Pageviews past week

Friday, April 17, 2015

Kerja ateh ialah programmer?

Salam,

Pejam celik, ateh dah nak masuk 5 tahun kerja kat kompeni ateh sekarang. Begitu banyak.perubahan dalaman yang terjadi. Penyelarasan pekerja juga banyak terjadi. Ateh jadi saksi pada kebanyakan pekerja kompeni ni yang berhenti.
Ateh tak pernah rasa ateh layak jadi programmer. Kalau orang tanya language ape yang ateh tau. Ateh xbuleh nak jawab sb ateh rasa language yg ateh tau sume taraf beginner. Java, c#, vb.net, vba...program interface system pon memang taraf beginner shj. Belum lagi pasal database, pasal network, pasal web ,pasal server, pasal benda2 yang suka kaitkan dengan programmer. Ateh rasa macam ZERO knowledge. Ateh cuma belajar dari apa yang silap. Apa yang ateh hands on dan try n error.
Jadi?
Jadi, kerana itu, ateh selalu berkira kira nak apply kerja di tempat lain. Takut pada upaya diri. Takut tempat kerja baru tiada lagi peluang try n error itu. Lagi pula, ateh punya background bukanlah dari bidang komputer sains atau IT. Degree ateh mmg ada perkataan "komputer" tp bukanlah mesin itu yg dirujuk.
Setakat ini, kerja ateh di kompeni sekarang memang ateh boleh handle. Dari server,installation, network,development,troubleshoting, hingga ke customer service, semuanya ateh buat. Tapi, sekarang ateh dah tawar hati. Ateh banyak kerah tenaga ateh untuk show ateh boleh buat desprite lacking in knowledge. Ateh cabar diri untuk cuba buat jugak dan gali cara nak buat apa yang diminta pihak pengurus projek. Ateh sanggup tido dua tiga pagi semata nak mereka lihat kualiti produk yang ateh hasilkan. Sampaikan ateh dah mula sakit bersalin, bukaan dah 4 cm, msh berkira kira nak pergi hospital ke nak siapkan kerja yang tertangguh. Tetapi, usaha ateh tu macam angin lalu sahaja. Kebanyakkan hasil kerja ateh, ketika review process oleh pihak pengurus projek, diminta tukar semula. Bila diminta input atau bahagian apa nak ditukar, disuruh fikir sendiri. Pada masa nak sama, sibuk mahu keluarkan tutorial dan demo untuk menambat hati bakal pembeli. Di mana logiknya? Barang direjek, tapi minta dibungkus cantik lalu dihantar pada pembeli, dengab mengharap magis berlaku, lalu bertukar secara automatik barang itu kepada apa yang direvise?
Ingat yang dijual itu pil suka hati dari poket doraemon barangkali.
Pastilah sepatutnya ada buffer, selepas review process utk ateh tukar dahulu mengikut komen pengurus projek, lalu di lihat semula. Tapi tidak.
Ateh tawar hati apabila barang rejek smpai kepada pembeli, ateh yang kena bambu. Org lain tersengih2.
Ateh tawar hati bila sales tak mahu tahu langsung tentang produk dengan alasan tidak faham. Lalu ketika demo meeting, gadis penjual ini boleh pula bersilang kaki sambil memegang telefon, berwasap dengan kawan. Bila ateh dibambu dia tak ada rasa nak tolong support langsung
Ateh tawar hati, bila bos sendiri tak syg perniagaannya. Macam ateh jual kain, ateh sayang tgk kain tak terjual, ateh sendiri la wasap org,kawan,sape2 yang mungkin berminat walaupun boleh je ateh bg pada sesiapa suh tolong jual kemudian goyang kaki. Tunggu sahaja kain tu terjual.
Ateh tawar hati bila orang luar yang tak kenal ateh, tiba tiba anggap ateh ni goyang kaki aje kat opis. Siap tanya dengan nada sinis "u buat apa sebenarnya? Betul ke u programmer?"

