Pageviews past week

Tuesday, February 18, 2014

Untukmu yang tak dapat ku dakap

Takkan terbayang olehmu
Akan rinduku
Yang membuah dan ranum
Di taman hati
Meski dirimu tak terlihat
Meski hadirmu cuma sesaat
Meski kau jauh dariku
Cinta ini masih ku dakap

Sayang
Yang tak terungkap
Pada jasad yang tiada
Pada lahiriah yang tak tersentuh
Pada jiwa sucimu
Terasa kau masih ada
Menantiku

Sayangku
Ingin ku kucup wajahmu
Ingin ku dakap dirimu
Penuh manja membelaimu
Sebagainya harusku
Sebagai seorang ibu

Anakku sayang...
Ummi rindu....

Sunday, February 2, 2014

Azzahra bertatih

Azzahra' da bertatih. Thanks for d help from abiy n aflah. Another milesote reach. Gambaq sume gegaq. haha

Sunday, January 26, 2014

2 very Different Day Care Appointment

1. Daycare for another blood test result
Sepatutnya tak perlu ke Daycare, Dokter berbangsa cina serta botak di klinik itu hari katanya dia akan minta nurse inform through phone shaja. Tetapi bila ateh hantar surat hijau itu, Nurse minta ateh datang semula untuk mendengar penjelasan dokter. Hari ini, ateh datang Ke Daycare. Dokter perempuan Daycare bernama Syamimi itu bertanya pada ateh apa Dokter Chan cakap tentang benda di rahim ateh. Ateh terus terang tentang apa yang Dokter Chan cakap sambil selit2 keadaan fizikal Dokter Chan yan gmacam tensi dan tak betul jah. Tanpa disangka Dokter Syamimi bersetuju dengan berkata sempoi aje "Dia memang macam tu.Lain kali kalau dia kata tak nampak, point kat dia kat gambar scan ni macam ni : ni ni ni  ape ni dokter?"
Hahahaha. takkan ateh nak memandai sebegitu kan? tidakkah lawak nanti?
Kata Dokter Syamimi, hCG ateh telah menurun ke 5.3 which is below 10. Ini indicate that pregnancy is failure so dah tak perlu repeat hCG lagi memandangkan kesimpulan dokter2 di wad adalah ateh miss miscarriage biasa. Ateh balik dengan senang hati.

2. Day Care for HPE - 6/1/2014
Day CAre hari ni adalah untuk Pap Smear sahaja ateh diberitahu sewaktu keluar wad dulu. Ateh pon menunggu dengan perasaan berdebar2. Entah bagaimana cara test itu nanti , sakit ke tak? Baru sekejap, nama ateh dipanggil. Ateh duduk tanpa dijemput.

"OK, mengikut keputusan cuci rahim pada bulan 11 aritu, puan memang confirm mengandung luar rahim. Puan ada sakit2 bahagian perut? ada bleeding?"

Tidak semena2 ateh dilontarkan dengan ayat panjang di atas.(takde adea nak mengayat haha). Ateh blurr sekejap.

"Takde sakit sangat dan tak bleeding dah" kata Ateh sambil mengelip2 kan mata pada beliau yang tak sangka ateh nmpak begitu blurr.

Dia berkata2 lagi tapi kali ni ateh tak dapat langsung memahami patah perkataan beliau seolah2 beliau berkta kata dalam bahasa tamil. Dah la laju benor cakapnye, nak menyampuk pon tak sempat

"Ada nak tanya ape2?"  akhiri beliau
"Errr..jadi saya mengandung luar rahim selama ni? tapi kenapa saya discharge dengan kesimpulan miss miscarriage? saya tak berapa faham..."

