Pageviews past week

Wednesday, July 16, 2014

Breastpump oh breastpump

USalam.
Ni sbnrnyer entry mengimbau kenangan lama. Waktu tak tau nak pilih breastpump ape. Time preggy, ateh igt pakai manual breastpump yg harga rm60-70 dah memadai kut. Kut2 keluar banyak susu baru hapgred ke yg mahal sikit. Itulah yg ateh fikirkan. Jadi, time ateh dah preggy 8 months mcm tu terus la purchase manual breastpump yg harganya less than rm100.
Nak dijadikan cerita, selepas ateh lahirkan azzahra' ateh try blajar bagi susu badan pada azzahra'. Tapi, tanpa dipinta, setelah masuk hari kedua, azzahra' blm lagi pandai breastfeed. Ateh pun disebabkan dah mula sakit bengkak susu, bukak la kit manual pump dan start mengepam. Namun, setitik dua shj yg keluar. Sakitnya bukan main. Rasa macam nak demam pon ade. Esoknya pagi terai lagi pam tapi tiada hasil dan pam pon patah. Huwaaaas~ ateh nanges. Sakitnya macam nak meletop2 dah breast ateh. Nak minta hasben belikan breastpump baru, minggu depan baru dia balik. Nak minta abah, abah xsihat. Terpaksa la mintak adik yg patah bahu tu drivekan ke sana. Pahtu ateh la yg turun beli sendrik. Straight ke rak , cari yg less than rm500. Nah itu dia, hanya tinggal satu. Automatic breastpump jenama Little Bean. Balik aje rumah, tanpa dpt ditunggu lagi ateh terus assemble dan mengepam...hah kau dapat 5 oz terus. Padanlah sakit sangat...tu pun x kosongkan breast. Lega bila susu dah keluar. Terus tido. Hehe
Dan besoknya.
BENTAN
so kesimpulannya dan pengajarannya.
1.Emm klu rasa bila beli manual tu , hagak2 ada ruang vakum terbentuk di antara pengepam dan breast- ok je nak pakai manual...tp klu breast yg comel2 ni ateh rekomen pakai breast pump auto. Klu hasben xkasik, beli je guna duit sendrik. Sebab yg menahan sakit itu anda sendiri.
2. Sila beli awal2 sb xperlu susahkn org nk bwk mak berpntang ni g kedai dan susahkn diri sendiri dkemudian hari.
3. Simpan duit extra RM 500 , selepas byr kos bersalin n etc etc...
Note: ateh teringin nak beli pump medela freestyle..hehe
Dah

Thursday, July 3, 2014

Appointment ayaq Gula

Hari Jumaat 8.30pg 20hb June 2014


Salam semua...

Begitulah tarikh dan masa appointment untuk buat test ayaq gula tersebut.
Info : kat Klinik Kesihatan Kajang , hari jumaat adalah hari Blood test utk ibu2 mengandung. Sekian.

Tersebutlah kisah sang suami tak dapat la nak menemani si isteri yang dah boleh hagak akan koya2 bila buat test air gula (sb pregnant first pon kene jugak - err and every pregnancy ahead- since ayah ateh ni penghidap diabetes).
Sedih. huwaaaaa~
tapi tak sanggup nak mintak encek hasben tinggalkan keje pagi beliau selaku seorang guru berdedikasi hari itu. Dan nampak gaya encek hasben pon tak sanggup meninggalkan dedikasi beliau terhadap sekolah hari itu. So, redha aje la..
Entah macam mana cerita la kat opismet yang ateh bawak waktu appointment no 2 tu yang ateh akan pigi sorang2 aja ke klinik. Takdak cerita laen hokehhh cuma ayat penyata je "Ateh sorang je esok pigi Kilinik huuu~" <--sambil buat muncung itik.. o_0 what???

Okeh.

Tetiba beliau dengan tenang volunteer nak antar ateh pigi klinik. Ateh pon habaq la, appointment pagi, nak gerak lam kul 7.30pg- camna hang nak antaq?
Nota : Beliau duk kat Seri Putra and ateh duk Kajang.
Beliau bole jawab selamba "Alah, nnti ai gerak la dlm kul 6.30pg"
Y_Y terharu~
"Butul ka ni? tak susahkan hang ka?"
"Ateh tunggu je kat rumah, 7.30 pg ai tunggu depan rumah"
o_0 .. *hokeh nada n ayat tu ateh tipu, sila amek isinya sahaja.

So hari tersebut, ngam2 kul 7.30pg beliau dah tunggu depan pintu pagar rumah. Siap call ateh lagi kata bila da ready bole kuar. Terharu amatlah dapat kawan camni ^_^ so sweet~ dan rasa disayangi. muahahaha

Seterusnya.

