Pageviews past week

Wednesday, July 8, 2015

Mari jahit zip.

Salam.

Ok, hari ni dah masuk hari ke 8 ateh jadi tukang tanam anggur. Bab tender tu, rasanya ateh dah pernah tulis kut.
Post kali ni ialah post orang yg ada masa dan tak tau nak buat ape kat rumah. Mandangkan ateh ni bf mother dan jugak nip tegar, ateh slalu gak ushar baju bf friendly kat web. Last time ateh beli ialah 8 bulan lepas. Waktu adik dlm pantang. Huii rm 300 jugak melayang. Tu pun dpt 6 helai je t-shirt. Pakai 4 hari dah kena ulang baju. Huahuahua.
So, disebabkan baju2 bf friendly ni mahal, iaitu rata2 nya klu t shirt dlm rm 45-60 sehelai, ateh pon terpikiau la nak modified t shirt ateh. Errr sebenarnya time pantang lg dah ada idea, tp x execute jah. Masa takdak, mesin takdek, usaha takdek, malas banyak. Hahahaha
So hari ni ateh nak share la guana ateh buat modification pada baju2 ateh supaya mesra nursing.
Apa yg diperlukan.
1. Zip 11 inci
2. Baju t shirt yg nak modify/apa2 baju
3. Kapur tanda
4. Pembaris
5.gunting.
6.jarum jahit.
7.benang yg bersesuaian warna.
8.mesin jahit.
9. Jarum peniti.
10.iron
11. Power plug. Hahaha seriusss

Cara2nya. Bentangkan baju anda di lantai atau di meja. Letakkan zip, dia bahagian hadapan baju secara menegak. Tanda menggunakan kapur panjang zip pada baju.
Alihkan zip. Buat garisan lurus dr leher baju ke tempat di tanda panjang guna pembaris. Gunting lurus. Hidupkan iron. Lipat bahagian yg dipoting ke arah dalam dan iron biar kemas. Tutup iron(turn off klu dak paham).
Letakkan zip pada bahagian yg telah di iron dan kekalkan kedudukannya dengan jarun peniti. Masukkan benang dalan jarum jahit. Mula jahit dr bahagian bawah zip. Jahit secara jelujur kasar. *klu xdak mesin cam ateh, jelujur halus pun ok.
Dah siap. Jahit plak ngan mesin jahit.
Nak lagi kemas,jahit butang pada atas baju. Tadaaaa...siap.

Pssst. Ateh tak tau gane nak tulis step bawah gambar guna app blogger ni. Klu ada yg tau bole la share. Huhuhu.

Dah.
Sekian

No comments:

Post a Comment