Pageviews past week

Friday, April 17, 2015

Kerja ateh ialah programmer?

Salam,

Pejam celik, ateh dah nak masuk 5 tahun kerja kat kompeni ateh sekarang. Begitu banyak.perubahan dalaman yang terjadi. Penyelarasan pekerja juga banyak terjadi. Ateh jadi saksi pada kebanyakan pekerja kompeni ni yang berhenti.
Ateh tak pernah rasa ateh layak jadi programmer. Kalau orang tanya language ape yang ateh tau. Ateh xbuleh nak jawab sb ateh rasa language yg ateh tau sume taraf beginner. Java, c#, vb.net, vba...program interface system pon memang taraf beginner shj. Belum lagi pasal database, pasal network, pasal web ,pasal server, pasal benda2 yang suka kaitkan dengan programmer. Ateh rasa macam ZERO knowledge. Ateh cuma belajar dari apa yang silap. Apa yang ateh hands on dan try n error.
Jadi?
Jadi, kerana itu, ateh selalu berkira kira nak apply kerja di tempat lain. Takut pada upaya diri. Takut tempat kerja baru tiada lagi peluang try n error itu. Lagi pula, ateh punya background bukanlah dari bidang komputer sains atau IT. Degree ateh mmg ada perkataan "komputer" tp bukanlah mesin itu yg dirujuk.
Setakat ini, kerja ateh di kompeni sekarang memang ateh boleh handle. Dari server,installation, network,development,troubleshoting, hingga ke customer service, semuanya ateh buat. Tapi, sekarang ateh dah tawar hati. Ateh banyak kerah tenaga ateh untuk show ateh boleh buat desprite lacking in knowledge. Ateh cabar diri untuk cuba buat jugak dan gali cara nak buat apa yang diminta pihak pengurus projek. Ateh sanggup tido dua tiga pagi semata nak mereka lihat kualiti produk yang ateh hasilkan. Sampaikan ateh dah mula sakit bersalin, bukaan dah 4 cm, msh berkira kira nak pergi hospital ke nak siapkan kerja yang tertangguh. Tetapi, usaha ateh tu macam angin lalu sahaja. Kebanyakkan hasil kerja ateh, ketika review process oleh pihak pengurus projek, diminta tukar semula. Bila diminta input atau bahagian apa nak ditukar, disuruh fikir sendiri. Pada masa nak sama, sibuk mahu keluarkan tutorial dan demo untuk menambat hati bakal pembeli. Di mana logiknya? Barang direjek, tapi minta dibungkus cantik lalu dihantar pada pembeli, dengab mengharap magis berlaku, lalu bertukar secara automatik barang itu kepada apa yang direvise?
Ingat yang dijual itu pil suka hati dari poket doraemon barangkali.
Pastilah sepatutnya ada buffer, selepas review process utk ateh tukar dahulu mengikut komen pengurus projek, lalu di lihat semula. Tapi tidak.
Ateh tawar hati apabila barang rejek smpai kepada pembeli, ateh yang kena bambu. Org lain tersengih2.
Ateh tawar hati bila sales tak mahu tahu langsung tentang produk dengan alasan tidak faham. Lalu ketika demo meeting, gadis penjual ini boleh pula bersilang kaki sambil memegang telefon, berwasap dengan kawan. Bila ateh dibambu dia tak ada rasa nak tolong support langsung
Ateh tawar hati, bila bos sendiri tak syg perniagaannya. Macam ateh jual kain, ateh sayang tgk kain tak terjual, ateh sendiri la wasap org,kawan,sape2 yang mungkin berminat walaupun boleh je ateh bg pada sesiapa suh tolong jual kemudian goyang kaki. Tunggu sahaja kain tu terjual.
Ateh tawar hati bila orang luar yang tak kenal ateh, tiba tiba anggap ateh ni goyang kaki aje kat opis. Siap tanya dengan nada sinis "u buat apa sebenarnya? Betul ke u programmer?"

Cukuplah. Ateh hargai pengalaman dan ilmu percuma yg diberi. Ruang dan peluang yg terbentang luas. Tapi ateh bukan lagi bujang. Ateh ada banyak tanggungjawab. Ateh ada anak-anak dan ibu ayah, dan adik-adik.
Sampai bila ateh nak begini, mendatar tanpa kemajuan.
Rugilah ateh. Ateh dah tua. Takkan sampai umur ateh pencen masih di sini dan masih begini.
Kompeni itu bukan kompeni ateh, bila kompeni untung berjuta sekalipun, ateh cuma dapat gaji kuli itu. Dan ateh pasti, tatkala kompeni untung berjuta, ada ramai lagi org hebat yang boleh gantikan tempat ateh yg ZERO ni.
Moral.
Ateh tawar hati. Ateh nak berhenti kerja. Ada sesiapa ke nak offer kerja area kuantan atau bangi? Jahit hidung bear pun boleh...hahahaha

Dah

No comments:

Post a Comment