Pageviews past week

Sunday, January 26, 2014

Klinik oh Klinik

Seperti yang telah dijanji. Bergeraklah ateh menuju HUKM sekali lagi untuk pertemuan itu.

Gerak seawal 8 pagi, semata-mata tahu akan jammed yang bakal ditempuh. Seusai menyiapkan azzahra
ditempuh lah sebuah perjalanan yang tak la panjang sangat andai jammed itu tidak wujud. Azzahra yang kiut miut itu terpaksa dibawa bersama keranan hari ini adalah cuti umum.muahahaha  dalam kepala dah fikir abes je jumpa dokter nanti buleh pergi klcc. YEYYYY



Sampai2 aje kat parking lot, encek hasben suh turun dulu. dah sampai pun 9.20pg, appointment kul 9 pg..takot2 nnti tukar tarikh appointment lagi cam aritu. :((

Dalam keadaan riang ceria mendapat nombor giliran, ateh pon potong Q untuk dapatkan bacaan tekanan darah n berat badan. Berat badan skang 58 kg aje - weeewitt. hahahaha entah bila ateh berdiet pon tak sedar.

Tunggu punya tunggu..punya tunggu..dari Azzahra' temankan, sampai Azzahra' dan mengamuk-ngamuk nak tido tak dipanggil2 jugak nombernya. Ini buleh mendatangkan hangin satu badan neh. Sempat la berborak2 meluahkan perasaan hangin ngna makcik2 kat sini. Dorang habaq mmg HUKM punye klinik mmg LAMBAT..tp tidaklah selambat hari ini. Apakah gerangan yang sedang berlaku di dalam agaknya hinggakan nombernya begitu lambat.

2.45 pm
Nomber ateh dipanggil, makcik2 kat luar dah berulangkali menghasut ateh supaya marah aje dokter kat dalam coz lambat sangat. HAHA mmg nak marah pon tapi masuk2 jer bilik dokter, dokter cina itu tengah pegang kepalanya yang botak licin dengan kedua belah tangan cam poneng dan tensi yang amat. Alahai kenapakah beliau?

Ateh pon duduk tanpa dijemput. Beliau baca repot ateh sambil masih berposisi seperti tadi. Tetiba, seorang Nurse dari bilik belakang menyapa dokter tersebut dengan 3 buah fail pesakit baru, menyuruh beliau agar menyain sesuatu dengan berkata "Bilik 8 da tutup, ni dokter kena abiskan" .
GULP~
kesiannyer jadik dokter.
Mata beliau seakan mahu menjerit2 pada nurse tersebut namun ditahan. Walaupun rupa dokter tersebut semirip gengster cina dalam Filem KL Gengster, tinggi jugak tahap kesabaran beliau.
Dia menyain semua fail2 tersebut dengan membebel2 kecil pada Nurse tentang sistem pemfailan pesakit yang mana antara pesakit Wad dan Klinik tidak menyimpan data yang selaras. (Novel ko gapo ni?) Teruskan.

Selesai itu semua, dia memula semula membaca rekod  sambil kembali ke posisi tensen tadi. Tiba2 dokter itu bekata dengan nada kuat.

"Kenapa Puan ke sini?"

Ateh pon explain la perihal keberangkatan ateh ke HUKM ini.

"Aiyoo Puan, puan datang sini hanya nak tahu keputusan Ujian darah saja kan? Lain kali tak perlu ke sini. Aiyoo ini macam keputusan darah boleh amek di Unit jagaan Harian saja maa~ Kenapa datang sini puan?? Haiyoo"

EH? Ateh pulak yang kena.

"Saya ikut buku appointment ni ajeeee~ dah tulisnya Klinik, mestilah saya datang sini."

Diam dia sekejap.

"Kakak, patient ni hantar pergi Day Care sudahlah..penat dia tunggu sini 5-6 jam kak oiii~"

Katanya pada Nurse yang duduk di bilik belakang. Ateh tengok kakak tu senyum2 aje. Dah biasa kut dengar bebelan nonsense dokter ni. Setahu ateh, keputusan untuk hantar pesakit pegi klinik ke Daycare ke itu tertakluk pada dokter yang buat appointment untuk ateh la. Nurse ikut arahan sahaja.

"Saya nak tanya tentang benda yang dokter sebelum ni jumpa di rahim sebelah kiri saya.."

"Apa benda?"

"Benda yang dorang jumpa dalam scan aritu.."

"Jap saya tangok.." Katanya dalam nada malas nak layan dah ateh ni. Dokter itu membelek2 scan dua tiga saat dan membaca report scan tersebut dalam keadaan kelam kelibut. Ateh pulak rasa pening ngan dokter ni.

"Takde pon. Takde2..sya tak nampak ape2. Kalau ade pon cuma tisu ovari itu sajalah"

Eishhh..Nak marah pon tak boleh sebab mungkin dokter ni dalam keadaan lapar- kureng rasional la kut.

Okeh usai.

Yang penting,
Alhamdulillah, insyaAllah semuanya akan baik2 sahaja. :)


No comments:

Post a Comment