Sampai2, cam besa amek no.giliran, letak buku kat bakul. Dapat dua balang kosong utk darah. Tunggu nombor kat bilik darah (Bilik 31). Tunggu punya tunggu, dapat giliran, nurse amek sebalang darah. Then soh pigi bilik no 19 (Bilik minum ayaq gula). Ateh sempat sesat cari bilik no 19..hahaha sebabnya pintunya terbuka jadik tak nampak ader tulis no bilik + bilik tu cam bilik setor.. ateh ingat tempat letak brang hahaha

Duduk kejap tunggu nurse bancuh air gula. Minum suam2 gitu - 3 kali teguk dan terus hipnosis diri sendiri kekunun minum milo atau hot chocolate sahaja rasanya. <--yang mana tidak menjadi
So, tahanlah rasa mual nak muntah sebab badan takleh nak menerima keanisan melampau selepas berpuasa dari pukul seploh malam semalam. Ni nak menahan 2 jam lagi ni. Ateh kira2 dalam kul 11 la kut, bole pigi amek darah n muntah. Sesambil tunggu tu, lepak la dengan opismet ni tgk muvi kat tepon. Naseb tepon da canggih, klu tak alamat tgk mesej2 lama je la kut 2 jam.
Nota : tak boleh balik rumah ye kawan2
Tup2 kul 10.30 pg nurse da start panggil nomber2 mereka yang test gula, Nombor ateh dalam kul 10.45 pg camtu .. Alhamdulillah :) dah selesai. Jumpa nurse nak ambek buku balik, nampak akak yang giliran sebelum ateh tu mintak time slip. Owwwwwwhhhh rupanya buleh mintak time slip ngan nurse.. Rugi jah mintak half day kat HR opis untuk g appointment. kekeke
dan Nurse tu pun tak kedekut la bagi time slip untuk half day walaupon ada sejam lagi baru kira hlf day kan?

Selesai semua itu, terus pigi makan . Haha asalnya nak muntah , mual la , loya la...tetiba si kecik dalam perut dah meronta2 dah mintak makan... So, gagahkan diri la telan segala nasi n lauk tu. Kira tawakal je la klu muntah pon balik kang. Alhamdulillah tak muntah balik, cuma koya la sampai petang..huhu terus mintak EL half day.

Dah.




Tuesday, June 17, 2014

Appointment kedua

Salam
Ni entry yg da bejamam baru nak hapdet.
Ari isnin aritu around 2.30 ptg jugak, smpailah ateh bertemankan kawan sekerja ke klinik kesihatan kajang. Asalnya nak bawa cik abg, tp tadi lepas berjaya buat installation software kat klien site which is suppose to take whole day- but ended in half a day- kawan sekerja ateh ni xmo balik opis. Skang opis ateh tu banyak sgt konflik dalamam.haha
So dia insist teman, ateh pon oke je la bawak dia...
Cam biasa amek nomber, timbang berat, cek air kencing, cek gula dlm darah then tunggu no dipanggil tuk masuk bilik.
Tetengah menunggu tu borak2 la ngan kawan ni. Tum tam tum tam, kawan yg masih dara lagi ni tanya la.
"kubikel depan bilik tu utk ape?"
Ateh da pasan lama dah, tapi ateh pom xtau ape fungsinya.
"entahlah."
Tup tup nomber dipanggil. Laju ateh menonong ke dalam bilik tersebut.
Eh awat gelap je ni. Salah bilik ke? Dokter pi toilet ke?
Ateh dlm keadaan poning2 tu duduk jela kat kursi yg hado.
Then dengar suara dari luar.
"mana patient tu kak?"
"tuuu da masok bilik dah tu"
Pintu dibuka, nurse tu pandang ateh dengan air muka menyampah.
Ateh pon gerak la ke arah dia.
"kenapa awal2 da masuk. Sy tunggu tu kat meja depan tu"
"err sy tak tahu kne jumpa kat depan dulu. Ni first appointment saya checkup"
Ateh sengih2 cover cuak.
Dia soh ateh baring kat katil. Ateh pon baring igtkan nak buat scan ke hape. Skali tuuuu dia tali ukur yg mai...nurse tu dok tekan sana sini carik baby kat dlm perot. Dia dok ulang2 soalan sama. Mana baby ni?  Tak rasa apapon.
Tiga menet kemudian beliau givap.
Terus habaq dia maleh nak mencari baby kecik sgt lagi.
Ateh pon ikot dia pi meja dia. Dia dok igtkan ateh lainkali dtg kat meja dia sb dia nak tanya ada pape masalah x. Lepas dia set appointment minum ayak gula 20hb nnti, n set jmpa dokter 30hb pg, dia tanya la koit koit ateh da masalah nak highlight. Ateh pon habaq la ateh asek sakit perot mcm baby mengeras. Tp dak la hari2..kekadang jah time ateh aktif. Mana la tak aktif dah kat kompeni tinggai ateh sorang2 jah nak handle semua. Dia bole balas kat ateh.
"iye ke awak ni??" bersama muka menyampah dan malas layan .haha.
Ateh sengih lagi.
Dia pon bebel knp buat kerja berat awal mengandung blablabla..benda yang ateh dah tau tp bukan bleh elak. Dan dia takdak kuasa nak bagi mc so that ateh buleh rehat. Habes karen je luah masalah pregnant kat dia.
Them ateh just cakap.
Ok. Babai
Selesai
Dah

