Pageviews past week

Tuesday, January 27, 2015

Saya kagum dengan awak

Salam.

Awak. Dari mula saya kenal, awak ni mmg karakter langsung berbeza dengan saya. Kawan2 sy yang kenal awak pun selalu risaukan saya bila saya mula kagumi awak. Sepupu awak dan keluarga saya lebih2 lagi.
Alhamdulillah, dah lebih 3 thn saya jadi isteri awak dan saya masih kagumi awak. Awak seorang guru yg berwibawa. Walaupun awak garang tp xpernah sy tgk garang awak tu mmbuatkan anak dan anak murid awak berjauh hati dengan awak. Malah, mereka lagi sayang pulak.
Ada hari yang awak beritahu awak xsempat makan kerana nak siapkan planning mengajar. Ada hari awak berlapar sebab anak murid tusyen malam awak sampai awal. Ada hari sy xsmpat pun nak bertegur dengan awak sb masing2 kepenatan mengendong sorang satu anak.
Terima kasih awak. Saya masih mengagumi awak. Dari kali pertama awak tegur kasut sukan saya bercacak tapaknya hingga ...sekarang. :)

Dah

Monday, January 26, 2015

Tobo?

Salam.

Lately, ada sesuatu yg selalu sgt azzahra sebut. Namanya tobo.

In e eryyhing zahra do, mesti ada tobo. Memula igt dia salah sebut nama kucing ktorang-bobo. Tapi makin lama-makin kerap pulak.
Tgh cuci kain, zahra akan tegur.
"hai tobo"
Bila nk msk rumah
"assalamualaikum tobo"
Bila jalan2
"hello tobo"
Pelik tul. Bila ateh tanya
"who is tobo?"
Dia jwb "tobo is zahra"
Klu tanya "what is tobo?"
Dia jwb "tobo is tobo"
.hahaha misteri x?
Aritu siapanari nyanyi lagu tobo. Kuaah mcm2 nama..tobo,tobi,nomi,ngeau...
Mungkin dia da start berfantasi kut...

Hihi. :)

Dah

Azzahra dan sikat ajaib.

Salam.

Dah lama x ambil gambar azzahra'. Apatah lagi nak golek2 main ngan dia macam waktu belum ada asiyah. Kekadang ateh tgk dia pun mcm miss ateh sgt2...

Minggu lepas encek hasben mula buat tusyen kat rumah. Every selasa n khamis malam. So, ateh kne la jaga dua org anak ateh serentak. Sejak tu, azzahra'slalu request nak sikat rambut ateh. Mula2 saket la sebab dia xpandai sikat rambut org. Dia tarik kuat2 smpai putus rambut2 ateh. Yela, rambut kusut masai. Lekat2 la kat sikat kan. Hahahha. Inilah ibu beranak dua, mandi pon belum tentu sempat. Disebabkan sakit, ateh mmg slalu la mengelak azzahra'sikatkan.  Azzahra ape lagi, ngamuk la. Kecil hati ngan ummi dia..hahhaha
Then, selepas beberapa hari camtu, ateh xsmpai ati pulak nk kata tak bole. Errr memandangkan encek hasben ni kekadang melenting klu azzahra ttbe hangin..
So,  hari sabtu waktu azzahra sikat rambut ateh, ateh tanya
"azzahra, when ummi old, will u sikat ummi's hair?"
Takde jawapan. Azzahra pun duduk belakang ateh jd ateh xta dia angguk or geleng.
Ahad ateh tanya lagi.
"when ummi old, will u comb ummi hair?"
"ha??"
"will zahra comb ummi hair when ummi old?"
Azzahra angguk. Entahpaham ke tidak.
Tapi cukuplah untuk ateh. She is a very sweet person.
Coz bg ateh, klu sekarang ateh xbg dia sikat rambut ateh, ateh la yg rugi. Sebab bila dia besar,ateh dan kerepot, belum tentu dia ada rasa nk sikat rambut ateh...cukuplah sekarang :)

Dah

Wednesday, January 14, 2015

The time has come for her to be born 2

15112012
Malam tu ateh saket perut yang amat...petang tu nenek da balik rawang skali ngan alom. So, tableh la nak tanyer nenek yang berpengalaman banyak tu...waktu tu teringat dokter kata klu sakit nak bersalin ni ade kriteria2 seperti yang berikut:
1.sakit macam senggugut tapi berkali kali ganda lagi.
2.sakit yang ada selang masa sama..cth 5mnit sekali sakit then rest..berulang2.
3.sakit yang mula2 mild then jadik lebih intense.
4.air/darah turun.
Out of all he above,cuma nombor satu je yang aku ade...tu yang buat2 sehat lagi tu.
16112012
Da 3 malam rasenyer tido tak lena sebab saket perut. So da 3 pagi bangun awal. Pukul6.30 atau 6 da bgn.kujut hencek hasben bangun subuh...dia klu subuh2 ni mmg extra lena la jawabnye..tak kujut xsah..
Pagi tu lepas cuci2 muka,gi la ngadu kat mama yang tableh tido. Emm beserla macik noriha,dia akan tersangat la risau bila da cakap sakit2 ni. So,dia suh pigi klinik check.takut2 laluan da bukak tapi tak pasan atau pura2 tak pasan. Borak punyer borak,ttbe rase saket perut cam nak membuang.. dalam otak fikir-ohhh~mungkin semalam tu saket perut salah makan kut..
Eh eh,tgk ader darah plop kat panties..debar2 ateh merasa.. takkan nak beranak arini kut...
Bersambung...

