Pageviews past week

Sunday, January 26, 2014

2 very Different Day Care Appointment

1. Daycare for another blood test result
Sepatutnya tak perlu ke Daycare, Dokter berbangsa cina serta botak di klinik itu hari katanya dia akan minta nurse inform through phone shaja. Tetapi bila ateh hantar surat hijau itu, Nurse minta ateh datang semula untuk mendengar penjelasan dokter. Hari ini, ateh datang Ke Daycare. Dokter perempuan Daycare bernama Syamimi itu bertanya pada ateh apa Dokter Chan cakap tentang benda di rahim ateh. Ateh terus terang tentang apa yang Dokter Chan cakap sambil selit2 keadaan fizikal Dokter Chan yan gmacam tensi dan tak betul jah. Tanpa disangka Dokter Syamimi bersetuju dengan berkata sempoi aje "Dia memang macam tu.Lain kali kalau dia kata tak nampak, point kat dia kat gambar scan ni macam ni : ni ni ni  ape ni dokter?"
Hahahaha. takkan ateh nak memandai sebegitu kan? tidakkah lawak nanti?
Kata Dokter Syamimi, hCG ateh telah menurun ke 5.3 which is below 10. Ini indicate that pregnancy is failure so dah tak perlu repeat hCG lagi memandangkan kesimpulan dokter2 di wad adalah ateh miss miscarriage biasa. Ateh balik dengan senang hati.

2. Day Care for HPE - 6/1/2014
Day CAre hari ni adalah untuk Pap Smear sahaja ateh diberitahu sewaktu keluar wad dulu. Ateh pon menunggu dengan perasaan berdebar2. Entah bagaimana cara test itu nanti , sakit ke tak? Baru sekejap, nama ateh dipanggil. Ateh duduk tanpa dijemput.

"OK, mengikut keputusan cuci rahim pada bulan 11 aritu, puan memang confirm mengandung luar rahim. Puan ada sakit2 bahagian perut? ada bleeding?"

Tidak semena2 ateh dilontarkan dengan ayat panjang di atas.(takde adea nak mengayat haha). Ateh blurr sekejap.

"Takde sakit sangat dan tak bleeding dah" kata Ateh sambil mengelip2 kan mata pada beliau yang tak sangka ateh nmpak begitu blurr.

Dia berkata2 lagi tapi kali ni ateh tak dapat langsung memahami patah perkataan beliau seolah2 beliau berkta kata dalam bahasa tamil. Dah la laju benor cakapnye, nak menyampuk pon tak sempat

"Ada nak tanya ape2?"  akhiri beliau
"Errr..jadi saya mengandung luar rahim selama ni? tapi kenapa saya discharge dengan kesimpulan miss miscarriage? saya tak berapa faham..."

Dokter tersebut tarik nafas panjang. Baru la dia faham kenapa ateh nmpak blurr. Dia terangkan satu persatu tentang kehadiran 2 kantung bayi. Satu di dalam rahim, dan satu di luar rahim. Semasa ateh dimasukkan ke wad, dokter tidak dapat mengesahkan bahawa yang di dalam rahim adalah kantungpseudo di mana ia selalu terjadi kepada wanita mengadung luar rahim. Setelah beberapa hari ateh di wad, memandangkan hCG ateh menurun secara mendadak, mereka membuat kesimpulan untuk ateh mencuci rahim. Malangnya, keputusan makmal bahan yang dikeluarkan dari rahim ateh dalam proses cuci rahim tersebut hanyalah dinding2 rahim. Tiada bahan2 kantung bayi seperti uri,tali pusat,kantung dan sebagainya. Makanya, dokter membuat kesimpulan, hormon hCG itu dari kantung yang di luar rahim. Fortunately, memandangkan hCG menurun ke below 10, meaning its a failure pregnancy whether or not di dalam atau di luar rahim.

"Jadi, dokter confirm ini kandungan luar rahim bukan di dalam rahim"

"Mengikut lab result ini, betul puan mengandung luar rahim, tapi puan tak perlu fikir sangat, yang penting puan selamat.."

Ateh nak tergelak sinis dengar ayat 'yang penting puan selamat'. Terasa cam lawak tapi cam serius jugak.

"Puan pernah buat Pap Smear?"

"Saya datang appointment ni untuk pap smear la." Ateh sengih tawar

"siapa bagi appointment ni?"

"Nurse di Wad"

"Sebenarnya untuk Pap Smear puan boleh buat kat sini atau kat luar pon boleh. Jadi, puan nak buat kat sini?"

Logically, dah HUKM bagi appointment utk buat Pap Smear, prosedur seterusnya terus buat la kut. Tu logik dalam otak ateh la, mungkin dokter tanya untuk double confirm kut. KUTTT~

"Klu buat kat sini puan kena bayar di bawahlah lepas ni. Oke Puan boleh baring kat sana"

Dalam blurr2 ateh pon pergi la buat prosedur Pap Smear. 5 minit pon tak sampai. Korek2 macam waktu kat Wad Kecemasan itu hari. Ngilu la jugak.

Alhamdulillah satu lagi benda da selesai, tapi kepala ateh pusing2. Dokter pesan soh pi amek darah lagi untuk hCG memandangkan ateh luar rahim so, ateh punya hCG mesti dipantau sehingga kandungannya kurang dari 1. Okeh,baikk~

Luar-dalam-luar-dalam-luar dan dalam tiada rahsia lalalala~ hahaha

Dah
  

No comments:

Post a Comment