Dokter tersebut tarik nafas panjang. Baru la dia faham kenapa ateh nmpak blurr. Dia terangkan satu persatu tentang kehadiran 2 kantung bayi. Satu di dalam rahim, dan satu di luar rahim. Semasa ateh dimasukkan ke wad, dokter tidak dapat mengesahkan bahawa yang di dalam rahim adalah kantungpseudo di mana ia selalu terjadi kepada wanita mengadung luar rahim. Setelah beberapa hari ateh di wad, memandangkan hCG ateh menurun secara mendadak, mereka membuat kesimpulan untuk ateh mencuci rahim. Malangnya, keputusan makmal bahan yang dikeluarkan dari rahim ateh dalam proses cuci rahim tersebut hanyalah dinding2 rahim. Tiada bahan2 kantung bayi seperti uri,tali pusat,kantung dan sebagainya. Makanya, dokter membuat kesimpulan, hormon hCG itu dari kantung yang di luar rahim. Fortunately, memandangkan hCG menurun ke below 10, meaning its a failure pregnancy whether or not di dalam atau di luar rahim.

"Jadi, dokter confirm ini kandungan luar rahim bukan di dalam rahim"

"Mengikut lab result ini, betul puan mengandung luar rahim, tapi puan tak perlu fikir sangat, yang penting puan selamat.."

Ateh nak tergelak sinis dengar ayat 'yang penting puan selamat'. Terasa cam lawak tapi cam serius jugak.

"Puan pernah buat Pap Smear?"

"Saya datang appointment ni untuk pap smear la." Ateh sengih tawar

"siapa bagi appointment ni?"

"Nurse di Wad"

"Sebenarnya untuk Pap Smear puan boleh buat kat sini atau kat luar pon boleh. Jadi, puan nak buat kat sini?"

Logically, dah HUKM bagi appointment utk buat Pap Smear, prosedur seterusnya terus buat la kut. Tu logik dalam otak ateh la, mungkin dokter tanya untuk double confirm kut. KUTTT~

"Klu buat kat sini puan kena bayar di bawahlah lepas ni. Oke Puan boleh baring kat sana"

Dalam blurr2 ateh pon pergi la buat prosedur Pap Smear. 5 minit pon tak sampai. Korek2 macam waktu kat Wad Kecemasan itu hari. Ngilu la jugak.

Alhamdulillah satu lagi benda da selesai, tapi kepala ateh pusing2. Dokter pesan soh pi amek darah lagi untuk hCG memandangkan ateh luar rahim so, ateh punya hCG mesti dipantau sehingga kandungannya kurang dari 1. Okeh,baikk~

Luar-dalam-luar-dalam-luar dan dalam tiada rahsia lalalala~ hahaha

Dah
  

Klinik oh Klinik

Seperti yang telah dijanji. Bergeraklah ateh menuju HUKM sekali lagi untuk pertemuan itu.

Gerak seawal 8 pagi, semata-mata tahu akan jammed yang bakal ditempuh. Seusai menyiapkan azzahra
ditempuh lah sebuah perjalanan yang tak la panjang sangat andai jammed itu tidak wujud. Azzahra yang kiut miut itu terpaksa dibawa bersama keranan hari ini adalah cuti umum.muahahaha  dalam kepala dah fikir abes je jumpa dokter nanti buleh pergi klcc. YEYYYY



Sampai2 aje kat parking lot, encek hasben suh turun dulu. dah sampai pun 9.20pg, appointment kul 9 pg..takot2 nnti tukar tarikh appointment lagi cam aritu. :((

Dalam keadaan riang ceria mendapat nombor giliran, ateh pon potong Q untuk dapatkan bacaan tekanan darah n berat badan. Berat badan skang 58 kg aje - weeewitt. hahahaha entah bila ateh berdiet pon tak sedar.

Tunggu punya tunggu..punya tunggu..dari Azzahra' temankan, sampai Azzahra' dan mengamuk-ngamuk nak tido tak dipanggil2 jugak nombernya. Ini buleh mendatangkan hangin satu badan neh. Sempat la berborak2 meluahkan perasaan hangin ngna makcik2 kat sini. Dorang habaq mmg HUKM punye klinik mmg LAMBAT..tp tidaklah selambat hari ini. Apakah gerangan yang sedang berlaku di dalam agaknya hinggakan nombernya begitu lambat.

