Pageviews past week

Thursday, October 20, 2011

Antara Bangi dan Kelana Jaya

Hari exam tiba. Hari ini harinya[padahal minggu lepas punye cerita]. Menghadap buku buat kali keberapa entah. Mengharap kalau2 yang kali ini menyerap terus ke otak. Al maklum, bila bab nak faham text atau teori, aku ni lambat sikit. Dari zaman kanak-kanak riang lagi macam tu. Exam pukul 3. Jadi berkira-kira bertolak dari ofis dalam pukul 12.30 atau pukul satu, mmg sempat la…

So, dipendekkan cerita-sampai je kat stesen serdang terus bergegas beli tiket.

Dalam ati kata “tak ramai orang kot..kan orang2 laki pi smayang jumaat…”

Lega la sikit. Tengok masa tren dijangka tiba ; 1.30 petang. Emm lambat lagi tu. Buku rujukan dibuka. Beberapa muka surat aku baca ala kadar. Setakat nak ingat balik ape yang aku balajar kat training aritu.

“Tren ke Rawang telah mengalami kelewatan….”



Adeehhh~ musnah impian nak sampai awal. Grrr~ takpolah, bukan jauh beza pun , lewat 15 menet je..takpe…. Skali 15 menet kemudian, makin ramai plak manusio yang datang ke platform menuju ke kl sentral ni.

Tarik nafas. Hembus.

“Ok. Think Positive!”

At least ada masa nak baca buku kan ?

Takpe, teruskan pembacaan anda dalam keadaan berdiri sambil bersandar di tiang platform…hahaha
 
Ramai tak? HAHAHA





15 menet kemudian, tren sampai. Tapi jangan haraplah dapat nak sumbat diri sendiri kat dalam sebab tren yang sampai kat platform tu da pun macam sardin da…Terpaksa mengundur diri dari dipenyek mereka2 dalam tren ni. Lagipun seploh menet pastu ader tren lain yang tak berapa nak sardin la. Bole la lagi nak gerak2 bila naik tu. So sempat la snap gambar, walaupon gegaq2…hahaha.[padahal fenomena biasa jer pun, tu pun aku nak kecoh2 kan?]


Manusia kat kl sentral yang tengah nak beli tiket LRT

Then , sampai kat KL Sentral da berlari2 da coz da pukul 2.30 kot. Matik aku camneh, da la blom solat lagi. Tgk kat kaunter tiket, aiyakkk~ ramai plop orang beratur. Terpaksa la amek masa dalam seploh menet nak dapatkan tiket.

Bye2 LRT.

Then, berdosup ke platform. Tgk tren LRT da pun jalan. Bye2 tren. Kat sini tak kisah sangat terlepas tren, coz mesti lalu punya setiap 3 menet.Tapi....panas berdering. Naseb je ader kipas kat blakang aku.

Kipas yang banyak berjasa...
Emm…dalam lebih2 kurang 2.45 petang camtu, sampai la ke stesen taman jaya. Waktu ni mmg da bebel2 sorang2 sambil berlari2 anak. Geram sebab tiap kali nak datang sini kene berkejaran. Kene berpeluh2 dulu baru sampai. Tak ayu la ai nnti [sila muntah sekarang.]

Ni rupa building tempat exam...

Setelah berpenat lelah, menempuh onak ranjau segala. Masuk exam room lebih dari pukul 3…Alhamdulillah, Berjaya sampai…



Err balik lagi satu hal… lapar punye pasal beli roti sandwich telur kat kedai serbaneka. [sangat sedap-rugi tak beli banyak… ] . makan sambil berdiri tunggu tren sampai. Waktu tu, baru pasan mmg serabai gile. Berdiri sebelah aku da la awek2 cun, yang pakai baju cun. Aku da la kasut hagak tinggi,pakai stoking sukan kaler silver ader love2 merah, baju biru,tudung kuning, kat tangan pegang beg plastic oren besar…Sungguh selekeh okeh >_<



Tapi fikir balik, pedulikanlah. Bukan dia tau aku duk mana pon. Bukan ade pakwe ensem pun dalam tren ni. HAHAHA sempat lagi tu.

Sampai rumah da pukul 8. Adehh~ penat okeh…sepanjang perjalanan dalam tren tadi berdiri. Tapi hatiku gumbira coz lepas ni menempuh perjalanan balik kampong plak. Yeyey!

Esok my best friend nak tunang. Yang tu aku cerita nnti

written sincerely by,


No comments:

Post a Comment