Pageviews past week

Tuesday, February 8, 2011

when i was young

Waktu kecik-kecik dulu saya suka berangan atas pokok rambutan muda depan rumah. Sambil makan rambutan segar yang dipetik fresh dari pokok tersebut (wah wah wah :P), idea dan ketenangan datang mencurah-curah ke ladang hati…. :D Masih terasa goyangan pokok ke kiri dan kekanan bila disapa angin petang yang sepoi2 bahasa. Masih terdengar lagi desiran daun-daun yang disapa angin itu. Sungguh tenang, tenang yang tak terbeli oleh gaji yang ada sekarang. Sebuah hadiahdi kala saya hampir-hampir putus asa pada kehidupan yang perit. Langit yang membiru,awan yang memutih di langit. Sungguh, masih jelas dalam ingatan. Saya sangat sukakan matahari waktu itu, hingga kulit saya ni hitam legam akibat kesukaan yang terlampau terhadap matahari. Tapi, matahari zaman itu tidak membara seperti hari ini. Masih menghitamkan kulit, Cuma tak memeritkan seperti sekarang. Mungkin kerana oksigen yang dikeluarkan secara semulajadi oleh pokok rambutan tu( yelah matahari + klorofil = fotosintesis +oksigen kan?)


Terima kasih ye rambutan tree.

Terima kasih pada penciptaMu yang Agung

yang mengizinkan dirimu tumbuh di sini

untuk menemani aku

Ya Allah, nikmat dan kasih sayangMu tak terjangkau fikir.

Subhanallah. Alhamdulillah.

Dan waktu itu sy masih kecil, masih sekolah rendah :D . Ada satu lagi aktiviti kegemaran saya waktu kecik-kecik dulu iaitu berbasikal keliling kampong. Bukan untuk berlumba siapa lebih pantas menamatkan kayuhan keliling kampong, tpi sekadar menikmati angin 4-5 petang. Sambil merentas tanah orang yang ditumbuhi rumput setinggi paras pinggang (ada laluan basikal ye), berhenti rehat di bawah pokok nenasik yang rendang, dekat dengan paya seluas dua kengkang. Dan menikmati angin yang berhembus, juga desiran lalang-lalang yang tumbuh hijau seluas mata memandang. Wah, sangat indah dan tenangnya kehidupan waktu itu. Sekali-sekali, berlari sekuat hati meninggalkan basikal bila dikejar anjing tokey ayam. Lalu, pohon jambu batu yang tumbuh tanpa tuan yang dekat juga dengan kawasan rehat kami (geng basikal), jadi pilihan untuk dipanjat bagi menyelamatkan diri (sambil makan buah jambu batu beramai-ramai :P).

Semuanya terlakar sewaktu sy masih kecil.

Masih belum dewasa.

Masih belum kenal apa itu peperiksaan dan ujian.

Masih belum mengerti apa itu tekanan dan stress.

Sekarang dah x macam dulu. Tetapi anginnya, desiran daun dan lalang, bunyi air mengalir, dan mataharinya masih ada dalam ingatan. Tak terlupakan. Masih sama mendatangkan tenang dan idea yang mencurah-curah ke hati.

“Ya Allah, Engkau Perencana dan Pencipta TERAGUNG. Tiada sesuatu yang ENGKAU ciptakan sia-sia. Semuanya bermakna jika aku mahu berfikir. ”

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ohhhhh sememangnyer kulit ak gelap sket dari korang tp... takde la sehitam kelik waktu lepas berjemur tengahari...
    kulit ak neh sensitip, cepat hitam sb sunburn tau!

    ReplyDelete