2.45 pm
Nomber ateh dipanggil, makcik2 kat luar dah berulangkali menghasut ateh supaya marah aje dokter kat dalam coz lambat sangat. HAHA mmg nak marah pon tapi masuk2 jer bilik dokter, dokter cina itu tengah pegang kepalanya yang botak licin dengan kedua belah tangan cam poneng dan tensi yang amat. Alahai kenapakah beliau?

Ateh pon duduk tanpa dijemput. Beliau baca repot ateh sambil masih berposisi seperti tadi. Tetiba, seorang Nurse dari bilik belakang menyapa dokter tersebut dengan 3 buah fail pesakit baru, menyuruh beliau agar menyain sesuatu dengan berkata "Bilik 8 da tutup, ni dokter kena abiskan" .
GULP~
kesiannyer jadik dokter.
Mata beliau seakan mahu menjerit2 pada nurse tersebut namun ditahan. Walaupun rupa dokter tersebut semirip gengster cina dalam Filem KL Gengster, tinggi jugak tahap kesabaran beliau.
Dia menyain semua fail2 tersebut dengan membebel2 kecil pada Nurse tentang sistem pemfailan pesakit yang mana antara pesakit Wad dan Klinik tidak menyimpan data yang selaras. (Novel ko gapo ni?) Teruskan.

Selesai itu semua, dia memula semula membaca rekod  sambil kembali ke posisi tensen tadi. Tiba2 dokter itu bekata dengan nada kuat.

"Kenapa Puan ke sini?"

Ateh pon explain la perihal keberangkatan ateh ke HUKM ini.

"Aiyoo Puan, puan datang sini hanya nak tahu keputusan Ujian darah saja kan? Lain kali tak perlu ke sini. Aiyoo ini macam keputusan darah boleh amek di Unit jagaan Harian saja maa~ Kenapa datang sini puan?? Haiyoo"

EH? Ateh pulak yang kena.

"Saya ikut buku appointment ni ajeeee~ dah tulisnya Klinik, mestilah saya datang sini."

Diam dia sekejap.

"Kakak, patient ni hantar pergi Day Care sudahlah..penat dia tunggu sini 5-6 jam kak oiii~"

Katanya pada Nurse yang duduk di bilik belakang. Ateh tengok kakak tu senyum2 aje. Dah biasa kut dengar bebelan nonsense dokter ni. Setahu ateh, keputusan untuk hantar pesakit pegi klinik ke Daycare ke itu tertakluk pada dokter yang buat appointment untuk ateh la. Nurse ikut arahan sahaja.

"Saya nak tanya tentang benda yang dokter sebelum ni jumpa di rahim sebelah kiri saya.."

"Apa benda?"

"Benda yang dorang jumpa dalam scan aritu.."

"Jap saya tangok.." Katanya dalam nada malas nak layan dah ateh ni. Dokter itu membelek2 scan dua tiga saat dan membaca report scan tersebut dalam keadaan kelam kelibut. Ateh pulak rasa pening ngan dokter ni.

"Takde pon. Takde2..sya tak nampak ape2. Kalau ade pon cuma tisu ovari itu sajalah"

Eishhh..Nak marah pon tak boleh sebab mungkin dokter ni dalam keadaan lapar- kureng rasional la kut.

Okeh usai.

Yang penting,
Alhamdulillah, insyaAllah semuanya akan baik2 sahaja. :)


Monday, December 9, 2013

Hukm aku datang!

