Pageviews past week

Wednesday, July 16, 2014

Breastpump oh breastpump

USalam.
Ni sbnrnyer entry mengimbau kenangan lama. Waktu tak tau nak pilih breastpump ape. Time preggy, ateh igt pakai manual breastpump yg harga rm60-70 dah memadai kut. Kut2 keluar banyak susu baru hapgred ke yg mahal sikit. Itulah yg ateh fikirkan. Jadi, time ateh dah preggy 8 months mcm tu terus la purchase manual breastpump yg harganya less than rm100.
Nak dijadikan cerita, selepas ateh lahirkan azzahra' ateh try blajar bagi susu badan pada azzahra'. Tapi, tanpa dipinta, setelah masuk hari kedua, azzahra' blm lagi pandai breastfeed. Ateh pun disebabkan dah mula sakit bengkak susu, bukak la kit manual pump dan start mengepam. Namun, setitik dua shj yg keluar. Sakitnya bukan main. Rasa macam nak demam pon ade. Esoknya pagi terai lagi pam tapi tiada hasil dan pam pon patah. Huwaaaas~ ateh nanges. Sakitnya macam nak meletop2 dah breast ateh. Nak minta hasben belikan breastpump baru, minggu depan baru dia balik. Nak minta abah, abah xsihat. Terpaksa la mintak adik yg patah bahu tu drivekan ke sana. Pahtu ateh la yg turun beli sendrik. Straight ke rak , cari yg less than rm500. Nah itu dia, hanya tinggal satu. Automatic breastpump jenama Little Bean. Balik aje rumah, tanpa dpt ditunggu lagi ateh terus assemble dan mengepam...hah kau dapat 5 oz terus. Padanlah sakit sangat...tu pun x kosongkan breast. Lega bila susu dah keluar. Terus tido. Hehe
Dan besoknya.
BENTAN
so kesimpulannya dan pengajarannya.
1.Emm klu rasa bila beli manual tu , hagak2 ada ruang vakum terbentuk di antara pengepam dan breast- ok je nak pakai manual...tp klu breast yg comel2 ni ateh rekomen pakai breast pump auto. Klu hasben xkasik, beli je guna duit sendrik. Sebab yg menahan sakit itu anda sendiri.
2. Sila beli awal2 sb xperlu susahkn org nk bwk mak berpntang ni g kedai dan susahkn diri sendiri dkemudian hari.
3. Simpan duit extra RM 500 , selepas byr kos bersalin n etc etc...
Note: ateh teringin nak beli pump medela freestyle..hehe
Dah

Thursday, July 3, 2014

Appointment ayaq Gula

Hari Jumaat 8.30pg 20hb June 2014


Salam semua...

Begitulah tarikh dan masa appointment untuk buat test ayaq gula tersebut.
Info : kat Klinik Kesihatan Kajang , hari jumaat adalah hari Blood test utk ibu2 mengandung. Sekian.

Tersebutlah kisah sang suami tak dapat la nak menemani si isteri yang dah boleh hagak akan koya2 bila buat test air gula (sb pregnant first pon kene jugak - err and every pregnancy ahead- since ayah ateh ni penghidap diabetes).
Sedih. huwaaaaa~
tapi tak sanggup nak mintak encek hasben tinggalkan keje pagi beliau selaku seorang guru berdedikasi hari itu. Dan nampak gaya encek hasben pon tak sanggup meninggalkan dedikasi beliau terhadap sekolah hari itu. So, redha aje la..
Entah macam mana cerita la kat opismet yang ateh bawak waktu appointment no 2 tu yang ateh akan pigi sorang2 aja ke klinik. Takdak cerita laen hokehhh cuma ayat penyata je "Ateh sorang je esok pigi Kilinik huuu~" <--sambil buat muncung itik.. o_0 what???

Okeh.

Tetiba beliau dengan tenang volunteer nak antar ateh pigi klinik. Ateh pon habaq la, appointment pagi, nak gerak lam kul 7.30pg- camna hang nak antaq?
Nota : Beliau duk kat Seri Putra and ateh duk Kajang.
Beliau bole jawab selamba "Alah, nnti ai gerak la dlm kul 6.30pg"
Y_Y terharu~
"Butul ka ni? tak susahkan hang ka?"
"Ateh tunggu je kat rumah, 7.30 pg ai tunggu depan rumah"
o_0 .. *hokeh nada n ayat tu ateh tipu, sila amek isinya sahaja.

So hari tersebut, ngam2 kul 7.30pg beliau dah tunggu depan pintu pagar rumah. Siap call ateh lagi kata bila da ready bole kuar. Terharu amatlah dapat kawan camni ^_^ so sweet~ dan rasa disayangi. muahahaha

Seterusnya.

Sampai2, cam besa amek no.giliran, letak buku kat bakul. Dapat dua balang kosong utk darah. Tunggu nombor kat bilik darah (Bilik 31). Tunggu punya tunggu, dapat giliran, nurse amek sebalang darah. Then soh pigi bilik no 19 (Bilik minum ayaq gula). Ateh sempat sesat cari bilik no 19..hahaha sebabnya pintunya terbuka jadik tak nampak ader tulis no bilik + bilik tu cam bilik setor.. ateh ingat tempat letak brang hahaha

Duduk kejap tunggu nurse bancuh air gula. Minum suam2 gitu - 3 kali teguk dan terus hipnosis diri sendiri kekunun minum milo atau hot chocolate sahaja rasanya. <--yang mana tidak menjadi
So, tahanlah rasa mual nak muntah sebab badan takleh nak menerima keanisan melampau selepas berpuasa dari pukul seploh malam semalam. Ni nak menahan 2 jam lagi ni. Ateh kira2 dalam kul 11 la kut, bole pigi amek darah n muntah. Sesambil tunggu tu, lepak la dengan opismet ni tgk muvi kat tepon. Naseb tepon da canggih, klu tak alamat tgk mesej2 lama je la kut 2 jam.
Nota : tak boleh balik rumah ye kawan2
Tup2 kul 10.30 pg nurse da start panggil nomber2 mereka yang test gula, Nombor ateh dalam kul 10.45 pg camtu .. Alhamdulillah :) dah selesai. Jumpa nurse nak ambek buku balik, nampak akak yang giliran sebelum ateh tu mintak time slip. Owwwwwwhhhh rupanya buleh mintak time slip ngan nurse.. Rugi jah mintak half day kat HR opis untuk g appointment. kekeke
dan Nurse tu pun tak kedekut la bagi time slip untuk half day walaupon ada sejam lagi baru kira hlf day kan?

Selesai semua itu, terus pigi makan . Haha asalnya nak muntah , mual la , loya la...tetiba si kecik dalam perut dah meronta2 dah mintak makan... So, gagahkan diri la telan segala nasi n lauk tu. Kira tawakal je la klu muntah pon balik kang. Alhamdulillah tak muntah balik, cuma koya la sampai petang..huhu terus mintak EL half day.

Dah.