Pageviews past week

Monday, December 2, 2013

Dugaan Kedua -

Macam cerita dokter nurse pulak hahaha

Hari semalam pergi ke Hukm untuk follow up case Ateh, tp semalam tu lambat sangat sampai hospital, jadiknye kene pigi amek darah then terus balik. So, Hari ni pergi lagi ke Hospital. Kali ni terawal la plop...pergi2 dokter blom sampai pon lagi, sampai nurse tu soh pegi makan sarap dulu dalam kol 10 baru naik balik.
Lepas sarapan tu teros la naik sebab bukan ade tempat2 menarik nak dilawat pon kat sini kan?hahaha Naik Day Care tu mak aii ramai jugak rupanya kat sini..huahuahua :D
Tak lama menunggu nama Ateh dipanggil. Duduk dengan debar2 sebab banyak soalan mau ditanya terutama yang pasal benda luar rahim hari tu. Ateh baru tau rupanya prosedur cuci rahim tu tak buleh cuci yang di luar rahim. Yang di luar rahim kene melalui pembedahan baru bleh dikeluarkan. Sumber dari kak ipar Ateh yang bekerja sbg dokter O&G kat UK nun. Dia mmg nak tepon awal waktu ateh kat wad lagi tp line tak clear. Hmm, takpelah.
So, berbalik pada dokter kat Day Care tu-Dokter Wani namanya. Selepas dia berhempas pulas membaca laporan wad aku yang tebal tu dan cuba memahami ceritera case ateh itu, ateh pon bertanya la soalan cepumas.
"Jadi saya ni mengandung dalam rahim atau luar rahim dokter?"
"Mengikut laporan ni, puan mengandung dalam rahim tetapi keguguran. Sebab tu diorang cuci kan last skali"
ateh angguk dan  bertanya lagi
"Jadi, yang benda di luar rahim tu masih ada ke?"
"Itu saya tak pasti. Tapi mengikut penurunan hormon puan ni, pregnancy puan adalah tak berjaya..tp saya tak boleh nak confirm..em mungkin kita patut scan lagi sekali. kita tgk macamane"
Lepas tu dia soh baring. check perut saket tak. Ateh kata tak saket, tapi sejak sebelum masuk wad lagi ade rasa denyut2 kat pinggang belah kiri.
Dokter Wani tu disebabkan rase tak sedap hati, dia hantar ateh pergi buat scan kat bawah.
Keluar bilik encek hasben tengah nyenyak tido, kesiannye~
cuit encek hasben sambil pesan yang  kene turunkat Klinik - scan jap.
Kat bawah tunggu la sengsorang depan bilik ultrasound. penat  jugak menunggu , da la tepon takdak.
Akhirnya nama ateh dipanggil. Dokter bernama Yan buat scan tersebut. Dia tanya aanak ke berapa kandungan yang gugur ni. Ada sakit2 perut tak. Ada pernah makan ubat untuk mengandung ke tak. Ateh tak tau la kenapa soalan2 tersebut diajukan..pening sikit.
Waktu dia tengah scan ovari kanan, ateh kata
"Saya ada rasa sakit denyut2 kat perut belah kiri"
"sakit sangat ke?"
"Kekadang sakit sangat , tapi kekadang boleh tahan lagi.."
"Jap kita scan belah kiri pulak"
Dia scan belah kiri . Jantung Ateh da debar2 moga2 takde pape.Moga sakit ateh rasa tu cuma mainan perasaan aje.
Ateh nampak dia highlight something kat screen.
"Puan, em nampak tak ni ovari kiri puan..yang sebelah dia tu saya tak tau ape benda..."
Gulp!
Belum abes rupanya ceritera benda tersebut..
Apekah ia?
Dokter Yan tu nampak risau, dia bawak fail aku keluar dan suh aku tunggu kat atas(kat Day Care).
Aku pon jalan. Sambil doa2 dalam hati semuga takdek pape...semuga takdek pape.
Nama ateh dipanggil lagi,kali ni encek hasben buleh ikot masok.
Kat Day Care Dokter wani tgk imej scan tu. Dia kata tak nmpak macam cyst biasa. Mcam luarbiasa tapi dia tak dapat jawab apakah benda itu. Dia suh tunggu sementara dia call bos dia. Ateh n hasben dengar2 la perbincangan mereka.
Akhirnya, Dokter Wani mintak datang semula ke klinik hari Isnin untuk buat ujian darah sekali lagi. bukan untuk hcg tp untuk kemungkinan2 lain. Dia kata jugak ovari belah kanan ateh bengkak - bengkak kilang telur.Baca sini. Tapi dia tak risau sebab kekadang disebabkan hormon, dia mmg bole bengkak. yang dia risau yang belah kiri tu. Uncertain something.
Dia siap pesan.
"Puan jangan mengandung sampai minggu depan ye puan. Kita sort out dulu yang ini baru puan mengandung lagi ye?"
Tergelaklah ateh dengar. Ade bran ke nak pregnant semula ni ateh??
Ok! Hari Rabu baru datang Day Care utk jumpa dokter balik.

Takut.Gementar.
"Ya allah sembuhkanlah daku dengan penyembuhan Mu. Kesembuhan yang benar2 sembuh."

P/s: ada kemungkinan 'benda' itu janin. tapi sgt rare berlaku. ade kemungkinan cyst tp belum boleh di confirmkan. tunggu next week la.. :)

No comments:

Post a Comment