pump auto. Klu hasben xkasik, beli je guna duit sendrik. Sebab yg menahan sakit itu anda sendiri.
2. Sila beli awal2 sb xperlu susahkn org nk bwk mak berpntang ni g kedai dan susahkn diri sendiri dkemudian hari.
3. Simpan duit extra RM 500 , selepas byr kos bersalin n etc etc...
Note: ateh teringin nak beli pump medela freestyle..hehe
Dah

Thursday, July 3, 2014

Appointment ayaq Gula

Hari Jumaat 8.30pg 20hb June 2014


Salam semua...

Begitulah tarikh dan masa appointment untuk buat test ayaq gula tersebut.
Info : kat Klinik Kesihatan Kajang , hari jumaat adalah hari Blood test utk ibu2 mengandung. Sekian.

Tersebutlah kisah sang suami tak dapat la nak menemani si isteri yang dah boleh hagak akan koya2 bila buat test air gula (sb pregnant first pon kene jugak - err and every pregnancy ahead- since ayah ateh ni penghidap diabetes).
Sedih. huwaaaaa~
tapi tak sanggup nak mintak encek hasben tinggalkan keje pagi beliau selaku seorang guru berdedikasi hari itu. Dan nampak gaya encek hasben pon tak sanggup meninggalkan dedikasi beliau terhadap sekolah hari itu. So, redha aje la..
Entah macam mana cerita la kat opismet yang ateh bawak waktu appointment no 2 tu yang ateh akan pigi sorang2 aja ke klinik. Takdak cerita laen hokehhh cuma ayat penyata je "Ateh sorang je esok pigi Kilinik huuu~" <--sambil buat muncung itik.. o_0 what???

Okeh.

Tetiba beliau dengan tenang volunteer nak antar ateh pigi klinik. Ateh pon habaq la, appointment pagi, nak gerak lam kul 7.30pg- camna hang nak antaq?
Nota : Beliau duk kat Seri Putra and ateh duk Kajang.
Beliau bole jawab selamba "Alah, nnti ai gerak la dlm kul 6.30pg"
Y_Y terharu~
"Butul ka ni? tak susahkan hang ka?"
"Ateh tunggu je kat rumah, 7.30 pg ai tunggu depan rumah"
o_0 .. *hokeh nada n ayat tu ateh tipu, sila amek isinya sahaja.

So hari tersebut, ngam2 kul 7.30pg beliau dah tunggu depan pintu pagar rumah. Siap call ateh lagi kata bila da ready bole kuar. Terharu amatlah dapat kawan camni ^_^ so sweet~ dan rasa disayangi. muahahaha

Seterusnya.

Sampai2, cam besa amek no.giliran, letak buku kat bakul. Dapat dua balang kosong utk darah. Tunggu nombor kat bilik darah (Bilik 31). Tunggu punya tunggu, dapat giliran, nurse amek sebalang darah. Then soh pigi bilik no 19 (Bilik minum ayaq gula). Ateh sempat sesat cari bilik no 19..hahaha sebabnya pintunya terbuka jadik tak nampak ader tulis no bilik + bilik tu cam bilik setor.. ateh ingat tempat letak brang hahaha

Duduk kejap tunggu nurse bancuh air gula. Minum suam2 gitu - 3 kali teguk dan terus hipnosis diri sendiri kekunun minum milo atau hot chocolate sahaja rasanya. <--yang mana tidak menjadi
So, tahanlah rasa mual nak muntah sebab badan takleh nak menerima keanisan melampau selepas berpuasa dari pukul seploh malam semalam. Ni nak menahan 2 jam lagi ni. Ateh kira2 dalam kul 11 la kut, bole pigi amek darah n muntah. Sesambil tunggu tu, lepak la dengan opismet ni tgk muvi kat tepon. Naseb tepon da canggih, klu tak alamat tgk mesej2 lama je la kut 2 jam.
Nota : tak boleh balik rumah ye kawan2
Tup2 kul 10.30 pg nurse da start panggil nomber2 mereka yang test gula, Nombor ateh dalam kul 10.45 pg camtu .. Alhamdulillah :) dah selesai. Jumpa nurse nak ambek buku balik, nampak akak yang giliran sebelum ateh tu mintak time slip. Owwwwwwhhhh rupanya buleh mintak time slip ngan nurse.. Rugi jah mintak half day kat HR opis untuk g appointment. kekeke
dan Nurse tu pun tak kedekut la bagi time slip untuk half day walaupon ada sejam lagi baru kira hlf day kan?

Selesai semua itu, terus pigi makan . Haha asalnya nak muntah , mual la , loya la...tetiba si kecik dalam perut dah meronta2 dah mintak makan... So, gagahkan diri la telan segala nasi n lauk tu. Kira tawakal je la klu muntah pon balik kang. Alhamdulillah tak muntah balik, cuma koya la sampai petang..huhu terus mintak EL half day.

Dah.