Pageviews past week

Thursday, June 30, 2016

Muntah darahh?

Note: An outdated draft. Written at 3 months pregnancy

Salam.

Alhamdulillah. Sudah 25 Ramadhan. Tinggal 5 hari je lagi nak Raya. Hoyeahhh.

Macam mana nak mula ye? Ok, camni la...

Setiap pregnancy ada cabarannya. Walaupun ateh membayangkan ateh dapat puasa penuh tahun ni memandangkan pregnant, tapi siapa duga hampir separuh bulan Ramadhan ateh tak berpuasa.

Al kisahnya bermula sebelum Ramadhan singgah. Ateh sering rasa sakit perut. Walaupun dah makan, selang setengah jam kemudian ateh akan rasa sangat sangat lapar. Sangat lapar smpai rasa perut perittt semacam.
Masuk 1 Ramadhan, ateh semangatlah puasa. Petang nk dekat berbuka, ateh mula rasa kembang tekak. Tp ateh suspek angin je la. Esoknya, dari pagi sampai petang muntah. Tp muntah yg keluar isi perut. Tengahari tu ateh rasa perittt sangat perut, lalu muntah kat toilet. Tengah syokk muntah, ateh pasan muntah ateh ada kesan darah.
Ateh fikir mungkin sebab tekak luka kerana kekurangan air.
Tapi makin lama makin teruk. Sampai rasa longlai dan tak lalu makan. Kawan2 opis pun perasan muka pucat (note: ateh jarang muka pucat...like really really rare!)
so, disebabkan rasa cam semacam, pergi la lwat Klinik kat area opis tu.

Rupanya kena gastrik...miahahha
Tak pernah2 lagi kena gastrik time puasa, merasalah ateh sakitnya mcm mana. Pedih woooo. Sakitnya tuh di sini di dlm hatikuu.

Dpt la ubat gastrik n ubat tahan sakit. Pastu bila da reda sikit, menggatallah puasa semula. Yelah, bila lagi nk dpt puasa penoh kan. Last2 dpt posa sehari je sb sakit. So, kena la tinggal posa. Haduii
Segan sgt sb kawan2 non-muslim pelik awat aku syok bersarapan n berlunch kat pantry...di bulan puasa. :(

Takpelah. Ni pun kira rezeki ibu mengandung kan. Kemudahan utk ibu2 mengandung. :)

Dah

Monday, May 9, 2016

Pregnant againnnn

Salam.

A new pregnancy journey ahead.

At 5 weeks.

At new workplace.

Don't know what to expect. But this pregnancy needs a very lot of financial planning.

ALLAH JUA MAHA MEMBERI dan MAHA PENYAYANG.

hmm dah taip panjang2...pastu tak save...

Sobs sobs

Ok. Bismillah.
Straight to the point.
Perbezaan buka buku merah thn 2014 n 2016.
1)Lepas ambil nombor giliran, mintak buku merah di kaunter 24, isi maklumat, serah semula buku merah, tunggu no giliran dipanggil utk timbang berat dan ambil blood pressure. 2014, ada temuramah dulu pasal sejarah kesihatan keluarga dan sejarah kemengadungan. Gahhaha. Then nurse tulis segala hikayat tersebut dalam buku merah, then baru no. Giliran dipanggil utk tmbang berat dan blood pressure.
2) Lepas kaunter 24, nurse akan soh pi bilik 31 utk ujian darah. Sila buh buku merah dalam bakul. Thn 2014, ambil darah budak (paedatrik) n ibu mengandung bilik yg sama. Tapi kali ni dia bukak bilik 30 utk paed. So yg bilik 31 tu untuk ibu2 mengandung. But, disebabkan polisi personal care, 1 nurse 1 patient. So lama la jugak menunggu giliran. Tapi kebaikkannya ialah sempatlah nak borak2 riang dengan nurse pasal tujuan pengambilan darah, keputusan HIV test dsb. Juga sempat la nurse mengambil nafas dan masa untuk menjawab soalan2 anda berkaitan proses pengambilan darah. Klu anda berminatlah. Dulu, masuk je bilik tu, zup zap trs ambil darah, dan disuruh keluar hantar darah ke makmal. Memang berdesup. 3-5 minit setel kat bilik tu. Hahahha.
3)ada bilik khas utk ibu2 masuk dan laporan tak lagi ditulis tangan. Ianya di print. Hahha. Nurse taip segala macam history anda...then dia print..then tampal kat buku merah.
4) kena masuk bilik dokter utk yang buka buku kali pertama kan kawan kawan? Baguss . Ingat tak mesin scan yang gelap2 malap je 2014 dulu. Pastu nak tgk baby scan, doktor kena tangkap gambar guna smart phone, xbleh print. Berseronoklah anda...kali ni anda bole tgk dengan jelas baby dlm scan itu..sebab mesin scan tu dah berganti yang baru hahahhaha. siap ada mounted monitor kat dinding so takyah dah bangun duduk utk tgk baby kat skrin. Yeayyy.. dan yang paling besttt, baby scan tu doktor print tampal kat buku merah. Bole la bawak balik tunjuk kat hasben the coming soon baby. Hoyeyyy.
4) dokter yang akan isi bahagian history of kemengandungan anda. Yg kat page 1 buku merah tu. So klu pernah gugur, atau anda ramai dah anak smpai tak igt berat dorang lahir berapa kg, disarankan anda bawaklah buku merah last pregnancy sbg rujukan. Tgk sticker yg anda dapat. Rajin2 kan diri tanya dokter kenapa anda dapat warna sticker itu. Macam ateh, memula dapat sticker putih ..tapi kena tukar ke sticker hijau. Puncanya ateh pregnant before current baby become 2 years old. So ada risiko. Sticker putih maksudnya tiada apa-apa risiko.

Ok itulah ringkasannya..fuhhhh berpeluh tunggu siap buku.

InsyaAllah next visit 8hb June. Hari ketiga puasa. :)

Banje gambar satuuwwww

Dah.