Pageviews past week

Thursday, October 20, 2011

Antara Bangi dan Kelana Jaya

Hari exam tiba. Hari ini harinya[padahal minggu lepas punye cerita]. Menghadap buku buat kali keberapa entah. Mengharap kalau2 yang kali ini menyerap terus ke otak. Al maklum, bila bab nak faham text atau teori, aku ni lambat sikit. Dari zaman kanak-kanak riang lagi macam tu. Exam pukul 3. Jadi berkira-kira bertolak dari ofis dalam pukul 12.30 atau pukul satu, mmg sempat la…

So, dipendekkan cerita-sampai je kat stesen serdang terus bergegas beli tiket.

Dalam ati kata “tak ramai orang kot..kan orang2 laki pi smayang jumaat…”

Lega la sikit. Tengok masa tren dijangka tiba ; 1.30 petang. Emm lambat lagi tu. Buku rujukan dibuka. Beberapa muka surat aku baca ala kadar. Setakat nak ingat balik ape yang aku balajar kat training aritu.

“Tren ke Rawang telah mengalami kelewatan….”



Adeehhh~ musnah impian nak sampai awal. Grrr~ takpolah, bukan jauh beza pun , lewat 15 menet je..takpe…. Skali 15 menet kemudian, makin ramai plak manusio yang datang ke platform menuju ke kl sentral ni.

Tarik nafas. Hembus.

“Ok. Think Positive!”

At least ada masa nak baca buku kan ?

Takpe, teruskan pembacaan anda dalam keadaan berdiri sambil bersandar di tiang platform…hahaha
 
Ramai tak? HAHAHA





15 menet kemudian, tren sampai. Tapi jangan haraplah dapat nak sumbat diri sendiri kat dalam sebab tren yang sampai kat platform tu da pun macam sardin da…Terpaksa mengundur diri dari dipenyek mereka2 dalam tren ni. Lagipun seploh menet pastu ader tren lain yang tak berapa nak sardin la. Bole la lagi nak gerak2 bila naik tu. So sempat la snap gambar, walaupon gegaq2…hahaha.[padahal fenomena biasa jer pun, tu pun aku nak kecoh2 kan?]


Manusia kat kl sentral yang tengah nak beli tiket LRT

Then , sampai kat KL Sentral da berlari2 da coz da pukul 2.30 kot. Matik aku camneh, da la blom solat lagi. Tgk kat kaunter tiket, aiyakkk~ ramai plop orang beratur. Terpaksa la amek masa dalam seploh menet nak dapatkan tiket.

Bye2 LRT.

Then, berdosup ke platform. Tgk tren LRT da pun jalan. Bye2 tren. Kat sini tak kisah sangat terlepas tren, coz mesti lalu punya setiap 3 menet.Tapi....panas berdering. Naseb je ader kipas kat blakang aku.

Kipas yang banyak berjasa...
Emm…dalam lebih2 kurang 2.45 petang camtu, sampai la ke stesen taman jaya. Waktu ni mmg da bebel2 sorang2 sambil berlari2 anak. Geram sebab tiap kali nak datang sini kene berkejaran. Kene berpeluh2 dulu baru sampai. Tak ayu la ai nnti [sila muntah sekarang.]

Ni rupa building tempat exam...

Setelah berpenat lelah, menempuh onak ranjau segala. Masuk exam room lebih dari pukul 3…Alhamdulillah, Berjaya sampai…



Err balik lagi satu hal… lapar punye pasal beli roti sandwich telur kat kedai serbaneka. [sangat sedap-rugi tak beli banyak… ] . makan sambil berdiri tunggu tren sampai. Waktu tu, baru pasan mmg serabai gile. Berdiri sebelah aku da la awek2 cun, yang pakai baju cun. Aku da la kasut hagak tinggi,pakai stoking sukan kaler silver ader love2 merah, baju biru,tudung kuning, kat tangan pegang beg plastic oren besar…Sungguh selekeh okeh >_<



Tapi fikir balik, pedulikanlah. Bukan dia tau aku duk mana pon. Bukan ade pakwe ensem pun dalam tren ni. HAHAHA sempat lagi tu.

Sampai rumah da pukul 8. Adehh~ penat okeh…sepanjang perjalanan dalam tren tadi berdiri. Tapi hatiku gumbira coz lepas ni menempuh perjalanan balik kampong plak. Yeyey!

Esok my best friend nak tunang. Yang tu aku cerita nnti

written sincerely by,


Thursday, October 13, 2011

as much as i don't like being hurt by people....

that is how much i don't like hurting people...