Aiceh..ade gaye cam tajuk movie x? Hahaha.
Okeh ceritanya isnin lepas ateh pegi la hikm untuk amek darah untuk outrule kandungan luar rahim punye cerita. Tapi homaiii kat borang amek darah tu terang2 tulis "ovarian tumor"..
Gulp!
Ya Allah,mintak dijauhkanlah ya Allah..
Amin
So,hari tu bangun la awal menepuh jem segala nak menuju le hukm. Tengah borak2 sambil buat2 lawak tetibe perut memulas. Kebetulan pulak bertemu dengan jem. Aha! Bertambah memulas la cik perut. Macam da xtahan sgt nak mengeluaqkan isinya. So, encek hasben try menenangkan perut tersebut,dgn berkata tenang.
"xpe,petronas dekat aje..situ aje xsmpai 500m pon"
Dan dan ajee ateh nmpak signboard petronas = 1km. Hoho encek hasben sgt la sweet tp xsmpat nak rase sweet2 sb perot da memulas..
Okeh cut d story short,berjaya la pegi petronas tu tp xkuar pape pon. Alhamdulillah ade sorang aunty cina ni sgt baik suh aku masuk je toilet laki,nnti dia tolong jaga. Thanks a lot ya aunty..
Sampai hukm, parking plop xde. Mintak hasben turunkan aje dkt ngan tangga so that ateh buleh pigi toilet hukm. Dapat masuk toilet n mengeluarkan galian adalah sangat melegakan.
Selesai.
Terus ke kaunter pembayaran. Bayar rm 5 utk test darah. Terus pegi ke makmal c. Letak borang. Tunggu 2 menet kat luar da kene panggil. Nurse amek darah ( nurse tu sangat terer sebab xrase langsung dia cucuk n tarik darah keluar). Dah selesai. Tepon encek hasben tanya da parking blom, dia kata blom. Ateh pon habaq la da abes amek darah, terkezut dia sb cepat sangat. Huhu...terus mintak dia bawakkan pi klinik sb skt perut sgt. Dia kata nak singgah kedai ikan dulu dan trade in pearl arowana dengan bichir. Ok la. Balik dari kedai ikan baru g klinik. Alhamdulillah,dpt mc tp xde maknanya nak baring2 tido n rehat. Kerja tertangguh banyak lagi. Huaaaaa~ nangesss..
Dah.

