Air mata Ateh seolah olah telah kering, namun hati Ateh masih basah dengan hujan air mata. Ini ujian paling berat rasanya untuk Ateh tanggung, tapi InsyaAllah Ateh cuba kuatkan jua. Walaupun mereka berkata yang gugur itu cuma seketul daging, tapi bagi ateh yang sudah mengandungkan janin itu lebih 6 minggu tak dapat mengatakan ianya 'cuma' seketul daging. Ibaratkan macam orang terkilan.
"Ya Allah, kuatkanlah daku menempuhi kehilangan ini. Tiada dayaku selainMu. Mungkin kerana aku tak mampu menjaga mereka jika mereka hidup. Atau mungkin kerana sebab2 lain, tapi aku yakin percaturanMu adalah yang terbaik buatku. Dan aku berserah pada ketentuanMu Ya Rahman"
* * *
19/11/2013-SELASA
Ateh pergi meeting kat Batang Kali dengan membawa diri yang tak sedap badan amat. Ateh taklah fikir bukan2 sebab biasalah pregnant. Macam2 alah boleh dapat. Dalam perjalanan balik, ateh teringat yang Ateh n Project Manager(PM) dua-dua belom solat lagi. So, mintak la kat kak PM benti mana2 RnR untuk solat. Sebenarnyer selain tu dah lama da rasa nak terkucil, so berlari2 anak la pegi toilet. (Berlari anak time ni rase cam nak pitam)Kat toilet nampak ada kesan darah. Ateh da debar2 dah. Kuatkan hati, tanya Kak pm yg dah 2 kali gugur. Mungkin dia tau la darah gugur ke ape ke kan? So, kata dia bukan darah gugur sebab darah gugur tu macam seketul seketul macam tu. Owh, lega...teruskan solat. Petang ni InsyaAllah pegi klinik. terus mesej encek hasben. Sampai opis, amek latop segala, teros balik. kepala rasa putar2 n letih sgt. Padahal baru pukul 4..dan bos ade je lagi duk tercongok kat meja dia. Lantak!
Sampai rumah, rupanya encek hasben blm baca msg. So, habaq kat dia nak g check klinik sebab rase lain macam. So, pegi la Klinik Kita tu, tgk2 dokter lelaki plop. Alahai~tak jadik. Gerak pegi ke Klinik dokter Mariam. Disebabkan dia tak dak benda scan tu, dia bagi cuti 2 hari, suh g klinik esok. Ateh pon terpaksa la mintak abg senior ganti untuk meeting esoknya tu. Tapi tak bole nak kata pasal pregnant sb tak gitau bos pon lagi. Just cakap not well aje. Dan2 aje da setel, baru teringat laptop ade kat rumah. Adoii, kne g opis la pulak ngantor benda alah tu. So, pegi pulak opis antar laptop segala. Bila balik rumah, terasa macam darah turun banyak. macam period yang sgt heavy. zruppp~ turun ketul2 darah yg agak besar. Encek hasben teros suh tido n rest aje.
20/11/2013-RABU
Pagi2 lepas antar azzahra terus gerak pergi Klinik Kita lagi sekali. Dia scan tapi katanya hanya nampak kantung, janinnya dah takde. Kne buat pregnancy test lagi skali, dapat 2 line(masih pregnant). So, doktor buat surat refer ke hospital sebabnyer dia takut Ateh ni ngandung luar rahim.
Benti mam roti canai . Encek hasben lapar. Ateh time tu rase cam nak meneran + contraction. Sakit wooo~
Sampai kat Kecemasan Hukm, doktor scan n cari baby tu. Dua tiga menet dia kata dia jumpa sesuatu yang mungkin janin la. Dia tunjuk kat Ateh.Owh~pedihnya rasa di hati...Then dia scan perut, katanya yang tinggal cumalah sarung sahaja. ( incomplete miscarriage). Dia bagi 2 option untuk cuci rahim -makan ubat atau sedut(surgery). Ateh time tu pilih cuci . Keluar, pergi toilet Ateh meraung kat toilet. Merasa kehilangan, kosong...
Keluar toilet mata da bengkak. Nurse panggil untuk masukkan jarum kat tangan. Nurse tu try pujuk aku yang tengah berair mata lagi. InsyaAllah next time pulak. Bagi Ateh bukan masalah next time, tapi masalah baby ateh dah takde. T_T
Naik ke wad.
