Pageviews past week

Sunday, October 14, 2012

Kaki Bengkak..tangan pon nak bengkak jugak?

Rupanya terseksa jugak bila terkena Water Retention ni


Tiap kali bangun pagi rase sengal sendi kaki dan tangan. Mula2 ingatkan sebab rajen sangat membersihkan toilet dan mengemop lantai...Tapi makan lama makin bengkak dan tak surut2 walaupun da naikkan kaki waktu tido (lagi bertambah kejang lagi ader).. Tangan pulak tak bleh nak genggam . rase saket sangat nak pegang benda2...adehhh~ akibatnyer mmg sopanlah pegang cawan guna tapak tangan.Everything pakai tapak tangan (kecuali menaiplah...camne nak guna tapak tangan menaip...kah kah kah)...

So, selama dua minggu bertahan aje sebab dah tau jawapann yang bakal didengar adelah "Biasalah tu..ujung2 pregnancy ni mmg akan bengkak kaki.." ..
Tapi...
jawapan itu tak mampu nak mengobat kesakitan dan keseksaan yang  ateh alami sejak mendapat bengkak air ini. hehehe terdrama plop.....

Nak dijadikan cerita , cik abang hasben yang sangat2 caring itu telah mengajak pergi ngurut kaki kat Giant... (jangan tak tau kat giant pun ader urut2)..tapi urut kaki jer la... yang mengurut pon perempuan, siap bole mintak urut dalam bilik lagi...wah wah wah.. >_<..
emm~ so sepanjang diurut tu mmg rase cam nak nanges sebanyak beberapa sungai. Saket.saket.saket.

memacam la macik tu cakap klu tempat yang diurut tu rase saket. Ada yang dia kata buah pinggang tak kuat, rahim da mula kembang. baby da turun, paru2 banyak lendir, batuk2,darah pekat sangat, darah tinggi....dll :D

Okeh berbalik pada cerita ateh iaitu "bengkak kaki dan tangan",
Setelah mengoogle selama beberapa menet... Disarankan berjumpa doktor klu :
1) Salah satu kaki lebih bengkak dari yang satu lagi.
2) tangan rase saket2 sendi dan tak boleh menggenggam.

kenape sampai kene jumpa doktor???

Ohhh~ itu sebenarnyer sebab bengkak kaki n tangan ni mungkin simptom utk pre-klamsia ..Di mana dikatakan hanya ada dua penyelesaian bagi penyakit ini..

Abortion atau Delivery..

Wuihhhhh~ mengerikan..

"ya Allah lindungilah apa yang bakal Engkau rezekikan buat kami. Permudahkanlah ya Allah..."

 Jadi, adik2 yang baru belajar nak pregnant atau baru pertama kali pregnant..Silalah buat consultation dengan doktor perbidanan anda klu anda rase musykil dengan kondisi badan anda yang sedang hamil.

Ateh petang ni insyaAllah pergi jumpa doktor... ^^

Pastu ke bangi antar kad insurans anak saudara ku, pastu ke nilai jumpa ayah >_<

dah.

Thursday, September 27, 2012

I'm not FAT i'm just PREGNANT

Tudung besar sudah tak mampu nak menutup tumbesaran bahagian2 badan

Tudung lilit2 ni mmg da lama jadik kegemaran. Lagi sejak da kawen, ttbe pandai plop melilit dan masih mengekalkan kelabuhan tudung. Namun, dek kerana tumbesaran akibat pregnancy ni, suami da rase saket mata ble tgk tudung ni tak mampu nak tutup bahagian2 yang membesar.

Sebenarnyer Encek suami ni takdek la seorang yang konservatif dan jumud sangat sampaikan nak berlilit2 tudung ni sumer HARAM. Cumanya, dia nak isterinya yang comel ni patuh pada syariat dan cara pemakaian tudung yang selaras hukum islam. Dulu2 saiz S, selendang pashmina mmg la cukup nak tutp aurat secara sempurna. Sekarang kne la sedar diri yang saiz sekarang sudah menganjak ke saiz maksimum XL.. >_< ...

Saye tak gemuk cuma saye PREGNANT
sila ulang ayat ni sebanyak empat ratos juta kali lagi

HAdehhhh~
Hakikatnyer, apa yang menyenangkan hati suami itulah yang perlu diikuti oleh sang isteri. Apa yang dia mahu hanyalah untuk menjaga isterinya dari pandangan2 manusia yang tak berhak pun melihat.
So, hati suami senang, isteri pon rase tenang... :)

Ohh~ tudung lelet2, akan ku simpan dirimu kembali ke dalam kotak. Lalu, menampal label2 khas seperti "saiz XS sahaja" atau "berat tidak melebihi 50kg sahaja" ......wuuuuu~ >_<

Encek Hasben, tadi tu diam2 dalam kete sebab banyak fikir. Fikir sebab dan musabab, juga action to be taken next. Bukan marah tau.... 