AMARAN : yang keseterusnya adelah merapu- tak penting untuk dibaca
sedih

melihat dari dinding kaca
melihat semuanya
tapi kata-kata sepertinya
tersembunyi

jauh

tahu dan kenal
tapi asing yang teramat asing
hinggakan waktu perkenalan tu
tak mampu nak mengingatkan dia
tentang aku

diam

supaya dia juga diam
sakit telinga
sakit kepala
sakit hati
dengar cerita2 yang keluar dari mulut dia
supaya aku juga diam
tak bercerita
yang menyakitkan
telinga, kepala dan hati dia

bertentang mata
tapi tak bersuara
nak senyum
nak ketawa
tapi....aku...rasa tak perlu



The question is known, but the answer is not 1604

Thursday, October 6, 2011

yang hidup akan mati..yang tinggal akan pergi..

salam..

dah beberapa kurun tak menulis dalam blog disebabkan kesempitan waktu. Miskin masa terluang. huhuhu T_T saye sungguh mengesiankan.

tiga minggu ni mmg minggu yang amat amat amat meletihkan. Mengejar masa untuk Balik kampung, shopping barang kawen, outstation, presentation, kene kutuk, sakit ati, aripap sakit, aripap tenat, aripap mati, nangis berjam-jam, gado ngan mr froggy, rizal mau resign, byr bil klinik.... T_T ...saye sangat mengesiankan...

Tiga minggu ni, tiap ujung minggu rasa macam da tak larat da nk buat ape2. rasa macam hari isnin datang dgn cepat....bukan saye malas nak keje tapi...saye rase tensen ..tensen yang amat..juga rase sunyi...huuu~ T_T saye mau nangis..

jadik, ade je sejam @ dua jam terluang, terus je pi karok atau jenjalan ngan sape2 yang sudi nak bawak pi jenjalan...kang tensen ini jika disimpan, jadik mereng plop. :P senyum sorang2, ketawa sorang2, nangis sorang2...huuu~ sungguh sunyiiii~ T_T

Saye masih muda untuk memerengkan diri....

Berkaitan tajuk post kali ni = yang hidup akan mati dan yang tinggal akan pergi tu.....errr~ sbnrnye nak citer sal aripap n Mr. ex-SV ...hehehe patut tak citer kat sini :P

Okeh....tarik nafas...
YANG HIDUP AKAN MATI

Aritu waktu balik dari berbincang ngan Mr.Froggy akibat pergaduhan dan perang dingin, bukak2 je pintu si aripap terbaring tepi dindin. Murung semacam.

"aripap, awat monyok ni?"

saye tanye, sambil usap2 kepala dia. Badan dia macam kejang2 sikit. Rase risau. Dia pandang dengan mata sayu aje. Wktu tu dah rasa ade somthing tak kene. Ttbe dia mcm nak bangun, tp tak boleh. Macam sawan pun ade. Dia terkencing kat situ. Terkejut jugak sebab tadi waktu keluar elok2 dia berjalan, ngiau2 nak ikut. Alih2 balik rumah tgk dia da sakit sampai macam ni. Dalam kepala buat kesimpulan yang anak kak long dera si aripap sampai patah pinggang. Tp takpelah, tunggu esok mcmane.

Esoknye...
Aripap muka segar macam biasa tp jalan terhoyong hayang. Macam biasa dia nak ikut g anta lala n syaini ke rumah pengasuh, tp kali ni dia larat sekerat jalan aje. Kat tgh jalan dia duduk sambil ngiau2 sebab nak ikut pi anta. Saye angkat dia balik rumah, kang ditinggal kat situ takut kene langgar.

Balik dari keje, aripap terberak dalam keadaan sawan. Dia dah tak boleh jalan. So, kak long suh anta klinik. Wktu tu agak hesitate nak anta sebab mmg keadaan kewangan yang mmg tak memberangsangkan. Tp nak tak nak, takkan mahu sit and watch aje makhluk bernyawa ini mati slowly depan mata. Bukankah agak tak berperikemanusiaan tu a.k.a takde hati. Jadiknye, bawaklah dia ke klinik. Kat klinik ble doktor tanye kenapa, mmg tak bleh nak jawab la coz saye pon tak tau kenapa jadik macam tu (bukan ke doktor ke kene explain kenapa jadik macam tu..hampeh tul).. So bincang punya bincang, doktor kata deposit awal untuk wad + treatment + surgery (klu ada) = RM300. Dengan berat atinye terpksa gn dulu duit hantaran untuk payment tersebut.