Doktor kat wad explain yang prosedur cuci rahim tu ade possibility untuk komplikasi macam terkoyak rahim. Gulp!
Teros Ateh tukar option ke makan pil. tapi besok baru start sebab kne buat test darah sebanyak berbalang2. Lab cuma bole kluarkan result petang kang jah.
Ushar orang sebelah yang juga keguguran. Norshima namanya, baru 22 tahun. Nmpak relax, tapi bila Ateh bertanya tentang berapa usia janin dia, Ateh nmpak matanya merah-merah.
"Apa nak buat kak..dah gugur.." katanya
21/11/2013-KHAMIS
Ubat dimasukkan buat kali pertama pada pukul 6 pagi. Kne duk diam sejam baru buleh gi tandas.ngam2 sejam ateh gi toilet.
Duk kat katil rase cam contraction. makin lama makin sakit. Zrupppp~ darah kluar. tapi takde pulak yang pelik2. Nurse pesan klu jmpa yang pelik2 kne simpan.
Tgk orang katil sebelah tgh tahan sakit. Yelah, dia blm pernah sakit bersalin. Nampak mata dia dah berair2 tahan sakit yang memulas2..Alhamdulillah petang tu janin dia turun semua. Dia ada cerita kat Ateh Nurse bagi dia tgk janin tu. Dah ada tangan, kaki dan mata. Owh~dugaan beliau lagi besar sebab klu Ateh boleh trauma jadiknye ...Insafi diri
Pukul 2 ptg Ateh dipanggil turun. Macam Emergency je. Owh Dokter Mimi yang akan scan, Alhamdulillah perempuan. Dia try korek2~dia kata dapat rasa sesuatu lagi dalam rahim. Dia mintak scan kat dalam rahim. Ateh tanya kenapa.
"Kami baru dapat balik blood test untuk beta hCG awak ni. Result dia 14400 which is too high untuk janin yang kecik cenoet camni. So, ada kemungkinan dia menempel di luar rahim, dan kantung ni kantung kosong shaja"
Scan punya scan, jmpa satu kantung dekat dengan ovari kanan. Owh my~there's another one there(ateh boleh tgk).
"Jom sambung kat atas" kata dokter Mimi seolah olah mengajak aku berborak sambil minum teh tarik pulak lagaknya.
Kat Wad, Dr.Mimi keluarkan ketulan daging yang menempel kat dinding rahim tu. uihh bole tahan saiznya.
Aku tanya, ape seterusnya?
"Kita ulang balik hCG, klu turun kte terus cuci lah. tapi cuma boleh ulang 48 hours, so hari Sabtulah baru boleh dapat result"
Alamak!lamanyer lagi :(( Malam tu ateh rase saket perut..memulas2..sesak nafas tapi berjaya juga tidur2 ayam
22/11/2013-JUMAAT
Ateh cuma di monitor takut2 ateh ada severe bleeding atau sakit perut yang amat. Kata Nurse takut tumbesaran janin tu akan memecahkan tiub fallopio ateh, yang akan sebabkan severe bleeding. Owh~saye takottt~
Perot masih memulas2,dizzy,penat....
Baring kat katil rase cam ade ketul turun. Pergi toilet, nmpak ade macam seketul daging yang dibalut something warna putih. Mcm telur ikan. Bawak ke meja nurse. Dokter Azimah terkejut tgk benda tu. Dengar2 dia bincang ngan Dokter Jeremy kalau2 tu janin yang kat tiub fallopio, tapi aku tak heavy bleeding dan tak sakit perut sgt. Dorang macam tergamam.
Borak2 dengan Dr.Jeremy.Dia dah sem 3 utk dapatkan pakar. Tanya dia apa yang telah berlaku. Katanya aku ada 2 kantung bayi, satu dalam rahim dan satu di luar rahim. Ada possibility yang hari Khamis tu janin yang di luar kantung masih menghasilkan hormon hCG,sb tu result darah tu tinggi.
"Saya mengandung kembar ke?"
"We cannot confirm that. It can be 2 possibility, either puan mengandung kembar atau luar rahim dan yg di dalam rahim tu cuma pseudosac"..Naseb la Ateh dulu student bio kat matrik. Paham la jugak sikit2 term dorang guna.
cuba
baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang kandungan luar rahim(ectopic pregnancy).
