Pageviews past week

Tuesday, June 16, 2015

Kegatalan tapak tangan


Salam.

Asal ceritanya ateh terseliuh kaki dua minggu lepas lepas terlanggar ujung katil. Dapatlah MC dua hari...
Pastu bangun pagi khamis tu rasa kegatalan yang amat lat tapak tangan. Gatal yg lain macam. Rupanya tumbuh blister. Huhuhu..alergik apakah ini.
Disebabkan dah ada MC so veranganlah nak MC lg hari jumaat. So tunggu la sampai jumaat baru pigi klinik. Hari jumaat tu tapak tangan n tapak kaki je yg ada blister tu. Tapi memangxtahan la...bengkak, merenyam sumerr ada.
Doktor klinik bg ubat makan jah. Sekali sehari tp klu blister tu mula naik ke badan dia suh dtg semula. Petang sikit, dah start naik ke leher. Huhuhu...makin merenyam.
Hasben ateh suh pi jab.
So, pegilah lagi skali klinik, mintak jab. Dapatlah jab tp doktor kata klu jab ni tak jadi, kena g hospital terus.
Malam tu tgk cam xder efek langsung pun jab. Makan dah xleh sb nak pegang sudu pon xdapat. Dukung anak pon xleh. Apatah lagi nak mandikan, nak siapkan.
So, malam lepas berbuka pergilah ke hospital. Mmg ada sedikit rasa sedih sb tadi hasben xtolong pun racikkan daging ke, ikan ke, ayam ke, memang makan nasi ngan kuah je...huuu.. perut lapar..pastu kena marah plak sebab g hospital azzahra' kne tunggu lama n adik plak beyak. Pastu patah balik rumah dua tiga kali. Pastu singgah kpj, tapi rupanya kpj pon beratur panjang. Pastu kne g smula hospital azzahra menunggu.Huhuhu
Apepun, doktor hospital azzahra bg jab. So dua kali dah la jab ni. Tapi xsurut. Doktor pon bagi antibiotik utk 5 hari. Ubat sapu steroid.
Alhamdulillah lepas makan antibiotik tu ada la nmpak perubahan. Makin kurang bengkak, tapi makin merenyam pulak gatalnya. Lepas ari ke lima, memang bengkak balik. Jadi, pergi pulak kpj kajang. Rupanya kpj kajang xder pakar kulit.hohoho. so jumpa physicist je la. Dok berceritalah kat dia guana bole sampai nak jumpa dia etc etc.
So, dia bg dua jenis ubat gatal. Kmn04, dan ubat sapu steroid jugak. Untuk 5 hari makan. Alhamdulillah lepas 5 hari, bengkak surut, gatal pun kurang. Tapi pedih la plak. Tapak tangan yg surut bengkak tetiba jadi kering dan mengeras. Nak drive mmg tak selesa gila. So pegi pulak klinik mintal pandangan lagi. Dan minta mc jugak. Doktor bagi krim sapu LG. Memang lega, tapi bau dia...uuuuuuu busuk gila. Baunya macam ubat sapu yg KK bagi untuk kudis. Hahaha ateh kan budak berkudis jadi memang selalu la kena sapu.
Menyengat.
Disebabkan krim sapu tu dh abes, ateh g farmasi plak cari krim ellgy yg lain. Huhu mahal. Tapi berkesan. Baru pakai 2 hari, dah nmpak bahagian keras tu mula menggelupas dan bersalin kulit baru. Tapi masalahnya bila tak sapu krim tu, kawasan menggelupas tu jadi keras. Nak pakai baju pon dok tersangkut2 sebab tapak tangak cam kertas pasir. Nak pakar pelembab muka pon sakit..hahaha
So, g la pulak cari sarung tangan. Satu Ramadhan hari tu sampai la sekaranv ateh bersarung tangan. Hari2 org opis tanya awat pakai glove.
Klu sorang tanya, semangat la nak cerita. Lepas org ke 4 tanya dah malas dah nak cakap. Kering tekak nak cerita sinopsis.
Hahaha
Apa pun. Alhamdulillah dah xgatal dan xbengkak. Susah hati la bila nampak org tersayang rasa terbeban dengan kita. Tetiba rasa cam hubungan kita tergoyah sedikit gitu. Hahaha
Menggelupas ke, pedih ke...tu bukan alasan ye..
Masak tetap masak. Biar tangan ni nanti jadi saksi kat akhirat, ateh memasak untuk org2 yg berpuasa kat rumah.

Dah.
Sekian.