Monday, December 2, 2013

Dugaan Kedua -

Macam cerita dokter nurse pulak hahaha

Hari semalam pergi ke Hukm untuk follow up case Ateh, tp semalam tu lambat sangat sampai hospital, jadiknye kene pigi amek darah then terus balik. So, Hari ni pergi lagi ke Hospital. Kali ni terawal la plop...pergi2 dokter blom sampai pon lagi, sampai nurse tu soh pegi makan sarap dulu dalam kol 10 baru naik balik.
Lepas sarapan tu teros la naik sebab bukan ade tempat2 menarik nak dilawat pon kat sini kan?hahaha Naik Day Care tu mak aii ramai jugak rupanya kat sini..huahuahua :D
Tak lama menunggu nama Ateh dipanggil. Duduk dengan debar2 sebab banyak soalan mau ditanya terutama yang pasal benda luar rahim hari tu. Ateh baru tau rupanya prosedur cuci rahim tu tak buleh cuci yang di luar rahim. Yang di luar rahim kene melalui pembedahan baru bleh dikeluarkan. Sumber dari kak ipar Ateh yang bekerja sbg dokter O&G kat UK nun. Dia mmg nak tepon awal waktu ateh kat wad lagi tp line tak clear. Hmm, takpelah.
So, berbalik pada dokter kat Day Care tu-Dokter Wani namanya. Selepas dia berhempas pulas membaca laporan wad aku yang tebal tu dan cuba memahami ceritera case ateh itu, ateh pon bertanya la soalan cepumas.
"Jadi saya ni mengandung dalam rahim atau luar rahim dokter?"
"Mengikut laporan ni, puan mengandung dalam rahim tetapi keguguran. Sebab tu diorang cuci kan last skali"
ateh angguk dan  bertanya lagi
"Jadi, yang benda di luar rahim tu masih ada ke?"
"Itu saya tak pasti. Tapi mengikut penurunan hormon puan ni, pregnancy puan adalah tak berjaya..tp saya tak boleh nak confirm..em mungkin kita patut scan lagi sekali. kita tgk macamane"
Lepas tu dia soh baring. check perut saket tak. Ateh kata tak saket, tapi sejak sebelum masuk wad lagi ade rasa denyut2 kat pinggang belah kiri.
Dokter Wani tu disebabkan rase tak sedap hati, dia hantar ateh pergi buat scan kat bawah.
Keluar bilik encek hasben tengah nyenyak tido, kesiannye~
cuit encek hasben sambil pesan yang  kene turunkat Klinik - scan jap.
Kat bawah tunggu la sengsorang depan bilik ultrasound. penat  jugak menunggu , da la tepon takdak.
Akhirnya nama ateh dipanggil. Dokter bernama Yan buat scan tersebut. Dia tanya aanak ke berapa kandungan yang gugur ni. Ada sakit2 perut tak. Ada pernah makan ubat untuk mengandung ke tak. Ateh tak tau la kenapa soalan2 tersebut diajukan..pening sikit.
Waktu dia tengah scan ovari kanan, ateh kata
"Saya ada rasa sakit denyut2 kat perut belah kiri"
"sakit sangat ke?"
"Kekadang sakit sangat , tapi kekadang boleh tahan lagi.."
"Jap kita scan belah kiri pulak"
Dia scan belah kiri . Jantung Ateh da debar2 moga2 takde pape.Moga sakit ateh rasa tu cuma mainan perasaan aje.
Ateh nampak dia highlight something kat screen.
"Puan, em nampak tak ni ovari kiri puan..yang sebelah dia tu saya tak tau ape benda..."
Gulp!
Belum abes rupanya ceritera benda tersebut..
Apekah ia?
Dokter Yan tu nampak risau, dia bawak fail aku keluar dan suh aku tunggu kat atas(kat Day Care).
Aku pon jalan. Sambil doa2 dalam hati semuga takdek pape...semuga takdek pape.
Nama ateh dipanggil lagi,kali ni encek hasben buleh ikot masok.
Kat Day Care Dokter wani tgk imej scan tu. Dia kata tak nmpak macam cyst biasa. Mcam luarbiasa tapi dia tak dapat jawab apakah benda itu. Dia suh tunggu sementara dia call bos dia. Ateh n hasben dengar2 la perbincangan mereka.
Akhirnya, Dokter Wani mintak datang semula ke klinik hari Isnin untuk buat ujian darah sekali lagi. bukan untuk hcg tp untuk kemungkinan2 lain. Dia kata jugak ovari belah kanan ateh bengkak - bengkak kilang telur.Baca sini. Tapi dia tak risau sebab kekadang disebabkan hormon, dia mmg bole bengkak. yang dia risau yang belah kiri tu. Uncertain something.
Dia siap pesan.
"Puan jangan mengandung sampai minggu depan ye puan. Kita sort out dulu yang ini baru puan mengandung lagi ye?"
Tergelaklah ateh dengar. Ade bran ke nak pregnant semula ni ateh??
Ok! Hari Rabu baru datang Day Care utk jumpa dokter balik.

Takut.Gementar.
"Ya allah sembuhkanlah daku dengan penyembuhan Mu. Kesembuhan yang benar2 sembuh."

P/s: ada kemungkinan 'benda' itu janin. tapi sgt rare berlaku. ade kemungkinan cyst tp belum boleh di confirmkan. tunggu next week la.. :)

Monday, November 25, 2013

Keguguran kali pertama

Air mata Ateh seolah olah telah kering, namun hati Ateh masih basah dengan hujan air mata. Ini ujian paling berat rasanya untuk Ateh tanggung, tapi InsyaAllah Ateh cuba kuatkan jua. Walaupun mereka berkata yang gugur itu cuma seketul daging, tapi bagi ateh yang sudah mengandungkan janin itu lebih 6 minggu tak dapat mengatakan ianya 'cuma' seketul daging. Ibaratkan macam orang terkilan.