Jom nyanyi2~ lalalalalla


DAh

Tuesday, September 25, 2012

Lagi 8 minggu ke?? GULP.

Air ketubanku masih di takuk lama

Ni update dari checkup aku minggu lepas 22hb 9 2012. Jadiknyer skang aku da 30 weeks pregnant dan air ketuban aku masih lagi pada bacaan 8.5 ...tak naik dan tak turun. Doktor pon suggest la supaya aku menyerah diri di hospital 8 minggu lagi untuk di induce. Erkk~ berapa hengget cas nak induce aku lupa plak nak tanyer. hik hik hik...takpelah, nnti aku update balik berapa harganye klu kat DMMC ni.

Owh . Ape kate klu Ateh criter pasal fasiliti dan benda2 berkaitan DMMC kali ni? (nada macam rancangn kanak2 plop..hahaha~)

JOM.

Pertama, Doktor Pakar Sakit Puan kat sini ramai dan hampir semuanya adalah perempuan. Jadi, para suami tak perlu la risau tentang aurat isteri ketika nak melahirkan ataupun semasa checkup. Bukan takat Doktor aje perempuan tapi staf2 nurse kat bahagian bersalin dan wad kanak-kanak adelah perempuan. Yang lelaki, setakat ni hanya nampak di bahagian cafe ataupun Admin (akauntan). Huhu..aritu yang amek darah 7 balang tu pun doktor perempuan yang buat. SANGAT2 baik orangnyer. Dan juga yang cucuk2 vaksin tu pun nurse perempuan sahaja yang buat .. So, hagak lega la Mak Teh nak sinsing2 lengan dan juga nak scan2 perot... :P

Kedua, Doktor yang memantau kehamilan mmg sangat2 caring. Emm mungkin sebab belom ramai patient lagi kat DMMC ni, jadiknyer doktor ada banyak masa untuk diluangkan bersama pesakit. Bole la nak tanyer pape. Terutama bagi yang first time pregnant  macam Mak Teh ni mesti banyak benda nak tanya.Kiranya berbaloilah membayar consultation fee tu. :D

Ketiga, Skang ada promotion bersalin. Nama pakej tu "Permata Hatiku". Harga keseluruhan pakej RM1680(termasuk consultation fee x2,wad 2 hari 1 malam,nursery,cert,ape ntah lagi)...kiranya okeh la... Ikutkan mmg la akan ada extra lagi, contoh klu ttbe bedah atau induce..tu kira cas lain la...tak pun masuk wad awal, bersalin plop lewat... yang tu pon tambah lagi la casnyer...tapi kira punyer kira...given beranak Normal ..dalam RM 2500 jugak la... :D

Keempat, tempat yang strategik. Rase tenang dan nyaman sebab kedudukan dia jauh dari bandar Kuantan.(sebenarnyer sebab dekat ngan umah mama). Jarak antara rumah mama Ateh ngan DMMC adelah kurang dari 1 km kot. Jadik, bila balik Kuantan untuk checkup tu mmg sempat lagi lengah2 makan, mandi dsb... Emm dan disebabkan dia jauh dari bandar, parking tu mmg senang la dapat. Nak banding ngan KMC n KPJ kajang.

Ohhh~cakap sal KPJ, kat Kuantan pon ade satu sebenarnyer tapi sebab kedudukan dia kat dalam bandar..errr~ rase macam tak seswaii plop.. InsyaAllah anak seterusnyer kot, sempat tunggu bangunan KPJ baru dekat2 dengan jambatan tanjung lumpur tu siap...


Okeh.
Doakanlah air ketuban aku naik jadik bacaan belas2 ye. So, bole la lewat2 kan sikit cuti tu. Erk~ lagipun klu air ketuban turun sampai kurang dari bacaan 6 nnti kne serah diri kat general hospital.... Wuuuuu~ SAYE TAKUT JARUM..**ttbe.. :P

DAh.

Tuesday, September 18, 2012

Not Worth to tell ONLY about myself

Bila nak cerita tu biarlah cerita2 yang berfaedah kan?

