Pageviews past week

Monday, January 31, 2011

yeyey keje siap ^_^

Salam,

hehe just exagerate kan cerita je sebenarnyer.. ada je lagi keje-keje di ofis ini nak disiapkan. Tapi memandangkan senior tercayang(ehem..saje kasi kipas2 sikit) EL, terpaksalah bahagian tu ditangguhkan ke hari esok... hahaha atau mungkin minggu depan..hahaha :D [ke'weng' an melanda akibat keje yang banyok]. Padahal dah tau dah esok meeting ngan client. Teruk kan diri ku ini? (hmm inilah perangai tika kemalasan melanda) .

Malam semalam pas siap2kan anak + dapat green light dari akucempakabiru barulah dapat kunci pintu bilik and buat keje2 ofis yang tertangguh dalam bilik sorang2. Dalam buat keje tu sempat juga aku mengacau encik Froggy, sebab beliau free malam-malam macam ni. Di luar bilik, katak-katak taman bangi indah sibuk menyanyi-nyanyi. Adoi la, kuat pulak tu bunyinyer(ada jugak bunyi pelik2 yang encik dan cik katak ni keluarkan.. huuu~ entah ape la yang dorang buat agaknye..hehehe). Takpelah, at least boleh la temankan miss1604 buat keje. :D

Tepat jam 12 mata dah memberat. Terpaksa switch komputer ke sleep mode, tutup, letak kat bawah katil, tarik selimut tebal(semalam sangat sejukkk~),dan tido...Zzzz

Encik Froggy?? takpe, beliau amat memahami. Selepas inform yang keje dah siap separuh+mata dah memberat, terus dia suh tido.

" Terima kasih temankan saya semalam encik Froggy :D "

Petang ni pulak nak g jejalan ngan beliau. Nak g amek cermin mata baru (cermin mata mahal T_T), sebab mata dah makin rabun + silau. Dulu2 1.5 dua2 belah mata, skang da jadi 2.25 .. wow wow peningkatan yang bagus. Ini memang bukti konkrit yang saya telah bekerja sebagai kuli dengan sangat tekun... sampai drive waktu malam langsung tak nampak signboard... tu yang sukahati je ikut jalan mana2 ntah sampai sentiasa sesat..wuahahaha :D

okeh, ni tengah tunggu pukul 5 untuk melarikan diri dari ofis. Oh, esok ada strategy meeting. Y_Y

"ganbatte kudasai!!"

No comments:

Post a Comment