Pageviews past week

Tuesday, September 18, 2012

Not Worth to tell ONLY about myself

Bila nak cerita tu biarlah cerita2 yang berfaedah kan?

Adoii~ tajuk bukan main lagi ye...padahal tajuk blog pon AllAboutAteh..sungguh contradict hahahaha :D

Okeh~

saye akan cuba untuk tulis pengalaman yang ade nilai moral dan berfaedah lepas ni. Tu yang tajuknyer seperti di atas.Baru tersedar yang agak selfish la klu asek tulis tentang hidup sendiri yang da la tak berapa best pon.

Next~

Kenapa la senang sangat airmata ni mengalir?? ADoii la~

Hehe..iye, ateh yang sedang menulis ni aderlah seorang yang cengeng dan manja. Padahal dia bukan anak bongsu pon.

Tapi mungkin kerana perubahan hormon trimester ketiga telah berombak2 di dalam badan, maka terhasillah satu bentuk emosi bernama "hangin satu badan ateh" ... Bentuk emosi ini hanya dapat diredakan dengan dua jenis mekanisme iaitu :
1) membaling barang2 mudah pecah ke lantai sehingga rase cam besar-kicik-besar-kicik aje kepala ni.
2) menangis dengan teresak2 sehingga basah lencun tuala mandi dengan hingus bercampur air mata.

Disebabkan Ateh kini berada di rumah mak mertua, mekanisme pengeluaran "Hangin satu badan Ateh" satu, tidak dapat dilaksanakan sampai bila2...
Emosi tersebut hanyalah berlaku sekiranya ada pencetus yang sesuai dengan masa dan keadaan. Sebagai contoh, encek hasben telah membuat muka dingin beku tatkala Ateh sedang saket2 perut,kaki dan pinggang duk membawa anaknya yang seberat 1.4kg.
Atau mungkin terasa seperti ibu mertua lebih menyayangi seorang lagi menntu perempuannya yang juga sarat mengandung tetapi sangat rajin tidak seperti Ateh yang telah tidur pada waktu Asar hingga dekat2 ke maghrib kerana menahan saket perut.

Eh~ ni contoh aje tau!

Iktibar dari Artikel di atas..

1) JANGAN buat benda2 yang mak mertua tak suka andai anda ditakdirkan hidup berumahtangga di rumah mak mertua.
2) SILA ringan tulang membantu mak mertua yang sibuk di dapur atau di mana2 meskipun kaki anda sudah pon rasa sengal2. (Baru la ikhlas namanya)
3) JANGAN ambil hati sangat bila mak mertua mula membandingkan anda dan menantunya yang seorang lagi. Kemungkinan anda sememangnya MALAS dipandangan matanya. Maka ubahlah sikap. Cubalah buat dia rasa anda teramatlah RAJIN, meski anda da sarat mengandung. InsyaAllah, jika anda berubah, hati mak mertua juga bole cair...
4)JANGAN terlalu bergantung pada suami. Klu  rase kaki tu bole jer nak urut sendiri atau saket tu bole je tahan2 lagi, buatlah muka selamba. Sebabnyer suami amatlah sayang kita, lagi2 bila kita sedang mengandungkan anak dia. SO, bila mak dia da mula menegur isteri dia yang nampak MALAS dan ASEK TIDO PETANG aje, tak lah dia rase berat ati nak terus cakap kat kita. (Walau hakikatnya mmg saket rase hati dengar teguran suami).
5)INGAT rumah yang anda duduk itu rumah ibu kepada suami anda... Cuba bayangkan klu suami anda hanya duduk melepak ajer dekat rumah mak anda tanpa buat kerja atau tolong2 sikit...mesti HANGIN jugak kan?...
6) Kekadang kita rasa macam keseorangan...tapi sebenarnya ada SATU yang menemani kita dan DIA ingin kita hanya bergantung harap pada DIA SEORANG... itulah ALLAH swt. Mungkin kerana kita terlalu selesa dengan kehidupan kita, dengan suami kita dengan mertua kita, kita lupa tentang kembalinya kita nnti kepada siapa..... :)






2 comments:

  1. Salam singgah
    1st time dtg sini cr ttg Dmmc
    Btw as a mertua xpatut la ckp gitu.lain wanita lain smptom mngandungnya.suami ptut lebih paham kan..saabr jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...dah dpt info pasal dmmc? Hehe rasanya xbanyak letak kat dalam ni.
      Harap2 dapat info bermanfaat. :) btw, ni cerita lama ..huhu
      Bila bersalin?

      Delete