Adoii~ tajuk bukan main lagi ye...padahal tajuk blog pon AllAboutAteh..sungguh contradict hahahaha :D

Okeh~

saye akan cuba untuk tulis pengalaman yang ade nilai moral dan berfaedah lepas ni. Tu yang tajuknyer seperti di atas.Baru tersedar yang agak selfish la klu asek tulis tentang hidup sendiri yang da la tak berapa best pon.

Next~

Kenapa la senang sangat airmata ni mengalir?? ADoii la~

Hehe..iye, ateh yang sedang menulis ni aderlah seorang yang cengeng dan manja. Padahal dia bukan anak bongsu pon.

Tapi mungkin kerana perubahan hormon trimester ketiga telah berombak2 di dalam badan, maka terhasillah satu bentuk emosi bernama "hangin satu badan ateh" ... Bentuk emosi ini hanya dapat diredakan dengan dua jenis mekanisme iaitu :
1) membaling barang2 mudah pecah ke lantai sehingga rase cam besar-kicik-besar-kicik aje kepala ni.
2) menangis dengan teresak2 sehingga basah lencun tuala mandi dengan hingus bercampur air mata.

Disebabkan Ateh kini berada di rumah mak mertua, mekanisme pengeluaran "Hangin satu badan Ateh" satu, tidak dapat dilaksanakan sampai bila2...
Emosi tersebut hanyalah berlaku sekiranya ada pencetus yang sesuai dengan masa dan keadaan. Sebagai contoh, encek hasben telah membuat muka dingin beku tatkala Ateh sedang saket2 perut,kaki dan pinggang duk membawa anaknya yang seberat 1.4kg.
Atau mungkin terasa seperti ibu mertua lebih menyayangi seorang lagi menntu perempuannya yang juga sarat mengandung tetapi sangat rajin tidak seperti Ateh yang telah tidur pada waktu Asar hingga dekat2 ke maghrib kerana menahan saket perut.

Eh~ ni contoh aje tau!

Iktibar dari Artikel di atas..

1) JANGAN buat benda2 yang mak mertua tak suka andai anda ditakdirkan hidup berumahtangga di rumah mak mertua.
2) SILA ringan tulang membantu mak mertua yang sibuk di dapur atau di mana2 meskipun kaki anda sudah pon rasa sengal2. (Baru la ikhlas namanya)
3) JANGAN ambil hati sangat bila mak mertua mula membandingkan anda dan menantunya yang seorang lagi. Kemungkinan anda sememangnya MALAS dipandangan matanya. Maka ubahlah sikap. Cubalah buat dia rasa anda teramatlah RAJIN, meski anda da sarat mengandung. InsyaAllah, jika anda berubah, hati mak mertua juga bole cair...
4)JANGAN terlalu bergantung pada suami. Klu  rase kaki tu bole jer nak urut sendiri atau saket tu bole je tahan2 lagi, buatlah muka selamba. Sebabnyer suami amatlah sayang kita, lagi2 bila kita sedang mengandungkan anak dia. SO, bila mak dia da mula menegur isteri dia yang nampak MALAS dan ASEK TIDO PETANG aje, tak lah dia rase berat ati nak terus cakap kat kita. (Walau hakikatnya mmg saket rase hati dengar teguran suami).
5)INGAT rumah yang anda duduk itu rumah ibu kepada suami anda... Cuba bayangkan klu suami anda hanya duduk melepak ajer dekat rumah mak anda tanpa buat kerja atau tolong2 sikit...mesti HANGIN jugak kan?...
6) Kekadang kita rasa macam keseorangan...tapi sebenarnya ada SATU yang menemani kita dan DIA ingin kita hanya bergantung harap pada DIA SEORANG... itulah ALLAH swt. Mungkin kerana kita terlalu selesa dengan kehidupan kita, dengan suami kita dengan mertua kita, kita lupa tentang kembalinya kita nnti kepada siapa..... :)






Tuesday, September 4, 2012

Check up yang sangat tak best

Banyak darah yang disedut...

Bulan puasa aritu adelah bersamaan masuk 2 kali aku buat checkup kat DMMC (Darul Makmur Medical Centre) ...   Pendapat? amatlah bagus sebab doktor dia mmg specialist gynae kan? RAselah disayangi dan dijagai... hehehe
Ditambah pulak Medical Centre ni baru lagi, tak banyak sangat patient. Nak banding ngan KPJ mmg jauh giler la ke"crowded"tan tu. Alhamdulillah, sebab encek Hasben pon mmg tak suke tempat2 crowded ni. Dia suke tempat2 tenang n sunyi.... hikhikhik (gelak gewdik2 sket)