Cukuplah. Ateh hargai pengalaman dan ilmu percuma yg diberi. Ruang dan peluang yg terbentang luas. Tapi ateh bukan lagi bujang. Ateh ada banyak tanggungjawab. Ateh ada anak-anak dan ibu ayah, dan adik-adik.
Sampai bila ateh nak begini, mendatar tanpa kemajuan.
Rugilah ateh. Ateh dah tua. Takkan sampai umur ateh pencen masih di sini dan masih begini.
Kompeni itu bukan kompeni ateh, bila kompeni untung berjuta sekalipun, ateh cuma dapat gaji kuli itu. Dan ateh pasti, tatkala kompeni untung berjuta, ada ramai lagi org hebat yang boleh gantikan tempat ateh yg ZERO ni.
Moral.
Ateh tawar hati. Ateh nak berhenti kerja. Ada sesiapa ke nak offer kerja area kuantan atau bangi? Jahit hidung bear pun boleh...hahahaha

Dah

Adik cucuk 5 n 6 bulan

Salam..

Seperti mana dlm entry sblm ni, asiyah kena gi cucuk 5 bln. Memang dah aim awal dah nak cucuk kat Hospital Az-Zahra. So, lepas proposal diluluskan menteri kewangan, berangkatlah kami ke sana. Alhamdulillah dpt jumpa Dr.Nazim. Sekejapan sahaja menunggu.
Lepas cucuk, Dr.Nazim ada bg konsultasi tentang makanan pertama Asiyah. Katanya disebabkan Asiyah ni ada eczema, kemungkinan dia ada alahan makanan. So minggu pertama 6 bln, dia suggest bg bubur nasi sahaja. Diikuti. Bubur nasi dan sayur. Lepas 8 bln, baru inteoduce ikan, daging or ayam. Ikan pulak kena berhati2. Cari ikan segar. Elakkan ikan awet/dikeringkan cam ikan bilis. Tapi klu ikan cam salmon walaupun  yg dah sejuk beku, bagus utk beby.
Baik, so kami dikenakan la cas konsultasi. Hahahaa Rm50 sahaja berbanding Rm 80 untuk konsultasi Dr.Meena kat KPJ. :)
GST RM3. Kesemuanya RM220.80
So, next cucuk Asiyah ialah pada umur setahun . Melainkan ada bajet untuk pneumococcal la. Untuk adik,ummidan abiy xjmpa bajet lg.. :(
Sb harga satu dos Rm240. Cmpur konsultasi dan gst mmg Rm300 la kne cari... demimu sayangku.
Balik tu, Asiyah demam sikit. Ummi plak ada keja part time nak disiapkan. Yang itu ateh buh kat entry lain okeh.

Dah

Adik dah pandai golek2

Salam.

Adik asiyah dah pandai golek2 dah..at 4 months old. Hihihi.
Lebih kurang kut ngan kakak. Tapi dia ni kan, klu di baringkan, alamat tak sampai 5 menet terus nanges. Klu berdukung, ke mana2 pon ok je.
Aritu cucuk 3 bulan dia ada kesan kat kaki. Mcm kesan bengkak. Dua kali la pegi Klinik As Salam tu. So, dpt la referal letter suh g  scan kat spital. Takut ada lg vaksin yg tersekat kat lemak kaki. So, pegi la ateh ke pusat rawatan azzahrah
Jumpa ngan Dr. Nazim. Doktor yg check asiyah waktu lepas lahir aritu. Dia bg gel herba la sapu kat bengkak tu. Katanya xnmpak cam infeksi, sb xmerah. Time Dr tekan2 bengkak tu, asiyah boleh tersengeh lagi.hahahaha.
So, kemungkinan jarum tu tak ckp panjang. :) ni mengikut penjelasan doktor nazim, baby yg bam vam mcm asiyah perlu guna jarum panjang. Method suntikan, vaksin perlu sampai ke main otot, bkn salur darah. Otot baby bam bam, agak jauh ke dlm, sb tu perlu jarum panjang.
Berat dia sekarang 7.2 kg. Huhuhu.
Apepun. Alhamdulillah. ;)lega rasa.
Next Dokter suggest cucuk kat azzahra je. Cucuk 5+6 bulan sekali. Rm 220.80 termasuk cas konsultasi dan gst. Klu cucuk pneumococcal, Rm240 sekali cucuk. Maybe 3 dos la kut.
Kne simpan duit ni. :)

Dah