Tpi..difikirkan balik, klu aripap duk umah sape mau jaga dia? sape mau suap makan kat dia?

Jadi, relakanlah duit itu...

Seminggu...Dua minggu...aripap masih macam tu. Doktor da bagi dianogsis macam2 tp kesimpulannya kaki dia tak boleh pulih mcam biasa. Tiap kali pergi melawat dia, dia akan ngiau2 dan cuba2 bangun wlaupun aku tahu dia tak mampu. Dia pandang aku, mintak mau balik rumah.(ttbe aku plop, hah lantak la) Tapi, aku cakap kat dia, kat sini ada orang jaga. Kat rumah tak selamat, aku pon sibuk sangat lately. Tapi dia masih ngiau2. Waktu tu dia pakai drip



Last time aku jumpa dia, dia dah tak pakai drip. Wktu tu rase tenang sikit. gembira sebab tak sabar mau bawak balik aripap. Tpi agak kesiankan dia sebab leher dia kene tebuk untuk amek blood sample. Tgk dia nak telan air liur pun susah. Nak ngiau apetah lagi. Dia cuma communicate dengan aku melalui mata. Sayu. Sayu yang amat. Tapi aku cakap kat dia yang tak lama lagi dia bleh balik. bole jumpa dgn karipap. Boleh jumpa dengan kalila dan syaini.

Ujung minggu ketiga..aku niat mau ponteng keje hari jumaat sebab ketensenan yang amat amat amat. Dan mencadangkan untuk balik kampung. Tapi entah kenapa aku rase tersangat sangat sangat tak sedap hati. Maca ade benda yang tak kena. Ade benda yang menahan aku dari balik kampung. Sesuatu yang menyebabkan aku tak sepatutnya balik kampung. Tapi aku tetap balik jugak. So, sepanjang kat kampung tu aku banyak menung. Cuba nak figure out hape menda yang menggangu roh aku dari rase tenang. Ape benda yang asek terpanggil-panggil nama aku. [iye, aku jenis yang akan rase tak tenang bila ade orang sebut2 nama aku kat blakang aku..so, jgn nak ngumpat2 aku yep...]

Hari ahad.
Dapat panggilan dari doktor Saudi,kata aripap da discharge coz takde ape yang boleh dibuat dah. Aku hepi, akhirnya aripap discharge. Tak sabar mau amek dia kat klinik. Hati belum tenang, aku hagak mungkin management ade diskus2 psal aku, tu yang rase debar2 semacam.

Hari Isnin.
Aku terus masuk keje coz pagi tu bertolak dari kuantan kul 6 pg. Tapi hati msih tak tenang. Aku sambung buat keje yang tetangguh plus keje2 tambahan dari URS dua kompeni. Dalam kul 12 gitu, aku dapat panggilan dari DR. Saudi. Bad News. Aripap da takde. Aku nangis depan pc. Sedih sebab tak sempat jumpa dia. Sedih sebab asyik busy sampai tak sempat nak jumpa dia. SEdih sebab aku tau dia nak balik rumah. T_T whyyyy???

amek mayat aripap kat klinik. dah siap bungkus. Bayar baki bayaran klinik = RM450. Kebumikan aripap. Malam sepi...


"Sabarlah..sekurang-kurangnya dia mati dalam jagaan yang baik. Dan lebih baik dia mati dari hidup dalam kesengsaraan mcm tu. Its better for him to leave."

Ayat nak pujuk hati yang asek hentam diri sendiri dengan kata 'tak bertanggungjawab'

Namun, aku blajar yang...
"No matter how much wealth you put as a price for Health, u'll never be able to buy it. Kesihatan itu milik Allah. Hanya DIA berhak memberi atau mengambil balik Kesihatan itu dari sesiapapun yang DIA nak. Kta cuma mampu berikhtiar dan berdoa."

Hargailah nyawa.
Hargailah kesihatan.
Hargailah kehidupan yang Allah bagi.
HArgai orang dan makhluk yang masih bernyawa di sekeliling kta.
Hargailah orang dan makhluk yang masih sihat di sekeliling kta.
Hargailah orang dan makhluk yang masih hidup di sekeliling kta.

++malam tu sempat lagi gado ngan Mr. Froggy. Tapi tak la lama.

Ok,nak terjun masuk ke dunia ketensenan semula. Good luck to me ...