Okeh so, next appointment tu jatuh pada raye ke 4, bersamaan hari rabu.. hehehe PREPARE YOURSELF TO FACE THE TRUTH!!!!
hahaha sangat mengada okehhh~

Malam tu aku poser...errr selepas mentekedarah jamuan besday untuk suami tersayang..... :P


MEmula tu aku senyum2 jer waktu doktor kata, sila baring kat sini. Coz biasala nak scan2 budak kecik dalam perot ni kan? ohhh~ aku tak criter lagi...last appointment aritu doktor kata aku tak cukup air ketuban, maybe sebab uri aku ader masalah nak supply air kat beby. So, dia nak monitor air ketuban aku naik tak minggu neh. Alhamdulillah da naik, dari 7 ke 9...hehehe walaupun normalnyer patut 11 ke atas.. (sebab tu perot aku kecik, sebab ayorr kurang rupenyer..).. dan tumbesaran baby pon sangat memberansangkan. Dua minggu lepas 0.7 kg, minggu ni da 0.9 kg...huhu bagus2 ^_^
Hidung pon da tak berdarah sangat. Kaki pun da tak bengkak2 cuma ader la krem2 sket bila tiba malam hari dan bila berjalan banyak sangat..hahahahaha 


Then, nurse dia kata
"jom ikut saya ke lab"

hahhahahaha muka aku da biru... 
"saye takut jarum.." ttbe terdengar suara iklan2 derma darah. Tapi...nak tak nak kne jugak la... 
satu balang kecik (2 ml kot) untuk ujian pembekuan darah
satu balang kecik untuk ujian HIV
satu balang kecik untuk ujian darah tinggi
satu balang kecik untuk ujian tahap haemoglobin
dua balang besau untuk ujian gula (sebelum dan selepas minum gula)   
satu balang besau (6 ml) utnuk ujian....emmm ujian...aku tak ingat da ujian hape.. Hep B kot..

Jadik dragon ball ader tujuh bijik semuanya.... erk??
jadik tujuh balang darah ateh sedia untuk  di uji... 

 Masa balek umah dulu untuk glukosa meresap ke dalam darah selama dua jam, punyer la pening.... Asalnyer nak gi mydin jap beli2 then bali semula DMMC utk amek darah.  TOKSAH BERANGAN.
Sampai pintu rumah mama, da terkulai kat riba encek hasben. Loya, pening, lembik...tak sabar nak gi muntahkan air gula...

YE SAYE KENE BERTAHAN SELAMA DUA JAM MENAHAN DIRI DARI MUNTAHKAN AIR GULA WALAUPUN DA TAK TAHAN SANGAT DA NAK MENAHAN - sebab encek hasben kata nnti takut tak valid ujian darah tersebut.. kemudian saye tido2 ayam... 


Habes jer peruntukan masa 2 jam, terus masuk bilik air dan... BWEKKKK~
 ohh~ tapi air gula tu sedap...sebab bukan yang bancuh , tapi guna yang mcm ni...
nama dia glucose tolerance beverages... hahahaha sangat sedap...

Tangan kiri kene cucuk kancing gigi...huwaaaaa~

habis da check up. Next, check up kat KPJ 8hb. Saje je ngengade tak nak pegi klinik KITA. Klinik KITa yang sungguh tak mesra ibu mengandung :p 


Dua minggu after that, DMMC call henpon aku.. (wow2, perkhidmatan yang sangat bagus)..
Orang kat fon tu announcekan result ujian darah aku
 tahap pembekuan darah - OK
HIV- Negatif
Hep B -Negatif
tiada darah tinggi
kemungkinan kencing manis, sila jaga makan (terutama benda2 manis) ... bacaan normal : 5 ke bawah, diabetik : 7 ke atas... aku? 6.2 ...atas pagar...hahahahahaha
paras haemoglobin rendah, Kne banyakkan makan benda2 yang bole menaikkan paras darah.
Result ni aku da bole agak sebab sebelum pregnant pon aku mmg camni...tak cukup darah... :P

DAh


Monday, August 27, 2012

Raya oh RAya

Ateh berendam air mata

There u go. Tajuk untuk entry kali neh. hehehe. Mengapa ateh berendam airmata?bila ateh berendam airmata?Di mana ateh berendam airmata?Siapa yang merendamkan ateh di dalam air mata? huh??