"Ya Allah, kuatkanlah daku menempuhi kehilangan ini. Tiada dayaku selainMu. Mungkin kerana aku tak mampu menjaga mereka jika mereka hidup. Atau mungkin kerana sebab2 lain, tapi aku yakin percaturanMu adalah yang terbaik buatku. Dan aku berserah pada ketentuanMu Ya Rahman"

* * *
19/11/2013-SELASA

Ateh pergi meeting kat Batang Kali dengan membawa diri yang tak sedap badan amat. Ateh taklah fikir bukan2 sebab biasalah pregnant. Macam2 alah boleh dapat. Dalam perjalanan balik, ateh teringat yang Ateh n Project Manager(PM) dua-dua belom solat lagi. So, mintak la kat kak PM benti mana2 RnR untuk solat. Sebenarnyer selain tu dah lama da rasa nak terkucil, so berlari2 anak la pegi toilet. (Berlari anak time ni rase cam nak pitam)Kat toilet nampak ada kesan darah. Ateh da debar2 dah. Kuatkan hati, tanya Kak pm yg dah 2 kali gugur. Mungkin dia tau la darah gugur ke ape ke kan? So, kata dia bukan darah gugur sebab darah gugur tu macam seketul seketul macam tu. Owh, lega...teruskan solat. Petang ni InsyaAllah pegi klinik. terus mesej encek hasben. Sampai opis, amek latop segala, teros balik. kepala rasa putar2 n letih sgt. Padahal baru pukul 4..dan bos ade je lagi duk tercongok kat meja dia. Lantak!

Sampai rumah, rupanya encek hasben blm baca msg. So, habaq kat dia nak g check klinik sebab rase lain macam. So, pegi la Klinik Kita tu, tgk2 dokter lelaki plop. Alahai~tak jadik. Gerak pegi ke Klinik dokter Mariam. Disebabkan dia tak dak benda scan tu, dia bagi cuti 2 hari, suh g klinik esok. Ateh pon terpaksa la mintak abg senior ganti untuk meeting esoknya tu. Tapi tak bole nak kata pasal  pregnant sb tak gitau bos pon lagi. Just cakap not well aje. Dan2 aje da setel, baru teringat laptop ade kat rumah. Adoii, kne g opis la pulak ngantor benda alah tu. So, pegi pulak opis antar laptop segala. Bila balik rumah, terasa macam darah turun banyak. macam period yang sgt heavy. zruppp~ turun ketul2 darah yg agak besar. Encek hasben teros suh tido n rest aje.

20/11/2013-RABU

Pagi2 lepas antar azzahra terus gerak pergi Klinik Kita lagi sekali. Dia scan tapi katanya hanya nampak kantung, janinnya dah takde. Kne buat pregnancy test lagi skali, dapat 2 line(masih pregnant). So, doktor buat surat refer ke hospital sebabnyer dia takut Ateh ni ngandung luar rahim.
Benti mam roti canai . Encek hasben lapar. Ateh time tu rase cam nak meneran + contraction. Sakit wooo~
Sampai kat Kecemasan Hukm, doktor scan n cari baby tu. Dua tiga menet dia kata dia jumpa sesuatu yang mungkin janin la. Dia tunjuk kat Ateh.Owh~pedihnya rasa di hati...Then dia scan perut, katanya yang tinggal cumalah sarung sahaja. ( incomplete miscarriage). Dia bagi 2 option untuk cuci rahim -makan ubat atau sedut(surgery). Ateh time tu pilih cuci . Keluar, pergi toilet Ateh meraung kat toilet. Merasa kehilangan, kosong...
Keluar toilet mata da bengkak. Nurse panggil untuk masukkan jarum kat tangan. Nurse tu try pujuk aku yang tengah berair mata  lagi. InsyaAllah next time pulak. Bagi Ateh bukan masalah next time, tapi masalah baby ateh dah takde. T_T
Naik ke wad.
Doktor kat wad explain yang prosedur cuci rahim tu ade possibility untuk komplikasi macam terkoyak rahim. Gulp!
Teros Ateh tukar option ke makan pil. tapi besok baru start sebab kne buat test darah sebanyak berbalang2. Lab cuma bole kluarkan result petang kang jah.
Ushar orang sebelah yang juga keguguran. Norshima namanya, baru 22 tahun. Nmpak relax, tapi bila Ateh bertanya tentang berapa usia janin dia, Ateh nmpak matanya merah-merah.
"Apa nak buat kak..dah gugur.." katanya


21/11/2013-KHAMIS

Ubat dimasukkan buat kali pertama pada pukul 6 pagi. Kne duk diam sejam baru buleh gi tandas.ngam2 sejam ateh gi toilet. 