Okeh..Ateh dah mula faham. Malam tu ateh rase saket perut..memulas2..sesak nafas tapi berjaya juga tidur2 ayam
23/11/2013 - SABTU
Lepas amek darah,Petang tu rahim dikorek2 oleh Dokter Azimah pulak, ditemani dokter Adam
yang cam takut2. Dr.Azimah kata pintu rahim ateh masih
terbuka dalam 1cm.Tunggu result. Alhamdulillah turun kepada 4000. Means pregnancy tu failing dan bole proceed utk cuci esok pagi. Alhamdulillah.
Kne puasa dari pukul 12 tgh malam. Dijangka suction pukul 8 pg esok. Dr.Azimah terangkan yang prosedur ni pakai macam satu traw plastic, dimasukkan ke rahim melalui pintu rahim yang terbuka 1cm tu. kemudian apa yang tinggal dalam rahim akan disedut keluar. Prosedur yang jauh lebih selamat dari D&c yang menggunakan besi. Kebarangkali untuk tembus rahim is 0.48% which is very low. lebih lanjut baca
vacuum.
24/11/2013 - AHAD
Bangun awal, dah plan utk tak mandi hari ni coz jarum kat tangan tu. Dah pukul 8 pg dokter tak datang lagi. Dengar2 dari kaunter katanya kne confirmkan luar rahim baru bole proceed. Datang seorang Dr lelaki, berbaju t-Shirt belang2..tanya ateh sal history..uishh ateh mana igt..tak lama pas tu Dr.Jeremy datang berlari2 dan berpeluh2 teros explain history ateh. Dia pon pakai t-Shirt jah~sempoi.
Kne turun, buat scan balik. Confirm luar rahim. Nurse yang duk temankan ateh turun tuh nampak gerun dan serun. Kat luar waktu tunggu tu sempat dia tanya.
"Tak sakit ke?"
Aku senyum.."Sakit. tapi nak buat macam mana...."
Confirmed cuci.
Kul 9 masuk dewan bedah.
Sementara tunggu dokter cuci tu, Dokter bius check jantung aku. Ehhh~ saspen plop bila dia check banyak kali. cam tak sudah2.
Dia kata "Ada sesiapa pernah cakap pasal jantung awak?"
"Kenapa" kata ateh
"Saya dengar ada 3 bunyi...sepatunya ada 2...takpe kita buat ecg kejap"
Adoii dah la sejuk. buat ECG lagi la menyejukkan. huuuuu~ menggeletar jugaklah. Alhamdulillah la ok je.
Masuk bilik bedah sejuk yang amat. Terasa dorang letak blower kat perut. Masuk je bius terus pengsan.
Bangun2 tu masih kat surgery. nurse tarik katil, suh alih ke katil wad. Pening..
Nurse tak bagi bangun for 5 jam. jangan makan lg sampai kul 3 ptg. Da abes tu dalam kul 11.30 baru. Terbaringlah ateh kat situ dengan pinggang yang sakit. huhuu~
penat jugak nak tunggu 5 jam..ehehe.. last2 dia suh try sikit2 duduk, then try bangun...then try g toilet..try minum air sikit...try minum air manis sikit...last skali try makan.
Tangan masih ada drip. Nak bangun pon tableh, nak tido lagi tableh..Naseb hasben datang temankan. Then Along datang. Alhamdulillah. Bole jalan da..dan bole makan. Off drip~ InsyaAllah esok da bole balik yeyyyy~
24/11/2013 - ISNIN
Discharged. Sakit perut tapi tak berani mau cerita sebab takut kne stay lagi. huahuahua.
Ada bnyak lagi peristiwa2 kecil yang berlaku. Tak dapat Ateh tulis kat sini. Terlalu bnyak. Pengalaman kali pertama gugur ni betul2 mengajar ateh yang keguguran itu mmg lebih parah dari melahirkan... P/s:Tulis dlm mode santai.
Ikutkan hati, penulisan ni boleh menjurus ke arah cara penulisan melankolik. Tapi tak nak jiwa terganggu. To my beloved baby, I love you so much. I'm sorry for not being able to see your smile. Let's meet again someday. InsyaAllah. Walaupun mereka kata awak belum 'menjadi' manusia, tapi ummi rasa awak telah ada. Awak tak nak susahkan ummi...sebab tu awak pergi dulu.
DAH