Tuesday, May 6, 2014

Ateh preggy lagi

Salam.
Alhamdulillah, dengan izin Allah , ateh preggy lagi. Kali ni mmg super hati2 ...al maklum, dah trauma ngan kes bulan Nov tahun lepas...
Baru je semalam ateh buka buku merah for the pes time. Waktu azzahra' dulu dok kalut dengar cerita2 kat blog ttg nurse garang. So, xjadik la nak g bukak buku time tuh. Tp ok jer, nak dftar sijil lahir ape sumer ok.
So kenapa kali ni ateh seemangat sgt nak buka buku merah ni??
Ceritanya berkaitan Hukm la. InsyaAllah, andai dipermudahkan nak try lahirkan kat Hukm. Katanya servis bersalin Normal di sana sgt affordable dan lebih baik dari full gomen hospital cam serdang tu. Reasonnya is Hukm is semi gomen. Dan since ianya semi gomen, kne la ader buku merah ni dik oit.
Ape2,pon ateh berjaya bukak buku merah kat Klinik Kesihatan Kajang nun. Untuk pengetahuan, klinik ibu dan anak adalah pada hari senin dan selasa sahaja. Klu mau bukak buku merah, kne amek nomber pada dua sesi, 7.30 pg n 1.30 ptg. Alhamdulillah, ateh dok tunggu depan kaunter nomber giliran tu sblm 1.30 lagi. Ateh orang ke 2 nak bukak buku. Bezanya?? Yang ketiga buka buku tu, kul 3.40 ptg baru dipanggil nombernya. Time tu, ateh da nak abes dah urusan.
So, next checkup is on 2/6/2014.2pm
Amek half day je la. Malas la nak masok opis balik. Uahaha.
Owh, merasa la ateh nnti test minom air gula gomen...al maklum daddy ateh tu diabetik patient kan. Naseb darah tinggi xdop test2 kan??
Baby is healthy berdasarkan pembentukan tulangnya yang sesuai dengan bilangan hari. Turn out this one is very active. Ateh ingat lagi, first time scan at 8 weeks, goyang kaki tangan kat skrin scan machine tu bukan main lagi. At 11 weeks, pon sama. Kakaknya, everytime scan pon dok diam2 sorok muka. Shy girl..hehe.. So adik dia skang dah 13 weeks, saiznya memang jelas. Nampak kepala,tangan n tulang kaki. :)
Emm just a gut guess - ah boy kowt.
Senyum simpul abang hasben. Ada geng main bola n wrestling pasni.
Orait. That' s d update. Please pray for ateh :)
P/s: kak yan dan bersalin malam semalam. Baby boy. Tahniah :)
Dah.