Duk kat katil rase cam contraction. makin lama makin sakit. Zrupppp~ darah kluar. tapi takde pulak yang pelik2. Nurse pesan klu jmpa yang pelik2 kne simpan.
Tgk orang katil sebelah tgh tahan sakit. Yelah, dia blm pernah sakit bersalin. Nampak mata dia dah berair2 tahan sakit yang memulas2..Alhamdulillah petang tu janin dia turun semua. Dia ada cerita kat Ateh Nurse bagi dia tgk janin tu. Dah ada tangan, kaki dan mata. Owh~dugaan beliau lagi besar sebab klu Ateh boleh trauma jadiknye ...Insafi diri
Pukul 2 ptg Ateh dipanggil turun. Macam Emergency je. Owh Dokter Mimi yang akan scan, Alhamdulillah perempuan. Dia try korek2~dia kata dapat rasa sesuatu lagi dalam rahim. Dia mintak scan kat dalam rahim.  Ateh tanya kenapa.
"Kami baru dapat balik blood test untuk beta  hCG awak ni. Result dia 14400 which is too high untuk janin yang kecik cenoet camni. So, ada kemungkinan dia menempel di luar rahim, dan kantung ni kantung kosong shaja"
Scan punya scan, jmpa satu kantung dekat dengan ovari kanan. Owh my~there's another one there(ateh boleh tgk).
"Jom sambung kat atas" kata dokter Mimi seolah olah mengajak aku berborak sambil minum teh tarik pulak lagaknya.
Kat Wad, Dr.Mimi keluarkan ketulan daging yang menempel kat dinding rahim tu. uihh bole tahan saiznya.
Aku tanya, ape seterusnya?
"Kita ulang balik hCG, klu turun kte terus cuci lah. tapi cuma boleh ulang 48 hours, so hari Sabtulah baru boleh dapat result"
Alamak!lamanyer lagi :(( Malam tu ateh rase saket perut..memulas2..sesak nafas tapi berjaya juga tidur2 ayam

22/11/2013-JUMAAT
 Ateh cuma di monitor takut2 ateh ada severe bleeding atau sakit perut yang amat. Kata Nurse takut tumbesaran janin tu akan memecahkan tiub fallopio ateh, yang akan sebabkan severe bleeding. Owh~saye takottt~
Perot masih memulas2,dizzy,penat....
Baring kat katil rase cam ade ketul turun. Pergi toilet, nmpak ade macam seketul daging yang dibalut something warna putih. Mcm telur ikan. Bawak ke meja nurse. Dokter Azimah terkejut tgk benda tu. Dengar2 dia bincang ngan Dokter Jeremy kalau2 tu janin yang kat tiub fallopio, tapi aku tak heavy bleeding dan tak sakit perut sgt. Dorang macam tergamam.

Borak2 dengan Dr.Jeremy.Dia dah sem 3 utk dapatkan pakar. Tanya dia apa yang telah berlaku. Katanya aku ada 2 kantung bayi, satu dalam rahim dan satu di luar rahim. Ada possibility yang hari Khamis tu janin yang di luar kantung masih menghasilkan hormon hCG,sb tu result darah tu tinggi.
"Saya mengandung kembar ke?"
"We cannot confirm that. It can be 2 possibility, either puan mengandung kembar atau luar rahim dan yg di dalam rahim tu cuma pseudosac"..Naseb la Ateh dulu student bio kat matrik. Paham la jugak sikit2 term dorang guna.
cuba baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang kandungan luar rahim(ectopic pregnancy).
Okeh..Ateh dah mula faham. Malam tu ateh rase saket perut..memulas2..sesak nafas tapi berjaya juga tidur2 ayam

