Pageviews past week

Sunday, June 16, 2019

Like falling

"abah dah takde"

Aku baca wassap Angah dengan debaran di dada. Suara suami ku tenggelam dalam kesunyian yang memerangkap kepala. Duniaku gelap. Senyuman ku ukir terus padam. Tangan ku bergetar menekan nama angah di telefon.
Ku harap ianya sebuah gurauan kasar. Bayangan abah bersweater putih di cameron highland semalam terlayar. Raut wajah abah serius. Tak seperti selalu. Suara abah tidak kedengaran.
"Hello angah. Abah kenapa?"
"Abah dah takde. Ni abah dah terbaring, ak tak tahu nak call sape..."
Suara angah bergetar. Telinga aku cuma menangkap hingga ke ayat itu. Selainnya tiada satu pun masuk ke kepala. Aku rasa sesal. Aku sudah ada gerak hati. Tapi.....

Kenapa? Kenapa ak terus balik tidak singgah di hospital cameron highlands? Kenapa hari itu hujan? Kenapa ak tak sedar abah dah tak larat bersuara pun. Kenapa ak tak perasan abah tak berseloroh seperti selalu? Kenapa hari ini? Kenapa ketika aku di kejauhan?
Air mataku gugur.
"kenapa sayang?"
Suamiku bertanya.
"abah dah takde abang..."
Semacam ayat drama. Tapi sedihnya ini realiti pahit yang harus aku telan. Sememangnya abah dah pergi hari ini. Di kala anaknya ini tak sempat bersalam dengannya, di ketika cucunya tak sempat berpelukan dengannya, di saat menantu manjanya tak sempat mengurutnya seperti selalu selalu.
"abang... Kalau kte tahu... Kte tak terus balik semalam.... Kte patut singgah hospital."
Ak menangis lagi.
Suamiku memelukku erat2. Selepasnya kami membungkus semua baju2 dan bergerak ke rumah mak. Kemudian berkonvoi ke kuantan.
Sepanjang perjalanan 4 jam itu, abah diuruskan, dimandikan, dikafankan, dan kemudian dikebumikan. Aku sampai tatkala segalanya telah selesai. Segalanya. Yang ada cuma sebuah kubur tanpa tanda.
Yassin kubaca. Airmata kering. Tak mahu mengalir. Anak-anak ku pandangbpolos. Tidak mengerti apa-apa. Yang di dalam rahimku... Lagilah tak tahu langsung tentang atuknya. Mukanya, suaranya, lawak2nya, teka tekinya....

Ya Allah, ampunilah dosa abahku. Lapangkan dan terangkanlah kuburnya. Kasihanilah dia sebagaimana dia telah mengasihani aku ketika kecil. Jasanya membesarkanku tak dapat aku balas. Hanya doa yang dapat aku kirim. Moga engkau yang Maha Menyayangi hamba hambanya mengira doaku ini sebagai doa anak yang soleh untul ibu bapanya. Walau sesungguhnya aku tahu, aku banyak berdosa. Perkenankanlah ya Allah. Amin.