Ok. TAkdelah ape sangat pon.. Pagi raye, takbir bergema. Berlari2 anak bersama mak mertua tersayang ke masjid Saujana Impian yang tak la saujana mata memandang pon. Berlari2 anak kerana lewat keluar dari rumah. Sampai dia masjid, tergesa2 pula mengenakan telekung, tak seperti ibu mertuaku yang da siap2 bertelekung dari rumah. Dengar sahaja imam membaca Al-Fatihah, ibu mertua ku sudah pun mengangkat takbir untuk solat berjemaah. SEdangkan aku masih lagi terkulat2 mengenakan telekung.... padahal tak pakai pon takpe, sebab tudung da pon cukup labuh.

Selesai solat, masih duduk mendengar khutbah sambil sekali sekali ketawa kecil. Manakan tidak, yang memberi khutbah itu buat lawak2 raya plop. hehehe... Perut yang memboyot diusap2 sikit, InsyaAlah raya seterusnya aku takkan sunyi.
"SElamat HAri RAya Anis ku sayang..."

Anis, nama timangan anak aku yang sedang membesar dalam perot. Yang sedang menendang2 aku waktu itu, semangat raya agaknya. Adehh~ kecik2 pon da tau nak beraya....

Balik. Makan rendang, kari ayam n ketupat. Mood macam biasa aje.

Abess tu bila ateh nak berendam airmatanyeee??

ok.ok...sila bersabar. Sebenarnyer pagi2 raye tu aku pii la gosok baju raye aku n suamiku yang tercinta di bilik laundry. Ternampaklah mak mentua aku tgh bersih2kan kaunter dapur. mak mertua i mmg seorang pembersih dan teliti.
dalam kepala aku..
"Best ni klu peluk mak dari blakang pastu cakap selamat hari raya n minta maaf...SAmbil bole cakap i love you bebanyak..."

Tapi.....aku decide nak buat tu lepas siap2 gosok baju ni haaa~... Then datanglah suami aku, tup2 dia terus peluk mak mertua aku dari blakang n cakap  
"i love you mak"

Ohhhh~ aku sungguh merasa touching n sunyi...kerana aku rase macam takde mak nak dipeluk di pagi raye yang sungguh hening itu.... Mamaaaaaaaaaaaaa~ anakmu ini amat merindui mu.....

So, luruhklah airmataku di tengahari raye itu...
kah kah kah...da tengahari barulah berendam airmata,pagi2 time solat, time mentekedarah ketupat ape benda tu sumer okeh ajer... :P

itulah dia storynyer...

Esoknyer, pepagi balik kuantan. Stay kat sane sampai Jumaat... Stay selama  5 hari...yahuuuuuuu~
balik rumah mak sendri mmg tersangatlah best.... ^_^

"Abang, beraya umah mak bukan tak best...cumanya kte sangatlah jeles bila abang peluk mak sambil cakap i love you... kte pon nak peluk mama n cakap i love you jugak.... i love mak n i love mama tooo~"

 Dah.


Tuesday, August 7, 2012

10 weeks of pregnancy

Okeh...skang sebenarnyer aku da 24th week of pregnancy..kah kah kah :P



Salam Ramadhan semua... Alhamdulillah bulan Ramadhan ni berasa sihat dan segar plop badan. Padahal sebelum bulan2 Ramadhan ni datang, adehhhhh~ memacam dugaan...

err tentang tajuk post kali ni... sebenarnyer post ni duk dalam draft. selama ni kekunun nak post la tentang peknen2 ni...waktu time 10 minggu peknen dulu... akhirnyer, hehehehe...da 26 minggu peknen baru buleh bukak blog ni. Nak dijadikan al kisahnyer, aku lupa password. baru jer tadi reset balik. Dah la tak ingat password, nak reset password pon tak reti... mungkin sebab saye da tua kot

Okeh, what ever ponnnnn~ Skang I da bole bukak ini blog.

jom kita cerita pasal bulan puasa dan syawal yang bakal tiba. SEkarang da nak masuk fasa ketiga puasa, yakni da tinggal 10 hari sahaja lagi untuk kita meninggalkan bulan Ramadhan. Ape perasaaan??

Hepi? sebab da nak raye kan...
SEdih ?? sebab duit takdek nak buat preparation raye yang best kan....
takde rase pape ??? sebab raye atau tak raye same sahaja... kerja kerja kerja..kan... :D


apepun perasaan kita, sebelom Ramadhan berakhir, jom la reflect diri. Adekah kita da bertambah baik untuk menempuh bulan2 akan datang dengan dihasut kiri dan kanan oleh setan2? itu belum lagi termasuk manusia, iklan2, hawa nafsu dan sogokan2 laen..

huihhhh~ camne ni...?? aku rase tak ready nak meninggalkan bulan tanpa setan ini.... <NANGESss>

Jom, maseh sempat lagi nak buat preparation !!.....