23/11/2013 - SABTU 

Lepas amek darah,Petang tu rahim dikorek2 oleh Dokter Azimah pulak, ditemani dokter Adam yang cam takut2. Dr.Azimah kata pintu rahim ateh masih terbuka dalam 1cm.Tunggu result. Alhamdulillah turun kepada 4000. Means pregnancy tu failing dan bole proceed utk cuci esok pagi. Alhamdulillah.
Kne puasa dari pukul 12 tgh malam. Dijangka suction pukul 8 pg esok. Dr.Azimah terangkan yang prosedur ni pakai macam satu traw plastic, dimasukkan ke rahim melalui pintu rahim yang terbuka 1cm tu. kemudian apa yang tinggal dalam rahim akan disedut keluar. Prosedur yang jauh lebih selamat dari D&c yang menggunakan besi. Kebarangkali untuk tembus rahim is 0.48% which is very low. lebih lanjut baca vacuum.


24/11/2013 - AHAD
Bangun awal, dah plan utk tak mandi hari ni coz jarum kat tangan tu. Dah pukul 8 pg dokter tak datang lagi. Dengar2 dari kaunter katanya kne confirmkan luar rahim baru bole proceed. Datang seorang Dr lelaki, berbaju t-Shirt belang2..tanya ateh sal history..uishh ateh mana igt..tak lama pas tu Dr.Jeremy datang berlari2 dan berpeluh2 teros explain history ateh. Dia pon pakai t-Shirt jah~sempoi.
Kne turun, buat scan balik. Confirm luar rahim. Nurse yang duk temankan ateh turun tuh nampak gerun dan serun. Kat luar waktu tunggu tu sempat dia tanya.
"Tak sakit ke?"
Aku senyum.."Sakit. tapi nak buat macam mana...."
Confirmed cuci.

Kul 9 masuk dewan bedah.
Sementara tunggu dokter cuci tu, Dokter bius check jantung aku. Ehhh~ saspen plop bila dia check banyak kali. cam tak sudah2.
Dia kata "Ada sesiapa pernah cakap pasal jantung awak?"
"Kenapa" kata ateh
"Saya dengar ada 3 bunyi...sepatunya ada 2...takpe kita buat ecg kejap"
Adoii dah la sejuk. buat ECG lagi la menyejukkan. huuuuu~ menggeletar jugaklah. Alhamdulillah la ok je.
 
Masuk bilik bedah sejuk yang amat. Terasa dorang letak blower kat perut. Masuk je bius terus pengsan.
Bangun2 tu masih kat surgery. nurse tarik katil, suh alih ke katil wad. Pening..
Nurse tak bagi bangun for 5 jam. jangan makan lg sampai kul 3 ptg. Da abes tu dalam kul 11.30 baru. Terbaringlah ateh kat situ dengan pinggang yang sakit. huhuu~
penat jugak nak tunggu 5 jam..ehehe.. last2 dia suh try sikit2 duduk, then try bangun...then try g toilet..try minum air sikit...try minum air manis sikit...last skali try makan.
Tangan masih ada drip. Nak bangun pon tableh, nak tido  lagi tableh..Naseb hasben datang temankan. Then Along datang. Alhamdulillah. Bole jalan da..dan bole makan. Off drip~ InsyaAllah esok da bole balik yeyyyy~

24/11/2013 - ISNIN

Discharged. Sakit perut tapi tak berani mau cerita sebab takut kne stay lagi. huahuahua. 

Ada bnyak lagi peristiwa2 kecil yang berlaku. Tak dapat Ateh tulis kat sini. Terlalu bnyak. Pengalaman kali pertama gugur ni betul2 mengajar ateh yang keguguran itu mmg lebih parah dari melahirkan...

P/s:Tulis dlm mode santai. 
Ikutkan hati, penulisan ni boleh menjurus ke arah cara penulisan melankolik. Tapi tak nak jiwa terganggu. To my beloved baby, I love you so much. I'm sorry for not being able to see your smile. Let's meet again someday. InsyaAllah. Walaupun mereka kata awak belum 'menjadi' manusia, tapi ummi rasa awak telah ada. Awak tak nak susahkan ummi...sebab tu awak pergi dulu.

DAH