Gaduh gaduh manja...

Pernah dengar tak orang2 sekeliling cakap

"hari ni gaduh bagai nak rak, besok2 da mengandung pulak.."

Dulu2 memang tak faham..kenapa pulak gaduh boleh jadik mengandung pulak kan? yela, fikiran suci murni seperti ateh yang remaja memang tak boleh nak hadam ayat2 pelik macam tu.

Ehem.

Bak juga kata orang2 tua lama (tak tau la orang tua mana kan?hahaha) gaduh2 tu biasalah..jadik asam garam dalam hisup rumahtangga neh.

Ateh nak cerita sikit. Ateh dan hasben pon bukanlah sentiasa aman damai bahagia dan tersenyum ceria selalu. Ade jugak masa ateh hangin, berselang selikan hasben jugak naik hangin. Namun, sebenarnye dalam diam, gaduh2 itulah yang buat ateh makin rapat dengan hasben. Makin memahami dirinya. Ateh masih igt waktu sekolah menengah dulu2,ade seorang penceramah kat tv ni kata ..."sewaktu kita marah, kita akan berkata dengan sejujurnya apa yang kita rasa di kala itu. Jadi meluahkan rasa marah adalah lebih baik dari memendam rasa"

Monday, January 5, 2015

Azzahra' can ride bicycle

Salam.
Azzahra' mmg minat ngan basikal dari dia mula2 pandai merangkak lagi. Sebulan yg lepas, encek hasben semangat ajar dia gohek basikal dlm rumah. Waktu tu dia baru je masuk 2 thn. Semangat punya pasal bila tgk azzahra' da bole kayuh ke bilik atuk(ya,dia bole kawal sendiri basikal. Kagum x?), encek hasben belikan dia basikal outdoor. Rm 200 tuuuu~
Berbaloi la. Azzahra' skang dah bole kayuh beskal dengan bawak penumpang lg kat blakang. Baru umur 2 thn sebulan.. Huhuhu...hebak la anak ummi.
P/s: azzahra' da bole kira sampai doploh. Skang tgh usaha bg dia hafal al fatihah n 4 kul. :) wish me luck.
Dah

Surat untuk awak.

Bukan untuk awak semua..

Salam.
Kepada awak, suami saya...

Maaf xdapat nak paksa awak tido bila awak penat. Saya tahu awak penat. Bukan saya xtau atau buat2 tak tahu. Saya dah cakap kan. Saya mmg nak awak tido aje bila sampai rumah nnti. Saya ikhlas. Bukan cakap aje. Tapi nak buat macamana. Awak nak saya buat macamana bila kita masuk je rumah mak tengah lipat kain. Ayat pertama mak.
"azzahra' makan ape? Kenapa tak masak?"
Dari nada dia pon saya dah tau dia tak puas ati. Adik memang berak tadi dalam kereta. Baju dia bau susu basi..taik smpai kluar pampers,takkan saya nak letak aje dia atas katil uwek2 macam kena pukul pastu tolong mak lipat,kain sambil borak2 explain nape xmasak. Awak la pergi kejap terangkan pada mak. Takut dia salah paham.
Pastu kakak pulak berak at the same time adik cranky xmo tido bawah. Maaf sangat2 sebab saya kata nak jaga dua2. Realitinya waktu itu saya tak mampu. Awak kab tahu adik melalak macamana. Siap sedu2 lagi. Maaf lah awak yg terpaksa cuci berak n mandikan kakak tadi walaupun saya tahu awak tak larat. Maaflah awak tgk baju berselerak sana sini tadi. Saya mandikan adik tadi alang2 saya tukar ke baju t shirt. Bakul awak dah ambil tadi. Sebab tu sy letak dulu kat rak sidai tu. Adik da mula merengek, tak sempat la saya nak letak cantik2. Saya tahu tadi sblm awak pergi basuh kain awak ada tanya ada baju lagi ke mak basuh. Saya tahu awak marah dan jengkel sampai awak baling baju saya kat sidai tu. Bila saya tanya awak jawab sebab serabut. Ya saya tahu saya pon slalu buat camtu bila saya penat. Tapi awak pun tahu klu saya yg kemas waktu tengah penat sy akan lega . Dan angin2 sy akan hilang. Lain dengan awak..sebab bila awak penat ,awak kena tidur,kalau tak memang awak akan moody. Maaf sy xdapat kemas katil cantik2 tadi dan jmput awak tido macam awak selalu buat bila saya penat dan moody. Maaf, dah pukul 11 mlm tapi sy masih xdpt tukar turn ngan awak jaga zahra mcm sy janji tadi. Adik masih merengek lagi.Sy harap awak paham yg adik tgh cranky sb kena inject tadi. Minum susu pon xnk ummi baring. Nk ummi berdiri. Sy harap awak faham yg sy pun penat sgt. Lagi mendukung adik yg 5 kilo ni lebih sejam smpai dia tido.
Saya mmg xreti nk luahkn ape yg sy rasa direct kat awak. Sy diam sb sy cuma reti tulis aje ape yg saya rasa. Jgn awak igt sy ni kuat. Saya ni lembik aje orgnya. Maaf. Saya tak kuat nk jaga awak, adik,azzahra n mak serentak.

Dah