Thursday, March 20, 2014

Our australian adventure - day 1

Ibalik je dari kerja xsempat nak mandi da terkocoh2 nak pigi baiki stroller, baru beli. Haha .macam biasa la. Mestilah kecoh. Ni pon xkecoh sgt sb anak2 mak yg pegi dua2 teruna. Kalau belah ateh, hah siaplah kecohnya yang tak habis2. Al maklum anak dara mama 4 orang semuanya.
Selesai isu stroller dan pertukaran wang asing, ateh balik ngan hasben membawa burger. Nak masak kang xsempat. Terus berkejar ke bilik air mandikan sikecik. Ummi dia pon skali la tunggang terbalik mandi. Dah siap si budak kecik tu pakai baju, terkejar2 plak nak makan. Yang peliknya,si kecik ni tau2 je org nak cepat, ateh tengok dia lengah bukan main...bak kata mama suka lolehloleh...eh macam ummi dia jah suka lolehloleh...hahaha
Apepon smpai la kami kat airport. Ateh punya duit tukar 100 aud tertinggal kat umah.tahniah la. Yang adik pulak dompet tertinggal kat rumah. Dia lagi la stress sb semua booking pakai kedit kad dia. Sabo je la. Ateh yang tak tau nak tolong cane buat muka tak tau je la smbil jaga azzahra yang dari tadi berjalaaaaaaaaaaaaaaaan je berpusing2 kat airport ni. Dah la jalan sambil tolak stroller.poning ateh..
Penat kaki.
Dah smpai waktu berlepas, geraklah menuju gate. Igtkan dekat tmpat parking kapal trobang tuh,skali nya humang aihh jauh bebenor. Dah la tadi 4 tempat checkup sume nak tgk passport. Macam2.. Nak naik kapal pon kne tunjuk passport jugak.apadaa.
Azzahra?
Semangat bukan main lagi tgk kapal2 terbang tu semua. Oh lupa ateh nak gitau yang ateh naik air asia. Lepas ni nak g mana2 tmpat jauh tobat dah xnak naik AA.
Dah naik kapal tuh, pas tidokan azzahra igtkan bolehlah nak lelapkan mata barang sedetik dua. Maklum la, tiket tengah malam kot. Besok da nak jalan2.
Tapi...berangan je la.
Dengan announcement. Dengan anak org lain main dan nangis jerit2. Ateh sendri pon rase nak nanges.
Cuba tido bila tenang xterlelap plop. Cuba terlelap time tak tenang azzahra plak nanges.
Nasiblah ateh oiii
Bawak beby kecik mmg la.
Sabar je la.
Sabar punya sabar, patot kapal trobang ni sampai ko 4.30, kol 6 baru mendaratnye. Yang kuang ajonye kul 4.30 dah kujut org kekunun nak mendarat . Semua kne pakai tali pinggang keselamatan tu la. Alih2 anak aku pom bangun skali. Tahniah la..
Bangun siap pegi kat tingkap kapal trobang lagi dan cakap.
"uuuuuu...pretty!"
Dah nak buat ape?
Gelak je la kut tgk telatah budak kicik ni. Geget kang.
Turun kapal kat kastam semua alhamdulillah. Cumanya ateh x cukup bateri dah kejar azzahra yang duk ke sana ke mari. Suh tido takmo. Sementara org lain nak setelkan sewa keta dsb. Tinggal ateh je yang tgkkan azzahra. Sabar je la. Paksa jugak dia tido, last2 ateh yg tido...kahkahkah.
Ateh cuma sempat tgk abiy dia amek n bawak dia jalan kat luar airport. Xpanas ke kat luar? Bukan 35Degree celcius ke??ateh bangun tgk2 urusan da selesai. Keluar bangunan da bersedia nak merentasi cuaca panas dering.. Tup tup
Sejukkkkkkk
Berangin cam cameron
Matahari dia xbole blah terik .tp sejuk la.

Dapat kereta, belom pon start enjin kete azzahra da pengsan. Tido mati. Xleh bukak mata...
Ummi dia? Sama sahaja.

3 jam perjalanan ke Albany.

Sampai lebih kurang pukul 5.30 ptg. Rehat2 hantar beg kejap, gerak ke pantai Albany. Sujukkkkkkkkk.
Tak bleh nak bayang camne omputeh buleh berendam pakai bikini je dlm cuaca begini.

Angin bukan main lajuuuuu lagi..nak terbang rasenye . Tapi permandangannya, subhanallah..cantik sgt...

Dah maghrib, pegi pasar beli yang patot.
Alhamdulillah dpt ayam halal kat kmart.
Besok- menu is ayam bakar coz tempat ni ada oven..hoyeahh

Malam ni makan ikan dan kentang( baca: fish n chips)

Ok. Time to sleep. Azzahra? Biasalah kne pujuk baru nak tido..sabar je la.

Done

Tuesday, February 18, 2014

Untukmu yang tak dapat ku dakap

Takkan terbayang olehmu
Akan rinduku
Yang membuah dan ranum
Di taman hati
Meski dirimu tak terlihat
Meski hadirmu cuma sesaat
Meski kau jauh dariku
Cinta ini masih ku dakap

Sayang
Yang tak terungkap
Pada jasad yang tiada
Pada lahiriah yang tak tersentuh
Pada jiwa sucimu
Terasa kau masih ada
Menantiku

Sayangku
Ingin ku kucup wajahmu
Ingin ku dakap dirimu
Penuh manja membelaimu
Sebagainya harusku
Sebagai seorang ibu

Anakku sayang...
Ummi rindu....

Sunday, February 2, 2014

Azzahra bertatih

Azzahra' da bertatih. Thanks for d help from abiy n aflah. Another milesote reach. Gambaq sume gegaq. haha